Blog Sebar Ajaran Sesat Kahar Ahmad

June 3, 2007

Laporan ini dipetik dari sumber laman web.

Jakim bekerjasama dengan SKMM bendung seleweng akidah

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memantau semua laman web dan blog yang membincangkan soal akidah dan keagamaan untuk memastikan ia tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustapa Abdul Rahman, berkata walaupun Jakim tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap laman web atau blog, pihaknya sedia bekerjasama dengan agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengawal jumlahnya.

Bagaimanapun, Mustapa berkata, sebarang maklumat mengenai laman web itu akan disalurkan kepada SKMM untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap pemiliknya.

Kelmarin, akhbar melaporkan mengenai kewujudan satu blog yang memutarbelitkan ajaran Islam dan hasil penelitian terhadap isi kandungannya mendapati ia memiliki banyak persamaan dengan ajaran Kahar Ahmad atau `Rasul Melayu’ yang difatwakan sesat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ketua dan pengasas ajaran itu, Abdul Kahar Ahmad, 56, dihadapkan ke Makamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2005 atas lima tuduhan menyebar ajaran sesat dan kes itu masih dalam proses perbicaraan.

Sementara itu, mengenai saranan supaya Jakim mengeluarkan kenyataan berhubung kewujudan laman web atau blog yang boleh mengelirukan umat Islam, Mustapa berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan itu termasuk menyediakan garis panduan untuk mengawal infrastruktur laman web yang membincangkan isu akidah.

“Kita akan kaji dan melaksanakannya jika mampu membendung maklumat salah mengenai akidah hingga mengelirukan umat,” katanya.

Pendapat Anda?

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?