Salah diri sendiri, orang lain pula dipersalahkan
June 14, 2007
Pembaca sekelian,
Post kali ini saya ingin menyentuh mengenai sikap negatif sesetengah orang yang kecewa. Pernahkah anda merasa kekecewaan dalam sesuatu perkara dan anda mengambil keputusan menunding jari kepada orang lain? Sehingga dek kerana marahkan nyamuk seekor habis kelambu dibakar? Mengapa ini berlaku? Ramai yang menolak untuk kecewa kerana terlalu ingin sangat berasa gembira. Akhirnya apabila perasaan kecewa datang kepada diri sendiri, mereka gagal mengawal diri, marah tak bertempat, habis semua dipersalahkan. Sampai batu ditepi jalan pun dimaki hamun.
Memang saya akui ada di kalangan kita yang mempunyai sikap egois, tidak mahu mengaku kesilapan sendiri dan tanpa sedar mereka terus beranggapan kekecewaan yang hadir di dalam diri mereka adalah kerana kesalahan orang lain.
“Ini semua kerajaan punya pasal lah.. tak buat tindakan apa-apa”
“Ini semua kau punya pasal, sibuk promosi kat aku, last-last habuk pun tarak”
“Aku ingatkan senang jadi kaya, rupa-rupanya kayap”
“Dia kata senang je buat perniagaan internet, aku try berbulan-bulan satu sen pun aku tak dapat. Dasar penipu!”
Itulah antara keluhan kekecewaan antara individu yang egois. Orang sibuk buat duit di internet, dia pun sibuk nak buat duit. Orang lain mengumpul kekayaan, dia pun ingin sangat mengumpul kekayaan. Apabila melihat orang ramai menyertai skim-skim cepat kaya, dia pun mengambil peluang mengisi keahlian. Orang lain sibuk promosi menjual kad prepaid, dia pun turut sama dan pelbagai lagi peluang yang direbut konon ingin cepat jadi kaya. Berminggu-minggu, berbulan-bulan mencuba boleh dikatakan tidak sampai 10% pun hasil yang diperolehi. Kemudian mengeluh menyalahkan orang lain dan begitulah seterusnya. 2-3 tahun nasibnya sama seperti itu. Apalah nasib.
Pembaca sekelian,
Sebab itulah apa yang kita lihat, terlalu ramai yang kecewa dari mengecapi kejayaan. Ini kerana ilmu yang mereka memiliki sebenarnya masih rendah dan cetek. Ini adalah kebenarannya (Masih ada yang tidak mengakui hakikat ini). Kalau benar ia memiliki ilmu yang cukup, mereka seharusnya tidak cepat melenting atau menyalahkan orang lain apabila menghadapi kegagalan. Mereka seharusnya tahu mengawal diri dan mencari jalan penyelesaian.
Sebaiknya, jika anda ingin melakukan sesuatu, eloklah dikaji dahulu kerana apa yang anda lihat dengan mata kasar, ianya tidak sama dengan realiti sebenar. Seperti mana ia berlaku kepada diri saya, kajian yang tidak cukup dan menganggap setiap fakta adalah betul sebenarnya adalah satu kesilapan. Syukur, saya tahu bertindak dan mengambil keputusan dengan cepat dengan menukarkan setiap kegagalan itu kepada kejayaan.
Paling penting, setiap tindakan yang saya lakukan adalah betul dan tutup telinga dengan apa sahaja cemuhan, kutukan dan kritikan negatif. Saya ambil setiap yang positif dan tidak menoleh ke belakang lagi. Dengan cara ini saya dapat maju ke hadapan walaupun selangkah berbanding dengan mereka yang tidak melakukan apa-apa perubahan.
Jika anda ingin memasuki bidang menjana pendapatan di internet dan bukan internet ataupun berbisnes, anda digesa supaya mengenali dunia bisnes itu dengan lebih dekat sebelum anda menyertainya. Jangan jadi seperti sesetengah kalangan daripada kita yang terjun ke arena berbisnes tanpa memiliki bekalan yang secukupnya akhirnya mendapati dunia barunya itu bukanlah semudah seperti yang mereka sangka.
Mulai minggu depan, saya akan mengisi blog ini dengan panduan-panduan yang lebih mengenai pendapatan di internet, perancangan dan tips memahirkan diri untuk memperolehi wang anda yang pertama di internet.
P.s: Kepada semua pembaca “subscriber” melalui emel, anda boleh menghebahkan mengenai maklumat dari blog saya ini kepada rakan-rakan anda dengan cara turut serta “subscribe” di kotak emel sebelah kanan blog. Nantikan keluaran ebook percuma saya yang seterusnya yang akan diumumkan bila-bila masa sahaja. Jadi subscribe hari ini! Ianya adalah PERCUMAÂ ;)
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentComments
5 Responses to “Salah diri sendiri, orang lain pula dipersalahkan”
Got something to say?





















































sebenarnya atas diri kita.sendiri. kalau kita nak yang halal, insyAllah kita tak terkena tipu kat skim haram cepat kaya tu, kita akan selidik dulu soal halal-haram, apabila dah haram tak yah masuk, benda yg haram mesti ada something wrong, kalau takde something wrong takkan tuhan mengharamkan nyer…ni tidak, kira dapat duit terus masuk. faktor kegagalan atau kejayaan sebenarnyer adalah bergantung kepada halal haram bukannyer bergantung kepada duit semata-mata.
ada yang tak berjaya bukan kerana buat silap semata-mata, mungkin dia berada dalam learning stage,iaitu dalam proses pembelajaran..sebabtulah tak berjaya..kalau khatam belajar, dapat lah tu hasilnyer….
Betullah tu..dulu2 saya pun selalu bising bila gagal dalam sesuatu tapi bila dipikirkan balik buat per ye nak salahkan sesiapa.. sekali gagal tak bermakna yang kita akan gagal selamanya…
jadi teruskan mencuba sehingga ke titisan darah terakhir..
chewah..
A’kum En. Shah..mmg betul..kebanyakkan mentaliti org kita mmg selalu beranggapan mudah utk mengikut jejak langkah org yg berjaya tanpa mengkaji atau selidik terlebih dahulu baik dan buruknya..selalunya ni terjadi bila seseorg tiada asas atau termakan kata2 manis org yg “mempromote” tu…hehehe..gd luck bro.
Nota KL: memang ada yang mempergunakan hukum agama sebagai tempat “melariskan”, sehinggakan kita alpa kerana nafsu telah berada didepan akal. Itulah antara kelemahan manusia hari ini.
Zool: Memang kita tidak dapat lari dari kegagalan, setiap hari kita akan berhadapan dengan gagal. Jika kita tahu mengawal diri dan cepat bangkit.. sedikit demi sedikit kita boleh dilahirkan sebagai “zero ke hero”
Fergie: Setiap pengalaman itu memberi pengajaran berguna kepada kita betul tak?
[…] Menyentuh soal “egois” dalam post yang lalu, hari ini kita masih lihat ramai antaranya diluar sana tidak berjaya membebaskan diri daripada masalah kewangan ataupun sukar mengecapi kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi. Kalau saya berikan contoh yang baik kepada anda, pasti anda terkejut apabila saya mengatakan ada seorang remaja belasan tahun kini senang mula menjana pendapatan sedangkan beliau masih lagi di bangku sekolah! Remaja ini merebut peluang untuk memahirkan diri manakala anda pula diluar sana tidak memiliki kemahiran malah tidak pernah ingin belajar memiliki kemahiran itu. […]