Perakam video Sony HDR-UX7E jadikan anda seperti seorang profesional

July 5, 2007

Hari ahad lepas saya meluangkan masa ke Plaza Low Yat untuk trade-in Dopod S380. Ini adalah kali pertama saya sampai ke Plaza Low Yat walaupun dulu selalu juga turun ke Kuala Lumpur. ;)

Wah… memang tempat himpunan pelbagai “brand” komputer dan telefon rupanya Plaza Low Yat ini.. Memang sesak dengan pengunjung. Patutlah tempat ini begitu menjadi kegemaran orang ramai untuk membeli belah atau mencuci mata. ;) 

Dari satu kedai ke satu kedai yang lain saya masuk, ermmm memang brand Dopod amat banyak disini dan services centrenya pun ada kat sini. Senang la nak cari spare part kalau ada masalah. Hampir 2 jam saya di sini, akhirnya saya berjaya trade-in telefon Dopod tu. Saya rasa memang perlu jual phone tu, sebab alasan pertama adalah saya telah pun memiliki phone communicator lain, jadi kenapa perlu ada lebih dari itu? Baik saya guna satu phone buat masa ini dan ia dapat mengurangkan perbelanjaan utiliti  setiap bulan.

Berbalik kepada tajuk topik hari ini, saya bukan nak cerita apa saya buat dengan duit hasil “let-go” Dopod tu, tetapi ada satu produk yang ingin saya kongsi dengan anda semasa saya singgah ke Mid Valley Megamall. Bagi anda yang mempunyai minat merakam gambar menggunakan perakam video, Sony HDR-UX7E ini amat berbaloi untuk dimiliki.

Kepada jurugambar video perkahwinan, mungkin ini satu review yang baik untuk anda! :)

Jika anda baru sahaja berjinak-jinak dengan hobi ini, saya pasti anda juga mengidamkan perakam video yang baik. Mudah dibawa dan digunakan takpun berlagak seperti jurugambar profesional. ;) Alamak! tergugat ke nanti jurugambar profesional?

Saya mula perasan model ini selepas membaca sebuah keratan akhbar kira-kira sebulan yang lalu, dan hari ini dapat tengok depan mata. Memang best!

Pertama kali saya memegang perakam video ini, memang ianya ringan dan saya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menguasai penggunaan, walaupun saya ini amat jarang menggunakan perakam video (pasal biasa abang saya yang tukang ambil gambar). ;)

Apa yang dapat saya katakan ‘Super SteadyShot’ model ini banyak membantu mendapatkan hasil rakaman yang sempurna. Rakaman pula boleh dilakukan sehingga 5 jam lamanya. Jadi sesuailah jika ada majlis perkahwinan, bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang ambil jer gambar tanpa henti memang tak ada masalah. Kira boleh la ambil gambar pak abu dengan makcik kiah atas pelamin.. hehehe..

Bagi saya, harganya memang munasabah dengan produk yang ditawarkan iaitu sekitar RM3,100. Kalau pandai tawar-menawar dapatlah murah sket dari harga tu. Dah penat round-round dan teman isteri saya shopping (saya pun baru pertama kali jejak kaki ke Mid Valley Megamall :)), pukul 6 petang saya angkat kaki balik rumah. Apapun memang saya tertarik dengan produk Sony nih. Secara ringkasnya anda boleh la baca apakah spesifikasi perakam video ni:

Spesifikasi:

Rakaman: AVCHD 1080i rakaman dalam cakera DVD

Lensa: Carl Zeiss Vario-Sonnar T*

Pengesan: 1/2.9-inci ClearVid CMOS

Resolusi: 6.1 Megapiksel dalam mode rakaman imej kekal

Paparan: LCD 3.5 inci

Sistem Bunyi: Dolby Digital® 5.1ch

Lain-Lain:

  • Fail format DVD-R/-RW/+RW/+R DL
  • 10x Zoom Optikal / 20x Zoom Digital
  • Penstabil Imej Optikal Super SteadyShot l
  • Maklumat lanjut boleh lawat sony.com.my

    ========================================
    IKLAN:
    Kepada anda yang ingin merancang majlis perkahwinan dengan pakej menarik sila layari web http://www.pelamin.net atau hubungi kami di http://www.pelamin.net/hubungi.html

    Popularity: 4% [?]

    Sphere: Related Content

    Comments

    4 Responses to “Perakam video Sony HDR-UX7E jadikan anda seperti seorang profesional”

    1. naza terengganu on July 11th, 2007 4:22 pm

      saya baru nak berjinak dalam mencari side income melalui video di majlis perkahwinan..
      bolehkah abang bagitahu.. diman laman saya sesuai saya lawati untuk mendapat tip-tips ambil video yang ala-ala pro..hehehe..
      i hope u can help me bro..
      wassalam..

    2. Noorizam Shah on July 11th, 2007 8:44 pm

      Naza Terengganu: Naza boleh try link ini http://www.videomaker.com/learn/tips-to-get-started/ harap ianya dapat membantu. :)

    3. reezluv on August 14th, 2007 3:09 pm

      takde pengalaman lagi dalam penghasilan video yang berkualiti tinggi.pasal video cam pun zero..tak minat sangat, budget tinggi:)

    4. Hentai Girls Sex on October 11th, 2007 6:29 am

      Hentai Girls Sex…

      Sorry, it just sounds like a crazy idea for me :)…

    Got something to say?