Lagi-lagi Blog… Apa itu Blog? Boleh Buat Duit Ker?
June 20, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bertemu lagi dalam catatan terkini dari blog NoorizamShah.com…
Alhamdullilah kerana saya masih lagi diberi peluang untuk menulis walaupun sibuk dengan pelbagai projek offline dan online. Mengenai projek itu, biarlah ianya menjadi teka-teki untuk sementara waktu, doakan semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang ya!
Baiklah, apa yang ingin saya tulis dan kongsi hari ini, mungkin anda sudah banyak mengetahui mengenai blog, akan tetapi masih ramai diluar sana masih lagi tidak mempraktikkan blog secara semaksimum mungkin. Malah masih ramai lagi yang tidak mengetahui betapa manfaat dan berfaedahnya jika kita mempunyai blog.
Blog bukan sahaja tempat kita meluahkan perasaan mengenai isu semasa, politik, ekonomi, penulisan karya, sastera, koleksi-koleksi gambar dan grafik, gossip, review produk dan lain-lain… malah jika anda memaksimakan penggunaan blog, ianya boleh mendatangkan sesuatu yang menguntungkan. Ini termasuklah memperolehi pendapatan secara online, populariti, membina jenama dan sebagainya.
Apa itu blog?
Jika anda seorang pembaca blog saya yang setia tetapi anda tidak mengetahui apakah nama tempat saya menulis ini, hari ini saya ingin sekali beritahu anda… inilah blog. Blog ialah sebutan ringkas bagi Weblog. Blog boleh kita katakan sebagai sebuah laman web, tetapi ianya dibina menggunakan perisian yang telah siap atau sudah diformat bagi membolehkan anda atau sesiapa sahaja membinanya walaupun tanpa memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam.
Pengalaman saya menggunakan blog bermula dari blogdrive.com, kemudian saya beralih kepada blogspot.com, seterusnya kepada blog myspace.com, blog 360.yahoo.com dan akhirnya saya memiliki tapak sendiri, membina blog dari perisian berformat dari wordpress.com.
Blog yang dibina kebanyakan mengandungi maklumat yang memberi gambaran mengenai minat, pemikiran dan pendapatan individu. Gambaran ini tidak semestinya datang dari individu tersebut. Kemungkinan ianya datang dari pandangan pelbagai pihak. Dengan cara membina blog, anda dapat memberikan kelainan atau alternatif kepada bentuk penulisan selain dari diari dan buku nota. Melalui blog, ianya menjadi semakin unik kerana ia ibarat dairi elektronik dan anda bebas menulis memberi pandangan anda mengenai apa sahaja topik. Ini memberi peluang lebih besar untuk orang lain menelaah atau menerima pendapat anda.
Dari sistem atau format blog ini, segala apa yang anda tulis mudah dikemaskini, malah setiap maklumat disimpan mengikut kronologi dengan lebih tersusun. Jadi ianya mudah untuk anda atau sesiapa sahaja mendapatkan rujukan atau mencapai maklumat-maklumat yang tersimpan di dalam blog anda.
Sebagai contoh blog ini memberi atau berkongsi maklumat mengenai beberapa panduan yang boleh diaplikasi oleh pelbagai pihak untuk kegunaan peribadi atau kumpulan. Secara tak langsung, dengan memberi maklumat ia sedikit sebanyak membantu carian yang diperlukan. Secara tidak langsung, saya menarik pelawat untuk melawat blog ini.
Anda mungkin nampak ianya adalah perkara biasa dan “tidak ada apa-apa manfaat” yang diperolehi dengan hanya menulis blog. Percaya atau tidak saya memiliki pendapatan sampingan hampir 30% datang melalui blog. Selebihnya dari web perniagaan. Tidak perlu saya tulis disini berapa saya perolehi, tetapi cukup dengan menyatakan saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi hari ini.
Nampak gayanya anda kena tunggu lagi la tulisan berikut dari saya.. sebab projek saya sedang menanti ni (projek ebook lagi).. saya akan tulis lagi mengenai blog dan blogger pada post yang akan datang.. tunggu..
P.s: Sebagai recommend saya, jika anda berminat untuk membina blog sendiri, apakata try dapatkan ebook ini. ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
2 Responses to “Lagi-lagi Blog… Apa itu Blog? Boleh Buat Duit Ker?”
Got something to say?





















































asmkm Noorizam Shah, apa khabar? Shueqry here..
Good post!
Tak ramai orang tahu pasal blog dan apa beza blog percuma dengan blog yang ada domain name sendiri.. baru-baru ini saya cuba membina blog Wordpress tapi timbuk masalah teknikal.. tak tau apa sobabnya..
Anyway, good info from bro Norizam
Thanks..
-shueqry-
Hi Shueqry,
Terima kasih. Memang tak ramai yang tahu mengenai manfaat sebuah blog. Kalau dilihat terlalu banyak blog yang ditinggalkan begitu sahaj tanpa dikemaskini setelah ianya dibina.
Saya syorkan, jika anda mempunyai modal, beli lah hosting dan domain (banyak provider hosting di malaysia yang menyediakan harga hosting dan domain murah) contohnya sempoihosting.com (hosting timbang kati)
Memang diakui jika kita bina blog di tapak percuma seperti wordpress ia akan menimbulkan banyak masalah di masa hadapan. Ini kerana kita tidak punya kuasa untuk mengawal tapak blog kita.
Untuk sebagai permulaan, ianya boleh dikatakan baik bermula dengan blog percuma. soal masalah teknikal tu, kemungkin versi yang digunakan mungkin sudah terlalu lama dan ianya perlu dikemaskinikan. Saya pun adakala mengalami masalah teknikal juga.
Cuba kenal pasti masalah teknikal tersebut dan buat rujukan atau dapatkan bantuan (jika perlu).