Siapa lelaki cina yang memiliki kekayaan bernilai $1 Billion.
July 7, 2007
Saya pernah membaca majalah Forbes tahun 2004 (itu pun kawan saya kasi pinjam ;)) ada seorang pemuda yang berusia 35 tahun telah memiliki kekayaan sebanyak $1 Billion (USD). Jika anda pernah mendengar atau melawat laman web NetEast.com NetEase.com pasti anda tahu siapa pemiliknya.
William Ding Lei, mungkin agak janggal namanya dikenali di Malaysia, tetapi namanya begitu popular sekali di negara China dan tersenarai di antara 100 orang terkaya di negara China dan namanya tertera pada kedudukan nombor 6!
Dari apa yang saya baca, dia nih bolehlah dikatakan antara ’selebriti internet’ paling berpengaruh di negaranya disebabkan kejayaan luar biasa syarikat internetnya. Kadang-kadang kita berasa pelik juga, macam mana mereka ini boleh menjadi kaya dengan sekelip mata masa yang sangat singkat? Adakah beliau guna taktik licik untuk mencapai kekayaan ini?
Sebenarnya, tiada jalan mudah untuk pemuda ini mencapai kejayaan seperti mana sekarang. Semasa beliau mula merancang dan membuat pelancaran, dia telah memilih tarikh dan masa yang sesuai malah pada waktu yang tepat. Seperti pakar internet yang lain, beliau percaya bahawa masa hadapan terletak pada mereka yang menggunakan teknologi maklumat dengan sebaiknya. Perniagaannya bermula dengan memberi perkhidmatan dalam talian di China.
Kita semua tahu bawah China merupakan negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia dan bahasa pengantaraannya ialah bahasa China. Itu sebab kenapa William Ding Lei, menggunakan pendekatan memberi perkhidmatan dalam talian di dalam bahasa China. Dengan pelancaran yang amat tepat ini, telah meletakkan pemuda ini di tahap kemasyhuran antarabangsa (world gitu!!!)
Kita di Malaysia juga boleh mengikuti jejak langkah ini, jika kita tahu mencari dan merebut peluang dengan baik kerana penggunaan internet juga masih lagi baru di sini. Tidak semesti perlu memilih “niche market” sahaja, tetapi perlu ketahui masa dan waktu yang sesuai dengan mengkaji ragam internet ketika itu.
Kalau kita ambil lagi satu contoh yang baik dari pemuda cina ini, beliau bukannya pandai sangat berbahasa Inggeris malah langsung tidak memiliki apa-apa ijazah dari luar negara. Tetapi bagi dia, penggunaan bahasa ibunda (China) dan imaginasi yang seimbang sudah cukup untuk dia menguasai dunia.
Pendapat anda, bolehkah kita rakyat Malaysia berbahasa Malaysia menguasai dunia?
Popularity: 19% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Siapa lelaki cina yang memiliki kekayaan bernilai $1 Billion.”
Got something to say?





















































yer.. kat china sekranag.. beribu2 orang berjaya menjadi jutawan dengan cepat.. dalam masa 2-3 tahun sahaja. Sebab ekonomi dia memang tgh pesat berkembang… gila-gila punya perkembangan.
Mereka just capture market china sahaja pun sudah mencukupi sebab market dia memang besar… berbanding malaysia.. market untuk “bahasa melayu” agak kecil.. kalau nak extend pun just , malaysia, indonesia & brunei.. still kecil kalau nak bandingkan dengan china.
Lagi satu, apa yang kita lihat di China, mereka ini dilahirkan untuk jadi seorang peniaga. Anak-anak yang dilahirkan akan dididik dan didekatkan dengan asas perniagaan. Mereka juga menerapkan bahasa Cina dalam perniagaan. Kalau di Malaysia, cuba kita tengok kat Bukit Bintang, ramai sungguh orang Cina berniaga kat sana. Mereka ini umpama “persatuan” dengan memberi sokongan antara satu sama lain. Sebab itu ekonomi mereka tidak terjejas walaupun kat sana ada berpuluh-puluh kedai telefon dan aksesori.
Ada tak contoh kawasan atau tempat perniagaan orang Melayu yang terbaik yang boleh dikongsi. Contoh satu bangunan semua orang Melayu berniaga sama jenis produk? Yang lebih penting ada tak taikon besar yang memartabatkan Bahasa Melayu dalam perniagaan mereka?
La tak faham apa semua bahasa cina laman web tu.
Memang la tak paham sebab William Ding Lei buat perkhidmatan dalam talian berbahasa cina. 100% bahasa itu atas alasan untuk capture market China.
Rasa bro Maizul, ada tak golongan yang berjaya dari keturunan Melayu yang dapat kuasai pasaran dengan produk berbahasa Melayu sepenuhnya? Jika ada, siapa?
ianya semua berkenaan mengambil peluang dan risiko.
pakcik saya penah cerita kat saya pasal orang cina yg keje kat kilang cina. semua kilang cina dipunyai oleh kerajaan cina pasal China ialah sebuah negara komunis.
orang yg keje kat kilang2 tu bekerja setiap2 hari tanpa gaji.. mereka cuma diberi makan aje.. lepastu bila datang Tahun Baru Cina, diorang akan diberi ang pau.. yakni gaji mereka selama mana mereka dah kerja satu tahun tu..
bayangkan.. diorang keje tiap2 hari, cuma dapat duit makan.. dan tunggu satu tahun.. baru dapat ang pau yang akan digunakan untuk menyara untuk lagi satu tahun..
Banyak tu izwan