Anda suka web yang bergrafik atau tidak?
June 18, 2007
Ada pelbagai cara untuk mereka bentuk laman web. Setiap rekabentuk pula bergantung kepada kos dan kreativiti individu. Bagi syarikat korporat, mereka lebih suka laman web mereka kelihatan seperti web profesional. Memiliki web flash di dalam sesebuah laman web memberikan gambaran “kecanggihan” dan “kemantapan” sesebuah organisasi. Ini juga menjadi senjata sulit sesetengah individu untuk memajukan perniagaan mereka. Seperti mana ada sebuah syarikat persendirian yang dimiliki oleh seorang individu, beliau menjalankan perniagaan internet di rumah tanpa diketahui oleh pelanggannya.
Akan tetapi semua ini bukanlah satu penyebab (memiliki flash) untuk meraih penampilan yang menarik untuk pelanggan anda, dengan kos yang murah tanpa memiliki laman web flash, anda juga mampu memberikan sesuatu setanding seperti mana mereka yang memiliki laman web flash. Contohnya seperti laman web pelamin.net ianya direkabentuk seringkas yang mungkin tanpa perlu flash di dalamnya. (kalau ada pun youtube video
)
Sebenarnya rekabentuk sesebuah laman web juga penting untuk memberikan keselesaan kepada pelawat anda. Apa guna jika anda mempunyai laman web canggih tetapi sukar untuk dicapai oleh pelawat. Jangan buang masa anda untuk meletakkan fail-fail yang bersaiz besar seperti muzik latar belakang (background), gambar-gambar yang bersaiz besar (sehinggakan setengah muka surat) dan tak perlu ada grafik yang boleh bergerak-gerak (kununnya canggih gitu…)
Jika website anda merupakan web perniagaan, pastikan anda jangan buat sesuatu yang memberi pulangan tidak menguntungkan. Ya! ianya memang tidak menguntungkan. Sebenarnya anda harus memberi keselesaan kepada pelawat dengan memberikan maklumat secepat mungkin. Jika web anda dipenuhi dengan file-file atau alat bantuan yang tidak berfaedah, kenapa ianya perlu ada dalam laman web anda. Jadi, buangkannya! bina laman web yang mudah sahaja tanpa perlu grafik yang maksimum tetapi biarlah kesannya yang maksimum.
Berikan apa yang diperlukan oleh pelanggan anda. Mereka melawat laman web anda adalah untuk mendapatkan maklumat. Mereka bukannya ingin melihat permainan atau pun benda yang bergerak-gerak di laman web anda, lainlah anda memang nak sangat pelawat anda melihat kreativiti anda. hehehe…
Yelah.. jika anda menjual ebook mengenai bagaimana mengumpul duit kahwin, tidak perlulah anda memberikan grafik yang bukan-bukan seperti grafik duit keluar dari komputer tanpa henti. Cukup sekadar gambar tabung duit (contohnya). Itu rasanya sudah cukup memadai.
Apa yang penting dalam hal membina laman web ini, ianya mestila penuh dengan infomasi. Jika anda lihat pada trend perniagaan internet hari ini, pelawat tidak akan melihat kepada grafik sebaliknya ayat-ayat anda yang membunuh. Gambar biarlah kurang sedikit dan infomasi mestilah di banyakkan. Tetapi jika laman web anda sebuah laman yang memerlukan muat turun grafik seperti logo operator, MMS dan permainan online, cadangan ini dikecualikan.
P.s: Jika kita lihat laman web perniagaan internet yang dimiliki oleh jutawan-jutawan internet dunia, mereka juga menampilkan web yang simple sahaja. ;)Â
Jumpa lagi…
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Anda suka web yang bergrafik atau tidak?”
Got something to say?





















































memang diakui bila saya sendiri melawat laman web, saya akan membaca maklumatnya, akan tetapi saya suka juga kalau ia diberi gambaran mengenai contoh bentuk produk.
Kalau ada gambar produk ianya juga dapat membantu saya mengenal pasti bagaimana rupanya produk tersebut.
grafik yang saya maksudkan disini, ianya kadangkala terlalu besar atau penuh dengan animasi (zaman 80′an dan 90′an memang popular grafik animasi ini) yang berformat *.gif dan *.bmp
Apabila kita meletakkan terlalu banyak sangat grafik, ia akan menjadikan web anda lambat “loading” dan ini boleh membuatkan pelawat anda meninggalkan laman web anda (klik pangkah pada tetingkap web).
P.s: grafik memang diperlukan untuk menyokong maklumat dan fakta tetapi biarlah bersesuaian.
grafik, tak lebih dari dua untuk laman web supaya pelawat tak leka sangat dan lupa nak tgk content..lagi satu kalau Flash yang berat sangat tak sesuai untuk user yang ade komputer zaman celeron..:)kang lama plak depa nak view..
aku suka gak web yang ade Flash ni..tapi tgk la web tentang ape..lau tentang perniagaan letak Flash..aku kasi markah 0…tak sesuai langsung..lain la ade kena mengena ngan streaming media ke,video ke..ok la gak..company website ke..boleh la..lau khas untuk web jualan..memang tak bagus..:)
Kalau aku masuk ke sesuatu website, aq tengok warna dia, grafik susun atur dan templates dia. Sebab itu mengambarkan keilmuan seseorang blogger atau webmaster.
(lainla kalau website tu org lain yang bina)
Saiful
http://silentmoney.co.cc/