Mengenali apakah itu dunia perniagaan…

June 15, 2007

Seperti mana post saya semalam, ramai yang menyertai ke dunia perniagaan tanpa ilmu yang mencukupi dan kemudian mereka sedar bahawa dunia yang mereka ceburi itu bukanlah semudah yang disangka. Dalam mencari ilmu dan maklumat ini, kita tidak boleh memandang remeh dan berfikiran mudah dengan mencari jalan singkat untuk menjalankan perniagaan. Sebagai contoh, anda tidak boleh menggunakan alasan anda tiada masa yang terluang untuk membaca ebook-ebook yang dimuaturun (lebih-lebih lagi ebook mengenai panduan dan perkara asas) di laman web atau secara pembelian online.

Untuk menjadi seorang yang memiliki kekuatan menghadapi cabaran perniagaan terutama di internet, anda perlu tahu setiap perkembangan semasa yang berlaku disekeliling anda. Ini kerana teknologi maklumat itu berkembang dengan pantas. Anda perlu tahu, apakah produk-produk terkini di pasaran, kemahiran-kemahiran teknikal terkini yang digunapakai di internet serta ilmu pengurusan yang membantu anda menjalankan perniagaan.

Jika anda ingin melihat kejayaan anda berterusan, anda perlu menimba ilmu sepanjang masa. Jangan mudah jemu dan menyerah kalah kerana setiap ilmu yang anda tuntut setiap hari, ianya akan menjadikan diri anda lebih baik dari semalam. Biar maju selangkah daripada tidak ada apa-apa.

Hari ini, jika anda lihat banyak bengkel-bengkel dan seminar keusahawan dijalankan samada secara percuma atau berbayar. Semuanya terpulang kepada kemampuan anda. Walaupun ada yang menganjurkan seminar atau bengkel secara percuma, jangan sesekali anda abaikan seminar yang mengenakan bayaran. Buat pelaburan ilmu untuk diri anda kerana mungkin setiap bengkel yang dihadiri berbeza intipati dan kandungan. Mungkin ianya menyentuh teknik asas perniagaan, peluang perniagaan internet, asas menjana pendapatan di internet dan sebagainya. Apa yang anda laburkan itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang sia-sia kerana dengan menuntut ilmu, kesan jangka masa panjang adalah anda dapat mengurangkan kos-kos tertentu pada masa akan datang.

Mungkin ianya tidak nampak hasil dalam masa sehari dua, jika anda terus meluangkan masa menuntut ilmu, apa yang anda laburkan pada masa sekarang, insyaAllah ia dapat memberikan anda hasil yang baik pada masa akan datang.

P.s: Selain menyertai seminar dan bengkel, anda boleh juga menggunakan alternatif seperti melanggan newletters atau subscribe di blog NoorizamShah.com.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Mengenali apakah itu dunia perniagaan…”

  1. reezluv on August 27th, 2007 11:25 am

    saya tak pernah lagi menghadiri seminar yang dianjurkan para usahawan ebiz..mana2 pun..tapi pernah hadiri seminar dianjurkan kerajaan negeri Perak dengan usahasama dengan MDEC..masa tu masih kabur lagi tentang ebiz ni..dapat tawaran program inkubator, tapi masa tu terpaksa tolak..:(

Got something to say?