Persepsi Buruk Terhadap Anda…

July 2, 2007

Setiap orang mempunyai blog yang tersendiri. Pelbagai rupa dan cara bentuk penulisan dan bermacam-macam ragam. Apabila kita sudah mempunyai blog, kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang mungkin boleh memotivasikan anda ataupun memberikan emosi yang amat buruk.

Apa yang patut anda lakukan jika sekiranya ada orang memburuk-burukkan anda dan cuba pula menjatuhkan anda?

Pasti anda pernah melaluinya bukan? Mereka memberi komen yang negatif menidakkan penulisan anda. Komen-komen di blog anda dipenuhi dengan catatan yang mencela, mencaci dan mempersendakan kemampuan anda.

Mereka ini (yang membuat caci maki) akan datang dengan pelbagai cara. Ada yang melemparkan cacian ini secara terbuka dengan memberitahu siapakah mereka, ada pula sekadar menulis secara kiasan ataupun perli dan paling kotor sekali mereka berani mencaci tetapi tidak berani menunjukkan diri siapakah mereka sebenarnya.

Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburuk-burukkan anda, tidak kira samada untuk tujuan persaingan ataupun sememangnya mereka berasa busuk hati dengan blog anda.

Bulan Jun lalu, saya sendiri pernah dicaci seseorang yang tidak dikenali. Sudahlah berani mencaci tetapi tidak berani menunjukkan diri mereka sebaliknya menggunakan nama samaran dan email samaran. :) Cara saya, delete dan abaikan…

Pada saya, itu tidak mengapa kerana kebiasaannya golongan seperti ini hanya cemburu atau dengki dengan apa sahaja orang lain cuba lakukan. Maklum sahaja mungkin mereka tidak tahu menilai sesuatu ilmu itu sebaliknya hanya tahu cari mencaci sahaja. Memburukkan orang lain sebenarnya memburukkan mereka sendiri. Buat apa kita ingin menjatuhkan kredibiliti kita dengan hanya cemburu dengan kejayaan orang lain, kita pula mengambil jalan menjatuhkan mereka. Tengok orang lain maju, kita santau mereka. Orang lain pula tengok kita maju, sudahnya kita yang kena santau!

Beringatlah, sebelum orang lain menjatuhkan kredibiliti kita, pastikan anda tidak mengambil jalan dengan memburuk-burukkan orang lain. :)

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?