Web Pelamin.net telah dikemaskini…

June 10, 2007

 

Ya, laman web pelamin.net (satu laman web perniagaan internet saya) telah dikemaskini malam semalam.  :) Saya mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk menyiapkan keseluruhan laman web ini. Kali ini saya menampilkan rekabentuk yang ringkas. Tanpa perlu meletak terlalu banyak gambar di setiap muka surat, ia dapat memudahkan proses “loading” dan pelanggan saya tidak perlu ambil masa yang terlalu lama untuk melihat isi kandungan laman web.

Melihat dari statistik pelawat yang di perolehi dari statscounter.com, web kami menunjukkan peningkatan yang ketara apabila bilangan pelawat bertukar kepada pelanggan malah pagi-pagi lagi kami telah menerima panggilan untuk tempahan pelbagai majlis.

2 bulan lagi, usia laman web pelamin akan mencecah umur 2 tahun dan sempena ulang tahun tersebut, kami di pelamin.net ingin menawarkan pemberian percuma kepada pelanggan yang membuat tempahan untuk bulan Julai dan Ogos. Apakah bentuk pemberian percuma itu? Suprise!!!

Diharap dengan hadiah misteri ini, ia dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kami dengan anda. Selamat melawat laman web pelamin.net!

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?