Adakah anda akan “memberi” sesudah anda peroleh?

June 7, 2007

“Kita tidak dapat melihat jauh ke masa silam kita, itulah sebabnya kita selalu menyalahkan situasi masa kini”

Jika anda lihat di luar sana terdapat ramai di antara kita yang mempunyai kedudukan tinggi dikalangan masyarakat. Akan tetapi seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka. Kenapa ya? Cuba anda renungi wajah-wajah mereka ini dengan teliti, tidak ramai daripada mereka yang kelihatan bahagia dengan kehidupan.

Disebaliknya, jikalau anda memerhatikan seseorang yang benar-benar bahagia dan berjaya, anda hampir pasti akan mendapati bahawa dia seorang yang berbudi bahasa, bertimbang rasa dan mengambil berat tentang orang lain selain dirinya sendiri. Contoh yang paling mudah, Tan Sri Mokthar Al-Bukhary dan yang terkini Dr. Irfan Khairi. Orang-orang seperti ini kita sifatkan sebagai pengkongsi secara semulajadi. Mereka bukan saya “menerima” tetapi juga “pemberi”.

Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsi bersama dengan anda. Kisahnya seperti berikut:

Ada seorang pakcik yang kelihatan bahagia air mukanya dan saya boleh anggarkan dia berumur dalam lingkungan 50an sedang menanam sebatang anak pokok rambutan.

Pemuda: Eh eh pakcik. Buat apa tu pakcik?
Pakcik: Ni, sedang tanam anak pokok rambutan.
Pemuda: Rajinnya pakcik ni. Pakcik rasa sempatkan pakcik merasa buah dari pokok yang pakcik tanam tu?

Pakcik yang berwajah bersih itu bersandar di batang penyodok sambil tersenyum.

Pakcik: Tak ada la nak, umur macam pakcik nih, pakcik tau tentulah tak sempat punya. Tapi, sepanjang hayat pakcik, pakcik memang suka benar makan rambutan, tapi tak pernah sekali pun merasa hasil dari pokok sendiri. Kalau tak harapkan orang lain yang tanam, macam yang pakcik buat ini, tak merasalah pakcik dulu. Sekarang ini pakcik saja nak balas balik budi baik orang lain yang tanam rambutan untuk pakcik dulu. :)

Itu kisah pakcik yang baik hati, pemurah dan mengenang jasa. Ini pula kisah dari buku yang bertajuk “You Were Born Rich” tulisan Bob Proctor.

Sebuah cerita pada tahun 1923, ada lapan orang daripada orang-orang yang terkaya di dunia telah bertemu di sebuah hotel di Chicago. Secara berkumpulan mereka memegang lebih banyak wang daripada mana-mana orang lain di dunia ketika itu (Masa ini Bill Gates belum kaya lagi ;) ). Mereka sepastinya kumpulan orang yang telah mengumpul lebih banyak kekayaan kewangan daripada orang lain.

Tetapi 25 tahun kemudian, inilah yang telah berlaku kepada mereka:

1. Charles Schwab, presiden syarikat besi waja bebas yang terbebas, telah mati sebagai seorang yang MUFLIS.

2. Richard Withny, presiden Bursa Saham New York, telah dimasukkan ke PENJARA SING SING.

3. Jesse Livermore, pemain saham “gaya pengecut” yang terhebat di Wall Street, telah MEMBUNUH DIRI.

4. Ivan Krueger, pengetua syarikat perniagaan moopoli terunggul di dunia, telah MEMBUNUH DIRI.

5. Howard Hopson, presiden syarikat gas terbesar di Amerika Utara, telah menjadi TIDAK SIUMAN.

6. Arthur Cutton, spekulator komoditi gandum yang terunggul, telah MATI DI LUAR NEGARA, DALAM KEADAAN TIDAK MAMPU MEMBAYAR HUTANG.

7. Leon Fraser, presiden Bank Penyelesaian Antarabangsa, telah mati dengan MEMBUNUH DIRI.

8. Albert Hall Fall, seorang ahli Kabinet Presiden, telah diberi pengampunan ketika menjalani hukuman penjara untuk membolehkan beliau MATI DI RUMAH.

Kesimpulan: Kesemua orang-orang ini sangatlah pandai mengumpul wang tetapi mereka semua banyak melakukan perkara yang salah di dalam hidup. Oleh itu, jadi lah seperti pakcik yang menanam anak pokok rambutan yang tahu menyalurkan semula apa yang telah dia perolehi. Jumpa lagi…

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Adakah anda akan “memberi” sesudah anda peroleh?”

  1. kg Dusun on June 10th, 2007 1:13 pm

    best arr citer dalam blog Norizham,,,,..thank up bro! harap-harap lelaki penulis blog ni http://notakualalumpur.blogspot.com/ tidak menjadi seperti cerita sedih diatas.

  2. Noorizam Shah on June 11th, 2007 8:20 am

    kg dusun: menarik juga blog anda.. saya suka membacanya.. :)

  3. abdfatah on August 16th, 2007 10:54 pm

    wah lama citer nih… citer pasal orang memberi kita merasa. kalo tanam pokok durian hari ini berapa lama lagi nak tunggu ia berbuah. rasanya orang lain laa nampaknya akan merasa hasilnya…

    durian?

    maka caranya adalah dengan berbudi kepada tanah. kemudian memberikan hasilnya itu kepada orang lain.

    siapa? kepada anak cucu cicit kita dan rukun tetangga yang lain…

    peninggalan atuk nenek saya adalah asam gelugor yang setinggi bangunan 10 tingkat. sampai musimnya bermulalah kerja2 pemprosesan asam keping.

    nak cepat sedikit hasilnya tanamlah serai ke, daun pandan ke, pisang ke, nagamadu ke. eh nagamadu? macam pernah dengar yer… nak singgah jenguk nagamadu laaa…

    itu untuk short term laa. kalo long term lain citer la pulok nak nunggunya… namun pahalanya tetap berganda.

    nampaknya kena buat artikel dalam blog saya nih…

    maaflah panjang lebar laa pulok…

Got something to say?