Adakah anda yakin anda boleh jadi kaya?
June 16, 2007
Hi semua,
Sebenarnya, ramai di antara kita yang tidak begitu yakin apabila memperkatakan soal menjadi kaya. Pelbagai alasan akan diberikan apabila kita mula memikirkannya. Anda sebagai pembaca blog saya, mungkin hanya selesa dengan sesuatu keadaan biarpun dalam hati anda selalu memikirkan banyak perkara.
Seingat saya dahulu, ketika saya berumur 7 tahun dan pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, saya mula belajar dengan pelbagai bentuk kemahiran seperti mengira dan menulis serta membaca (sehinggakan kini saya amat minat membaca dan menulis). Selepas saya habis mengambil peperiksaan UPSR, saya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pula sehinggalah ke peringkat mengambil diploma. Kesemua yang saya lakukan selama hampir 20 tahun lalu adalah menuntut kemahiran supaya ianya dapat digunapakai apabila mendapat kerja. Seperti mana saya, anda juga mungkin terpaksa menghabiskan banyak masa bagi membolehkan anda diiktiraf memiliki kemahiran tertentu.
Jadi, adakah anda sedar apakah tujuan anda selama ini? Memerah keringat mendapatkan segulung diploma atau ijazah. Adakah anda melakukan semua ini semata-mata hanya bagi mendapatkan pekerjaan? Adakah anda bermatlamat apabila anda memiliki kesemua kemahiran yang dituntut, ianya harus digemblengkan dengan menjadi pekerja kepada seorang majikan sahaja?
Pembaca sekelian,
Melalui pengalaman saya sendiri, kebanyakan tujuan semua ini adalah bagi mendapatkan pulangan kewangan, pendapatan ataupun dalam bahasa mudahnya ingin cari duit untuk tampung hidup. Dan ramai hari ini, apabila mereka memaksimumkan segala kemahiran yang dimiliki, namun mereka masih juga gagal mendapatkan kekayaan dengan mudah sedangkan mereka telah menghabiskan tempoh yang begitu lama untuk mendalami setiap kemahiran yang dipelajarinya.
Mari kita berfikir sejenak, kenapa … kenapa tidak kita pelajari sahaja kemahiran untuk mendapatkan wang ataupun mendapatkan kekayaan sedangkan anda setiap hari memikirkan soal cabaran hidup hari ini. Dari pembacaan yang saya lakukan, sebenarnya untuk mendapatkan kekayaan ianya harus mempunyai sistem, formula atau sesuatu kemahiran yang boleh dipelajari.
Bagi mereka yang sudah lama berjaya seperti Dr. Irfan Khairi atau Sdr. Shamsul Kamal Shak Ali, sistem dan formula sering digunapakai untuk mengecapi kejayaan. Bukan sesuatu yang mudah untuk berjaya kerana ianya mempunyai banyak modul untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran malah ianya memiliki tempoh sama ada pendek atau panjang. Jadi jangan pula anda menjadi begitu hairan apabila melihat orang lain yang kaya dan terus menjadi kaya.
Menyentuh soal “egois” dalam post yang lalu, hari ini kita masih lihat ramai antaranya diluar sana tidak berjaya membebaskan diri daripada masalah kewangan ataupun sukar mengecapi kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi. Kalau saya berikan contoh yang baik kepada anda, pasti anda terkejut apabila saya mengatakan ada seorang remaja belasan tahun kini sudah mula menjana pendapatan sedangkan beliau masih lagi di bangku sekolah! Remaja ini merebut peluang untuk memahirkan diri manakala anda pula diluar sana tidak memiliki kemahiran malah tidak pernah ingin belajar memiliki kemahiran itu.
Anda sibuk membaca blog atau mesej yang disampaikan tetapi tidak melihat sesuatu yang amat bermanfaat di dalam isi kandungannya. Anda tidak ingin bermula dan bertindak. Orang lain sibuk buat duit, anda pula sibuk buat alasan. Sebab itulah ramai yang pasti tercari-cari apakah rahsia mencapai kejayaan dan kekayaan.
Terdapat pelbagai buku atau ebook motivasi yang menceritakan kejayaan dan kekayaan yang dikecapi oleh orang ramai. Saya sendiri pernah menulis sebuah ebook motivasi bertajuk “Gerak Hati Motivasi Minda” dan yang pasti sudah ramai membuka mata dan menunjukkan kesedaran selepas membaca ebook ini. Malah terdapat juga tip yang mengajar kita bagaimana untuk berjaya dalam bidang perniagaan khususnya di internet. Ebook ini boleh dikatakan banyak diterbit dan diedarkan di internet. Anda boleh membuat carian sendiri. Itupun jika ada kemahuan untuk menuntut kemahiran. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Sebagai pembuka rencah sebelum meletakkan intipati yang penuh sarat, biarlah saya berhenti menulis di sini dahulu. Saya minta anda berfikir sejenak, adakah sebenarnya anda layak untuk menjadi kaya atau anda hanya layak untuk terus hidup dalam keadaan cukup-cukup makan sahaja… Nantikan penulisan saya lagi selepas ini..
Jumpa lagi…
P.s: Anda sudah dapatkan Ebook “Rahsia Dalang Skim Cepat Kaya & Pelaburan Haram Internet dibongkar” hari ini? Jika belum, sila dapatkannya disini. Harga pengenalan hanya RM15.00 sahaja dan ianya akan tamat sehingga 30hb Jun 2007 ini! Jadi tunggu apa lagi?
P.p.s: Hari ini adalah majlis perasmian butik andaman dan kecantikan Pesona Anggun (Butik makcik saya). Saya akan hadir petang ini, jadi kepada yang mengenali Butik Pesona Anggun, meh la datang jamu nasi ayam. ![]()
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Adakah anda yakin anda boleh jadi kaya?”
Got something to say?





















































saya juga ada perasaan seperti itu… ingin sekali jadi seperti mereka yang kaya di luar sana.. bila lah masa saya yer?
Kesungguhan mencapai matlamat itu penting dalam merealisasikannya. Jika dahulu saya terlalu sukar untuk hidup selesa (sentiasa ada duit dalam poket adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku), kini saya menikmati pemberian nikmat yang dikurniakan dengan perasaan syukur.
Kini saya telah memilih aset bersih yang positif…
Saya harap anda juga dapat meletak matlamat ini dengan berfikiran positif.
maka dengan motivasi yang siap siaga menjuruskan anda ke arah matlamat yang positif akan menjadikan diri anda lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang semakin sengit masa kini.
usah persoalkan dengan kehidupan yang semakin hari semakin mencengkam pendapatan dan belanja harian anda. persoalkan bagaimana anda boleh menggunakan minda yang positif untuk menjadi lebih kaya dari kebiasaan yang belum anda miliki…
dah kaya kena beringatlah. dah dapat kena bagi balik semula agar hidup lebih aman dan sentosa… dunia dan akhirat…
ya lah ! betul juga. saya setuju