Lanjutan projek Ebook dari NoorizamShah.com

June 6, 2007

Hari ini saya mengambil keputusan untuk menukar cover ebook dengan membuat perubahan pada font, ayat, warna dan kulit ebook. Untuk melihat bagaimana rupabentuk cover ebook projek khas saya, sila klik disini.

Untuk perkembangan hari ini, saya sedang menambahbaik isi kandungan ebook dan membuat semakan supaya tidak ada sebarang kesalahan ayat. Saya berharap projek kali ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai isu-isu skim cepat kaya internet hari ini dan seterusnya membuka mata ramai pihak untuk terus mendapatkan panduan sebenar mengenai peluang menjana pendapatan di internet. Manakala surat wasiat sales letter juga akan disiapkan dalam masa terdekat.

Saya memilih niche mengenai HYIP (High Yield Investment Program) adalah kerana tidak ramai yang membincangkannya di dalam bentuk EBook secara lebih terperinci. Niche saya kali ini menjurus kepada HYIP berlandaskan mata ganjaran (point)  yang banyak diguna pakai oleh banyak program pada waktu ini. Setelah membuat kajian dan penyelidikan beberapa bulan kebelakangan ini, banyak perkara yang memeranjatkan telah berlaku. Ini termasuklah perjumpaan saya dengan beberapa individu penting di BANK NEGARA MALAYSIA.

Saya tahu ramai yang menantikan kemunculan ebook mengenai pembongkaran SKIM CEPAT KAYA & PELABURAN HARAM DI INTERNET hari ini. Bilangan pengunjung melalui statistik carian juga menunjukkan mereka berminat untuk mengetahui rahsia dan pembongkaran siapakah dalang dan mastermind dalam semua program skim cepat kaya di internet. Kesemua ini akan memberi jawapan kepada ramai pihak mengenai gejala buruk ini.

Program-program seperti SwissCash, EAindex, JinliCapital, WinliFund, Smartindex, EM-Pay, DCFund, Dfund dan sebagainya akan ditelanjangkan selepas ini… Tunggu kemunculan Ebook ini…

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?