Skim Cepat Kaya Akan Terus Wujud Jika…

June 8, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Kali ini sekali lagi saya akan cuba menulis mengenai topik skim cepat kaya yang mana saya berpendapat skim-skim ini akan terus wujud jika sebab-sebab yang akan dihuraikan ini tidak diambil berat oleh anda semua.

Janganlah anda menjadi seperti seorang makcik Mila (bukan nama sebenar) yang kini terpaksa menyara 9 orang anak (selepas bercerai) dengan menjual surat khabar lama. Kisah makcik Mila ini perlu didedahkan kepada anda semua, supaya dapat memberi pengajaran berguna bertapa buruknya jika kita mempunyai sikap tamak dan rakus untuk mengaut kekayaan. Asalnya, makcik Mila bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kerajaan (ketika itu belum ada pengumuman mengenai kenaikkan gaji kakitangan kerajaan).

Pada masa itu, makcik Mila mempunyai bebanan tanggungjawab untuk menguruskan suami dan anak-anak. Pendapatan isi rumah pula ketika itu sekadar cukup-cukup makan sahaja. Yalah, mana mungkin makcik Mila mampu hidup senang jika tinggal di bandar yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar. 8 orang anak pula telah pun memasuki alam persekolahan dan pengajian. Setakat tinggal dirumah teres 3 bilik, membuatkan makcik Mila mengambil keputusan untuk mencari pendapatan tambahan.

Seorang kenalan suami telah memperkenalkan peluang menjana pendapatan mudah dan boleh memberikan kesenangan kepada makcik Mila sekeluarga. Setelah diterangkan secara mendalam mengenai peluang ini, akhirnya makcik Mila mengambil keputusan mengeluarkan wang sebanyak RM30k untuk pelaburan jangka pendek. Malah dia mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja selepas berkira-kira pendapatan yang akan dia perolehi setiap bulan kelak.

Kononnya keputusan bijak beliau itu adalah yang terbaik setelah melihat kejayaan kenalan suaminya tetapi rupa-rupanya dia telah menjeratkan dirinya kepada kesusahan apabila tidak sampai seminggu fatwa dikeluarkan dan skim pelaburan yang konon akan memberi pulangan lumayan kepadanya terhenti operasi.

Alangkah sadisnya. Suami pula dicekup kerana kes rasuah dipejabat (bukan kes pelaburan haram) dan dipendekkan cerita, mereka berdua bercerai setelah pertengkaran dahsyat terjadi. Kini dengan menjual surat khabar, anda bayangkan betapa peritnya kehidupan makcik Mila ketika ini.

Mungkin kisah ini adalah antara coretan memori luka ramai diluar sana yang terpedaya dengan peluang menjana pendapatan di internet. Inilah yang berlaku apabila kita mengambil mudah dengan beranggap mencari duit itu adalah seperti mengopek kulit kacang dengan sebelah jari.

Pembaca sekelian,

Anda perlu sedar bahawa skim-skim cepat kaya atau pelaburan internet berasaskan epoint (yang di fatwa haram) akan terus wujud jika, anda sebagai pelawat, pengguna, pembaca, peserta dan apa juga “pe” terus memberi sokongan kewujudan mereka. Mereka akan terus wujud dan berkembang biak apabila adanya permintaan dan mereka yang degil terus memberi sokongan. Jangan sesekali kita memberi sokongan kepada program-program sebegini kalau boleh jangan beri peluang mereka bertapak di internet ini.

Saya bertambah terkilan dan kasihan apabila mula terasa memang telah banyak penipuan dilakukan dan kita yang tidak suka “menjaga tepi kain orang” hanya memandang kaku tanpa adanya tindakan yang sewajarnya.

“Biarlah diaorang nak kaya dengan cara diaorang sendiri”

Ayat seperti ini mungkin banyak maksud terjemahannya. Mungkin ada yang berkata itu dan ini tetapi realitinya program-program ini banyak keburukannya berbanding kebaikan.

Malah lebih memburukkan keadaan ada yang tidak faham apakah itu maksud PENIPUAN. “Sangkar harimau telah terbuka, harimau lapar menanti di dalam, kita pula sibuk nak masuk ke dalam sangkar” Ilmu yang cetek untuk memahami peluang menjana pendapatan membuatkan ramai yang masih tertipu. Bermacam-macam cara untuk ditipu. Sebabnya, mereka kurang ilmu tetapi memiliki ”wang besar” dan wang ini akan menjadi sasaran kepada si penipu. Bukalah mata kita, sudah berapa ramai yang telah diperdaya.

Jangan disebabkan skim-skim ini, peluang kita untuk memperolehi pendapatan sampingan atau menjalankan perniagaan di internet terjejas oleh persepsi masyarakat terhadap masa depan “make money” di internet.

Jadi sebagai langkah untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai, ebook “Rahsia Dalang Skim Cepat Kaya & Pelaburan Haram Internet di Bongkar” telah diterbitkan. Jika anda pernah terlibat dengan program-program ini atau bakal menjadi mangsa, ketahuilah kisah pembongkaran ini demi panduan kewangan anda. Jangan kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar. Menyesal kemudian tiada guna.

Panduan ini penting untuk diri anda serta individu yang anda rasa layak untuk mengetahuinya. Ketahui lebih lagi mengenainya di sini.

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Skim Cepat Kaya Akan Terus Wujud Jika…”

  1. khairul on June 9th, 2007 6:58 pm

    Salam,
    masih ade lagi ke yang kene tipu dek pelaburan haram ni?
    rasaya ramai yang dah sedar dengan kempen gomen perang habis-habisan program cari duit haram ni.

    sapa yang masih degil juga tu mesti tak serik-serik..daripada melabur kat skim.
    samada diorang ni memang pemangsa atapun mangsa yang suka gali lubang tutup lubang.

  2. Noorizam Shah on June 10th, 2007 8:57 am

    Memang ada lagi mereka yang menyertai pelaburan ini, walaupun kebanyakkannya dah tumbang, masih ada lagi program epoint ini yang masih aktif, lagi-lagi mereka bergerak offline memburu mereka di kawasan-kawasan yang susah mendapat berita mengenai makna pelaburan di internet.

    Itulah yang amat dirunsingkan jika ianya terus berjalan kerana mereka-mereka ini licik dan diketahui juga belum ada pendakwaan mana-mana pihak dari program-program pelaburan popular di internet.

    Ebook ini akan membongkar secara detail bagaimana program berasas epoint ini dicipta untuk mengaburi mata orang ramai.

  3. abdfatah on August 16th, 2007 10:40 pm

    ahaa… yer laa masih ada dan tetap akan ada selagi ada yang masih berdegil untuk cepat kaya. skim sebegini memang cepat mendapat perhatian bagi mereka yang tak serik-serik nak cari duit secara cepat dan lumayan. mereka dah tahu ia hanyalah skim yang akan memerangkap mereka, namun dek kerana tamak mereka akan terus memburunya walau dengan apa cara pun…

    bayangkanlah dengan modal puluh2 ribu dah dapat setup software untuk menjalankan satu2 website skim cepat kaya dan mengalirkan pendapatan dengan deposit tunai yang lumayan… itulah secebis kisah skim cepat kaya.

    wah… deposit tunai yang lumayan. kemudian hilang tanpa kesan.

Got something to say?