Projek EBook HYIPoint (High Yield Investment Point)

June 4, 2007

Mengambil inisiatif dan peranan mewujudkan  kesedaran kepada pengguna internet mengenai bahayanya menyertai program-program penipuan di internet, sebuah ebook mengenai laporan pembongkaran demi pembongkaran program-program skim cepat kaya internet (pelaburan haram) serta mengupas siapa sebenarnya dalang dan invididu tersebut. Bukti secara jelas juga akan diberikan kepada anda bagaimana mereka menjerat orang ramai dan seterusnya mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Sempena kempen celik duit internet yang dilancarkan baru-baru ini oleh forum wangcyber.com, anda akan ketahui apakah sebenarnya yang akan anda perolehi dari pembongkaran besar ini. Ketahuilah bagaimana bentuk modus operandi dalang-dalang ini. Ebook HYIPoint (High Yield Investment Point) yang penuh berinfomasi ini akan memberikan anda panduan sebenar mengenai kaedah sebenar menjana duit di internet.

Untuk beberapa hari ini, saya akan cuba menyiapkan ebook ini dan sebagai tatapan awal, anda boleh lihat contoh cover ebook ini. Mengenai isi kandungannya, saya akan beritahu dimana anda boleh memperolehi ebook istimewa ini. Jadi kepada anda yang telah emel kepada saya, nantikan ebook panas ini dengan terus mengikuti laporan-laporan terkini di blog NoorizamShah.com

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Projek EBook HYIPoint (High Yield Investment Point)”

  1. NoorizamShah.com - Menjana Usahawan Internet Terdidik dan Terlatih (Panduan Menjana Pendapatan Di Internet. on June 6th, 2007 8:58 pm

    […] Hari ini saya mengambil keputusan untuk menukar cover ebook dengan membuat perubahan pada font, ayat, warna dan kulit ebook. Untuk melihat bagaimana rupabentuk cover ebook projek khas saya, sila klik disini. […]

Got something to say?