Job Vacancy at Internet-Webhosting.com

June 27, 2007

Internet-Webhosting is once again looking for suitable candidate to work in Sales & Support division.

If you are interested they have the following vacancy :

=================================
Level 1 Sales & Technical Support
=================================

Responsibilities:
——————-

1. Position is for Level 1 Sales & Technical Support
2. To interact with the customers over the Phone, E-Mail, Fax & Walk-in, to provide the necessary Sales & Support Services .
3. Work as part of the Sales & Support Team to maintain and improve existing systems.
4. Will handle various hosting control panel , HELM, Cpanel, Plesk etc.
5. Travel to various Datacenter for server’s related jobs / issue (Installation & Maintenance).
6. Working in UNIX and Windows environment .
7. Willing to works in long working hours if required.
8. Basic Job Training will be provided by the company.

Requirements:
————-

1. Most required is VERY FANATIC in Internet & Webhosting field.
2. Intermediate Knowledge in designing websites, Installing PHP & ASP Scripts and also in Adobe & Macromedia Tools.
3. Knowledge in PHP & ASP Programming Language is an added advantage.
4. Able to communicate well and fluent in English & Bahasa Malaysia
5. Required skill(s): Basic Unix/Linux Operating System, Windows Server.
6. Applicants must be willing to work in USJ, Subang Jaya and have own transport.
7. Applicant must be willing to start work immediately.
8. Applicants also must willing to work on 3 shift basis.

Basic Salary Range : RM850.00 - RM1,300.00 (Not Including Allowance and Other Incentives)

INTERESTED CANDIDATE : Kindly visit http://www.internet-webhosting.com/career  to submit your application.

http://www.noorizamshah.com/recommends/internet-webhosting.php 

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan

June 27, 2007

Anda sudah bina blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah anda telah berjaya menarik pelawat ke blog anda?

Hari ini dah semakin ramai yang mula wujudkan blog, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali untuk memiliki blog peribadi. Sama ada ianya percuma atau berbayar, itu bukan lagi soalnya.. yang penting adakah blog anda dilawat oleh pengguna internet?

Kadang-kadang, kita ini sibuk menulis tetapi tiada pula orang nak jenguk.. macam kita ni syok sendiri.. so, macam mana nak tarik pelawat ke blog anda?

Strategi yang saya akan cuba kongsikan dengan anda hari ini, mungkin ianya nampak mudah tetapi sebenarnya ianya juga berkesan. Tidak perlu keluar modal sehingga beratus-ratus ringgit jika ingin menjalankan promosi, sebaliknya banyak juga cara yang ?percuma? untuk dipraktikkan secara berkesan. Semua ini di atas daya usaha anda. Rajin anda melakukan promosi, semakin ramailah pelawat anda. Jadi apakah kaedah yang pertama?

1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.

Jika anda perasan, saya banyak menyumbangkan artikel di komuniti wangcyber.com. Di ruang artikel saya mengambil peluang ini untuk menghantar artikel-artikel tulisan saya sendiri dan diakhirnya saya meninggalkan link ke blog saya. Dengan cara ini, pelawat-pelawat atau ahli komuniti akan menggunakan link-link di artikel ini untuk sampai ke blog saya.

Pastikan anda mengirimkan artikel yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca apabila membaca artikel anda.
Contoh di wangcyber.com, anda bebas untuk menghantar artikel atau kandungan blog anda ke sana, secara tak langsung anda sudah mula mendapatkan pembaca baru untuk blog anda. Kaedah ini jika anda praktikan, ianya dapat membantu anda di dalam penulisan artikel. Secara tak langsung ia dapat memahirkan diri anda dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat ?skema?, menggunakan bahasa mudah juga mampu memberikan anda peluang mendapatkan pelawat di blog.

2. Bertukar pautan web sendiri dengan blog.

Saya mengambil contoh laman web saya sendiri iaitu www.pelamin.net dimana saya melakukan tukaran link antara satu sama lain. Ia juga dapat memberikan peluang win-win situation dimana, jika pelawat saya melawat blog, mereka juga boleh mencapai laman web tempahan pakej perkahwinan hanya mengklik link di blog saya. Begitu juga sebaliknya.

