Domain yang mudah diingati…
June 11, 2007
Anda mencari hosting dan domain yang menarik? Mudah diingati? Bagaimana saya mendapat pelanggan hanya dengan memilih nama domain yang mudah?
Untuk pengetahuan anda, seperti mana kita melihat domain yahoo.com, mawifc.com dan google.com, nama-nama ini adalah domain yang mudah disebut dan diingati. Saya juga mempunyai beberapa domain yang mudah di sebut seperti pelamin.net dan hyipoint.com. Dengan memilih domain yang ringkas dan mudah, ianya juga membantu untuk pelawat mengingati nama domain anda.
Tidak semua pelawat menggunakan SE (Search Engine) untuk mencari nama-nama domain melainkan mereka menggunakan katakunci (keyword). Tujuan memilih nama domain yang ringkas juga membantu anda untuk menjalankan periklanan secara offline lebih berkesan seperti di pamplet, brochure, surat khabar dan sebagainya. Jika anda membuat pengiklanan di surat khabar contohnya, dengan nama yang mudah, ianya dapat membantu membawa mereka yang offline ini melawat laman web anda untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai perniagaan anda. Agak sedikit sukar jika anda menggunakan domain yang panjang contoh seperti perkhidmatanmengguntingrambut.com berbanding dengan domain guntingrambut.com
Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan sesuatu nama domain, pastikan anda membuat beberapa list yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Anda boleh menyemak di sini.
Pastikan juga anda tidak tersalah memilih nama domain kerana ada beberapa kesilapan nama domain tidak sama dengan apa yang ingin ditawarkan. Elakkan memilih domain yang tiada kaitan dengan perniagaan anda. Seperti contoh anda menjalankan perniagaan menjual roti canai segera secara online. Seharusnya anda menggunakan domain roticanai.com bukan kedaikek.com
Ia memberikan persepsi yang baik daripada pelanggan anda jika memilih nama yang betul.
Memang tidak dinafikan ada laman web yang berjaya menggunakan nama yang tiada berkaitan seperti Amazon.com (koleksi buku). Tapi ia akan menjadi sedikit pelik jika anda menggunakan domain berbunyi bahasa Malaysia.
Jadi daftar segera domain istimewa anda sebelum orang lain mendapatkanya. Saya syorkan kepada anda dengan mendaftar di internet-webhosting.com kerana tengah promosi harga terbaik.. atau klik sini http://www.noorizamshah.com/recommends/internet-webhosting.php
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
One Response to “Domain yang mudah diingati…”
Got something to say?





















































Betul tu…. Macam JimieRay.com senang dingatkan.

Ada juga pelawat saya datang melalui SE dgn katakunci JimieRay.
Saya pun tak tahu mengapa. Mungkin sebelum ni ada artis luar negara kot bernama JimieRay