3. Blog di dalam emel?

Tahukah anda, antara kaedah untuk menarik minat pembaca adalah memberikan mereka maklumat terus ke emel mereka. Cara tradisional yang masih digunapakai adalah dengan meletak ?signature? blog di dalam emel. Apabila mereka menghantar emel kepada rakan atau sesiapa, penerima akan membaca dan melihat tandatangan ini. Bagi anda yang baru memiliki blog, saya syorkan anda jangan mengabaikan kaedah ini. Walaupun anda mempunyai kaedah lain seperti RSS atau tag, kaedah promosi melalui emel jangan sesekali diabaikan. Emel merupakan senjata yang berkesan. Letakkan link blog anda di bahagian bawah tanda tangan atau setiap kali anda menghantar artikel. Nampak mudah tetapi berkesan.

4. Tinggalkan komen di ruangan komen blog yang anda lawat.

Statistik di blog saya menunjukkan bilangan yang pelawat yang ramai setiap hari. Dengan cara anda meninggalkan komen, ia juga dapat membantu anda mendapatkan pelawat saya untuk klik ke blog anda. Bagi mereka yang rajin, mereka boleh meninggalkan komen yang bernas, kerana kebanyakkan pelawat akan cuba mengambil tahu apa yang anda kongsikan dengan cara mudah, terus klik ke blog anda.

Inilah antara kaedah promosi percuma yang boleh saya kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang mudah tetapi adakala ianya diabaikan oleh ramai blogger. Sebab itu rating atau rangking sasaran pembaca tidak dapat dicapai. Diharap dengan infomasi seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda memperolehi pembaca yang setia.

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

2 Pemenang rebut RM50,000.00…

June 22, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda berminat untuk menjadi glamor dan dikenali umum? Adakah anda ingin merebut peluang memperolehi wang tunai berjumlah RM50,000.00? menjadi pengacara, selebriti model dan menjadi duta produk terkenal mungkin adalah satu impian anda? hehehe.. kalau saya tengok dalam statistik blog saya, ada juga yang mencari keyword “jadi pengacara” dsb.

Baiklah hari ini saya nak buat promo sket mengenai sebuah rancangan “reality show” iaitu StarCeleb.tv adalah satu rancangan tv realiti baru (televisyen mana? saya tak pasti lagi). Dari info yang diperolehi dari web StarCeleb ini, mereka tengah rancak merancang untuk sesi ujibakat (audition). Kalau ada sesapa yang rasa dia berbakat tu, boleh la mencuba peluang ini. Mungkin rezeki anda. Sapa tahu kan? ;)

Tapi… ada tapinya… hehehe.. jika anda seorang lelaki dan perempuan berusia 12 18 tahun hingga 30 tahun dan boleh berbahasa Inggeris dan Cina dengan baik, so boleh la pergi ujibakat tu..  

Ujibakat dibuka untuk 4 hari dari 23hb-24hb Jun dan 30hb-1hb Jun 2007 bertempat di Level 2 (Catleya Room) Parkroyal Hotel, Kuala Lumpur. StarCeleb.tv kini sedang rancak bergiat di network. Ini hanyalah publisiti sahaja memandangkan blog saya ini menerima keyword carian mengenai selebriti - ujibakat - model - pelakon -pengacara… jadi mungkin publisiti ini ada kena mengena dengan anda sebagai pembaca, mana tahu? ;)

Okla nak sambung siapkan ebook motivasi saya… :)

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Siri II Ebook Motivasi - Gerak Hati Motivasi Minda

June 21, 2007

Alhamdullilah, hari ini saya berjaya siapkan cover untuk ebook Motivasi siri ke 2. Ebook ini akan diedarkan secara percuma dan isi kandungan akan ditambah yang mana ianya akan diisi dengan kejayaan beberapa orang individu yang berjaya. Fokus akan diberikan lebih kepada rakyat Malaysia yang berjaya.

Saya akan cuba berkongsi dengan anda menjejak kejayaan individu ini, apakah formula kejayaan mereka mengecapi kekayaan. Motivasi ini penting untuk anda semua dan di harap dengan edaran ebook ini secara percuma dapat memberi panduan kepada anda untuk memahami kaedah penyelesaian masalah dengan cara berfikir seperti minda seorang jutawan.

Jika anda pernah membaca ebook motivasi saya sebelum ini, ianya banyak menyentuh mengenai motivasi terhadap jati diri, kali ini ebook ini akan diberi nafas baru dengan cara memotivasikan diri sendiri melalui kisah kejayaan orang lain. Jadi sentiasalah melawat blog saya ini untuk memperolehi ebook ini secara percuma yang akan dimaklumkan bila-bila masa sahaja. :)

Saya berikan anda percuma! dan anda juga boleh edarkannya! ;) Tunggu…

 

p.s: Apa pendapat anda tentang kulit ebook ini? Komen sket… :)

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Lagi-lagi Blog… Apa itu Blog? Boleh Buat Duit Ker?

June 20, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bertemu lagi dalam catatan terkini dari blog NoorizamShah.com

Alhamdullilah kerana saya masih lagi diberi peluang untuk menulis walaupun sibuk dengan pelbagai projek offline dan online. Mengenai projek itu, biarlah ianya menjadi teka-teki untuk sementara waktu, doakan semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang ya! ;)

Baiklah,  apa yang ingin saya tulis dan kongsi hari ini,  mungkin anda sudah banyak mengetahui mengenai blog, akan tetapi masih ramai diluar sana masih lagi tidak mempraktikkan blog secara semaksimum mungkin. Malah masih ramai lagi yang tidak mengetahui betapa manfaat dan berfaedahnya jika kita mempunyai blog.

Blog bukan sahaja tempat kita meluahkan perasaan mengenai isu semasa, politik, ekonomi, penulisan karya, sastera, koleksi-koleksi gambar dan grafik, gossip, review produk dan lain-lain… malah jika anda memaksimakan penggunaan blog, ianya boleh mendatangkan sesuatu yang menguntungkan. Ini termasuklah memperolehi pendapatan secara online, populariti, membina jenama dan sebagainya.

Apa itu blog?

Jika anda seorang pembaca blog saya yang setia tetapi anda tidak mengetahui apakah nama tempat saya menulis ini, hari ini saya ingin sekali beritahu anda… inilah blog. Blog ialah sebutan ringkas bagi Weblog. Blog boleh kita katakan sebagai sebuah laman web, tetapi ianya dibina menggunakan perisian yang telah siap atau sudah diformat bagi membolehkan anda atau sesiapa sahaja membinanya walaupun tanpa memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam.

Pengalaman saya menggunakan blog bermula dari blogdrive.com, kemudian saya beralih kepada blogspot.com, seterusnya kepada blog myspace.com, blog 360.yahoo.com dan akhirnya saya memiliki tapak sendiri, membina blog dari perisian berformat dari wordpress.com.

Blog yang dibina kebanyakan mengandungi maklumat yang memberi gambaran mengenai minat, pemikiran dan pendapatan individu. Gambaran ini tidak semestinya datang dari individu tersebut. Kemungkinan ianya datang dari pandangan pelbagai pihak. Dengan cara membina blog, anda dapat memberikan kelainan atau alternatif kepada bentuk penulisan selain dari diari dan buku nota. Melalui blog, ianya menjadi semakin unik kerana ia ibarat dairi elektronik dan anda bebas menulis memberi pandangan anda mengenai apa sahaja topik. Ini memberi peluang lebih besar untuk orang lain menelaah atau menerima pendapat anda.

Dari sistem atau format blog ini, segala apa yang anda tulis mudah dikemaskini, malah setiap maklumat disimpan mengikut kronologi dengan lebih tersusun. Jadi ianya mudah untuk anda atau sesiapa sahaja mendapatkan rujukan atau mencapai maklumat-maklumat yang tersimpan di dalam blog anda.

Sebagai contoh blog ini memberi atau berkongsi maklumat mengenai beberapa panduan yang boleh diaplikasi oleh pelbagai pihak untuk kegunaan peribadi atau kumpulan. Secara tak langsung, dengan memberi maklumat ia sedikit sebanyak membantu carian yang diperlukan. Secara tidak langsung, saya menarik pelawat untuk melawat blog ini.

Anda mungkin nampak ianya adalah perkara biasa dan “tidak ada apa-apa manfaat” yang diperolehi dengan hanya menulis blog. Percaya atau tidak saya memiliki pendapatan sampingan hampir 30% datang melalui blog. Selebihnya dari web perniagaan. Tidak perlu saya tulis disini berapa saya perolehi, tetapi cukup dengan menyatakan saya bersyukur dengan apa  yang saya perolehi hari ini. :)

Nampak gayanya anda kena tunggu lagi la tulisan berikut dari saya.. sebab projek saya sedang menanti ni (projek ebook lagi).. saya akan tulis lagi mengenai blog dan blogger pada post yang akan datang.. tunggu..

P.s: Sebagai recommend saya, jika anda berminat untuk membina blog sendiri, apakata try dapatkan ebook ini. :)

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Anda suka web yang bergrafik atau tidak?

June 18, 2007

Ada pelbagai cara untuk mereka bentuk laman web. Setiap rekabentuk pula bergantung kepada kos dan kreativiti individu. Bagi syarikat korporat, mereka lebih suka laman web mereka kelihatan seperti web profesional. Memiliki web flash di dalam sesebuah laman web memberikan gambaran “kecanggihan” dan “kemantapan” sesebuah organisasi. Ini juga menjadi senjata sulit sesetengah individu untuk memajukan perniagaan mereka. Seperti mana ada sebuah syarikat persendirian yang dimiliki oleh seorang individu, beliau menjalankan perniagaan internet di rumah tanpa diketahui oleh pelanggannya.

Akan tetapi semua ini bukanlah satu penyebab (memiliki flash) untuk meraih penampilan yang menarik untuk pelanggan anda, dengan kos yang murah tanpa memiliki laman web flash, anda juga mampu memberikan sesuatu setanding seperti mana mereka yang memiliki laman web flash. Contohnya seperti laman web pelamin.net ianya direkabentuk seringkas yang mungkin tanpa perlu flash di dalamnya. (kalau ada pun youtube video ;) )

Sebenarnya rekabentuk sesebuah laman web juga penting untuk memberikan keselesaan kepada pelawat anda. Apa guna jika anda mempunyai laman web canggih tetapi sukar untuk dicapai oleh pelawat. Jangan buang masa anda untuk meletakkan fail-fail yang bersaiz besar seperti muzik latar belakang (background), gambar-gambar yang bersaiz besar (sehinggakan setengah muka surat) dan tak perlu ada grafik yang boleh bergerak-gerak (kununnya canggih gitu…)

Jika website anda merupakan web perniagaan, pastikan anda jangan buat sesuatu yang memberi pulangan tidak menguntungkan. Ya! ianya memang tidak menguntungkan. Sebenarnya anda harus memberi keselesaan kepada pelawat dengan memberikan maklumat secepat mungkin. Jika web anda dipenuhi dengan file-file atau alat bantuan yang tidak berfaedah, kenapa ianya perlu ada dalam laman web anda. Jadi, buangkannya! bina laman web yang mudah sahaja tanpa perlu grafik yang maksimum tetapi biarlah kesannya yang maksimum.

Berikan apa yang diperlukan oleh pelanggan anda. Mereka melawat laman web anda adalah untuk mendapatkan maklumat. Mereka bukannya ingin melihat permainan atau pun benda yang bergerak-gerak di laman web anda, lainlah anda memang nak sangat pelawat anda melihat kreativiti anda. hehehe…

Yelah.. jika anda menjual ebook mengenai bagaimana mengumpul duit kahwin, tidak perlulah anda memberikan grafik yang bukan-bukan seperti grafik duit keluar dari komputer tanpa henti. Cukup sekadar gambar tabung duit (contohnya). Itu rasanya sudah cukup memadai.

Apa yang penting dalam hal membina laman web ini, ianya mestila penuh dengan infomasi. Jika anda lihat pada trend perniagaan internet hari ini,  pelawat tidak akan melihat kepada grafik sebaliknya ayat-ayat anda yang membunuh. Gambar biarlah kurang sedikit dan infomasi mestilah di banyakkan. Tetapi jika laman web anda sebuah laman yang memerlukan muat turun grafik seperti logo operator, MMS dan permainan online, cadangan ini dikecualikan. ;)

P.s: Jika kita lihat laman web perniagaan internet yang dimiliki oleh jutawan-jutawan internet dunia, mereka juga menampilkan web yang simple sahaja. ;) 

Jumpa lagi…

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »