Google Cash Strikes Back Special Report
May 22, 2007
Semasa saya membuat carian di internet, saya terlihat sebuah web yang menyatakan seorang remaja perempuan Mexico berusia 15 tahun memperolehi pendapatan lebih dari USD$1,000 untuk bulan pertama di internet!
Memang menarik sekali laporan khas ini. Sedangkan saya pula masih belum menguasai penggunaan Google Adwords untuk mengiklan website dan affiliate program.
Akan tetapi apa yang saya ketahui dengan membuat iklan di Google Adwords kita memang berpotensi untuk memperoleh pendapatan yang lumayan. Ini membuatkan saya terdorong untuk membaca laporan khas percuma ini bertajuk “Google Cash Strikes Back” oleh Chris Carpenter.
Di dalam e-book tersebut beliau menerangkan satu software yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Selepas membaca sehingga page 25 daripada 40, saya telah setkan minda saya
untuk terus membeli software tersebut. Tak kisahlah berapa harga yang dikenakan, saya tetap akan beli!
Di dalam e-book percuma tersebut, beliau menerangkan bagaimana mengetahui iklan-iklan pesaing kita, jumlah yang mereka laburkan, keyword yang mereka gunakan, iklan mana yang profitable atau tak dan sebagainya.
Apabila kita dah ketahui rahsia pesaing kita, bukankah mudah untuk kita atasi mereka dan memaksimumkan keuntungan kita? Itulah sebabnya saya tak kisah berapa harga yang ditawarkan
Jika anda belum peroleh lagi “Google Cash Strikes Back” yang diberikan percuma tersebut, anda boleh layari:
http://www.clickaudit.com/goto/?57307
Kisah kejayaan seorang budak perempuan berusia 15 tahun peroleh USD1,000 sebulan dengan Adwords ada diceritakan di dalam e-book tersebut. Saya pasti ia akan menaikkan semangat anda di dalam online business ni
http://www.clickaudit.com/goto/?57307
Nota: Report ini terhad dan pastikan anda memilikinya hari ini secara PERCUMA! Hanya masukkan email anda dan terima report istimewa segera!
 ———————————————————–
Hi All,Â
Imagine having Google Cash creator and expert, Chris Carpenter, call you every day and tell you the following:
- what affiliate program to promote
- which keywords to use
- and what Ad Copy to use on Google Adwords
How many profitable streams of income would you setup if you knew that they were profitable before even starting them?
In a special new report, Chris Carpenter, will show you how technology is now making this possible with almost scary precision.
You don’t want to miss out on this…it’s going to be the most important report you’ve ever read.
How much does it cost? It’s free.
Go get your copy now!
http://www.clickaudit.com/goto/?57307
To your success,
Noorizam Shah
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentTawaran Cari Duit Dengan Mudah Di Internet!
May 22, 2007
Sedang anda duduk termenung sambil dengan radio.. lagu pun dipasang dan anda mula berangan…
Ada yang panggil Ringgit
Ada yang panggil Dollar
Ada yang panggil Bath
Ada yang panggil Rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit duit!….
Jika anda sedang bermimpi dan berangan sambil mendengar lagu dendangan Hattan ini, saya pula akan mendedahkan kepada anda beberapa info penting yang WAJIB anda tahu. Jika anda abaikan maklumat ini saya percaya anda akan semakin tidak tahu langkah bagaimana mencari duit di internet!
Saya sudah mual kerana sejak kebelakangan ini nampaknya semakin banyak taktik scam di”spam”kan ke kotak email saya (anda juga pasti tidak terkecuali) dan saya pasti ramai pembaca blog setia saya turut menerima mesej hampir kerap. Jika dibiarkan ia pasti berulat dalam kotak email anda. Dan jadi macam tong sampah. Bagi mereka yang terlampau sangap dengan mencari duit, taktik ini adalah amat sesuai untuk golongan yang dahagakan duit.
Seumpama anda merangkak mencari ceti, peminjam wang berlesen (tak berlesen pun banyak). Masalah desakan hidup membuatkan anda lupa mengenai risiko akan hilang telinga, hilang jari, hilang gigi, hilang harta, hilang isteri dan anak-anak.
Aduhhh… kasihan…
Mari kita tumpukan semula kepada masalah yang ingin kongsi iaitu masalah cari duit segera di internet.
Sedang syok anda menunggu email dari pelanggan anda (andaikan anda menjalankan perniagaan internet), apabila anda buka sahaja akaun email anda tiba-tiba inbox anda diisi dengan 150 mesej SPAM! Mesti anda bengangkan?
Anda menang Cabutan Bertuah!
Syarikat kami ingin menawarkan anda hadiah lumayan (dengan menggunakan nama-nama terkenal seperti Dell & Bill Gates)
Kami mewarisi harta USD200 juta. Kami nak berikan kepada anda sebab anda orang asing di luar negara kami.
Yang lebih bahaya apabila anda menerima phising email. Surat-surat berbentuk ugutan. Pernah terjadi dan telah pun ada kes dimana beberapa individu, akaun banknya telah diceroboh tanpa sedar malah telah kehilangan wang ringgit sekelip mata apabila mereka melakukan arahan dari phising email ini.
Nasihat saya jika anda menjumpai atau membaca mesej-mesej ini yang meminta anda meminda, mengubah, mengemaskini maklumat-maklumat seperti akaun bank, akaun paypal, akaun e-gold dan apa jua bentuk silalah buang dan padamkan dan jangan teruskan arahan seperti itu. Jika anda musykil, hubungilah operator bantuan untuk menyelesaikan masalah anda.
Ingat, jika anda melayan email seb*d** ini, anda akan PASTI kehilangan wang.
Baca sahaja dan buang ke dalam tong sampah.
P/s:Â Bro! Dah habis dah masa nak berangan untuk cepat jadi kaya! Ingat senang ke nak jadi kaya? Bergolok gadai pun belum tentu lagi kalau tak ada ilmu!
Jumpa lagi…
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentCari Inisiatif Ceburi Perniagaan Yang Belum Diterokai
May 21, 2007
Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha untuk mencapainya. Begitu juga dalam membina empayar dalam dunia perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Ianya kalau tidak ditangani dengan betul akan jadi besarlah dugaan dan rintangan yang perlu ditempuh. Kita ini sebagai manusia sentiasa ada azam dan semangat. Tetapi jika tidak pandai diuruskan anda akan melihat kegagalan sahaja.
Itu sebabnya jika anda ingin menceburi dalam bidang perniagaan, bermulalah secara kecil-kecilan sambil menimba pengalaman. Suntikkan diri anda dengan menjadikan sesuatu kegagalan sebelum ini sebagai jalan untuk memperbaiki diri demi melihat kehidupan yang sukses. Sebagai permulaan untuk memulakan perniagaan internet sebagai contoh, anda boleh menceburi peluang-peluang menjana pendapatan sampingan seperti Affiliate program (program agen) atau menjual produk di ruangan e-bay.
Akan tetapi jangan cepat atau mudah meniru apa juga perniagaan yang telah diceburi oleh orang lain. Cuba pelajari mencari inisiatif sendiri atau mencuba sesuatu yang baru dimana ianya jarang dipelopori oleh usahawan internet lain.
Jika anda lihat diluar sana, situasi hari ini terutama usahawan Bumiputera walaupun telah memasuki zaman serba canggih, hanya segelintir yang berani mencuba perniagaan baru (seperti Alang, Saifulsham, Shuth) manakala majoritinya lebih ramai mengikut apa yang orang lain ceburi.
Ada sesetengah daripadanya yang masih ragu-ragu dan tidak mempunyai keyakinan dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru malah ada antaranya yang sering mengungkap persoalan apakah perniagaan yang boleh diceburi yang kurang risikonya.
Sepatutnya soalan begini tidak wujud dalam diri anda dan seharusnya anda perlu berkata pada diri sendiri jika ada orang lain boleh kenapa kita tidak boleh? Di negara kita, terdapat pelbagai bentuk perniagaan yang boleh diceburi, seandainya peniaga Melayu sebelum ini lebih menumpukan pada pasaran secara offline. Justeru anda perlu ambil pendekatan dengan menjalankan perniagaan secara online.
Kita ambil contoh orang Cina yang bijak mencari peluang perniagaan dan memasarkan produk yang belum ada di pasaran Malaysia selain bertindak sebagai pemborong dan pembekal utama. Cuba anda gambarkan dan letakkan diri anda di situasi ini dan anggapkan anda bakal menguasai perniagaan di internet. Atau apa kata hari ini anda luangkan masa lebih kurang 1 jam dengan bersiar-siar seperti di pasar malam, gerai-gerai aksesori, kedai menjual gajet-gajet dan ke mana sahaja sambil anda membuat kajian dan pemerhatian mengenai peluang-peluang perniagaan seperti ini.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentLaporan Akhbar Dipersoal lagi…
May 20, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ketawa saya membaca laporan utusan 17 mei yang lalu apabila menyiarkan laporan bertajuk “37 laman web skim cepat kaya dipantau”
Kenapa saya ketawa? terdapat beberapa fakta tidak berasas turut disiarkan di dalam akhbar popular ini. Mungkin wartawan akhbar ini tidak diberi pendedah mengenai bidang IT sehinggakan menyamakan beberapa ruang forum “menentang skim cepat kaya” dengan laman web skim cepat kaya.
Alahai, dimanakah kredibiliti kewartawanan Malaysia sehingga laporan yang diberikan salah dan lebih kepada unsur fitnah? Saya berasa terpanggil untuk menulis di blog saya ini apabila akhbar ini mengaitkan forum wangcyber.com dan beberapa ruangan lain terlibat atau bersekutu dengan laman web skim cepat kaya.
Akan tetapi mungkin wartawan yang menulis ini tidak mengambil kira kesahihan maklumat ini apabila mereka menggambarkan apabila sesuatu badan, syarikat “yang berkredibiliti”, mengeluarkan laporan, ianya terus dianggap sah.
Saya memetik laporan akhbar popular ini seperti berikut:Â Â
“Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www.wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan.com.”
Bagaimanakah ruangan forum atau ruang sembang boleh dikaitkan dengan laman web skim cepat kaya? Adakah aduan-aduan yang diterima oleh pihak MyCERT telah ditapis seratus peratus?
Pernah saya menonton sebuah rancangan siasat di Televisyen baru-baru ini menyiarkan temuramah dengan seorang pegawai mereka dan apabila mendengar jawapan dari pegawai mereka seolah-olah pegawai ini memiliki ilmu IT yang amat cetek. Jawapan yang diberikan amat lemah.
Janganlah kerana kita ingin sangat menentang skim cepat kaya internet dan ingin mendapat populariti kita mengeluarkan laporan atau fakta yang tidak lengkap sehinggakan mengelirukan orang lain.
Jika benar dari laporan akhbar tersebut mengatakan pihak MyCERT telah membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh, siarkanlah beberapa fakta dan sebab kenapa beberapa ruangan forum ini boleh dikaitkan dengan skim cepat kaya internet.
Diharap dengan memberikan laporan dan fakta yang lebih tepat, rakyat Malaysia dapat membezakan perniagaan internet sebenar dengan program skim cepat kaya internet.
Nota: Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my.
Nota: Laporan dan aduan orang ramai tidak boleh dianggap betul dan berasas tanpa mengemukakan bukti-bukti jelas mengenainya atau tindakan saman boleh diambil kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentCybershot T20 memang power!
May 10, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi satu produk pilihan saya iaitu kamera digital. Sempena majlis perkahwinan saya minggu ini, saya ingin bercerita secara ringkas mengenai produk pilihan kali ini.
Pernahkah anda terfikir dengan memiliki sebuah kamera yang sempurna, anda tidak perlu mengambil khidmat jurugambar untuk mengambil gambar saat-saat bahagia anda? Mengambil gambar dengan baik bukan sekadar bergantung kepada kepakaran atau teknik individu, malah kamera itu sendiri memainkan peranan mencipta memori lebih sempurna. Lebih-lebih lagi di majlis perkahwinan atau pertunangan. Kali ini saya memilih Kamera Cybershot T20 dari sony ini kerana ia mampu menangkap imej pada kelajuan tinggi dengan kuasa memproses pantas untuk hasil bersesuaian kehendak saya.
Kamera baru ini mempunyai 8.1 megapiksel dengan tiga kali optikal zoom selain gelas pembesar dan mod makro membolehkan pengguna mengambil gambar pada jarak satu sentimeter. Kalau zoom gambar dari jarak jauh pun, hasilnya lebih jelas dari kamera yang biasa sebelum ini.
CyberShot T20 menggabung pemprosesan imej Bionz dan keluasan dinamik dilengkapi teknologi perlindungan muka serta output definisi tinggi (HD) untuk menonton imej statik berkualiti tinggi. Imej digital yang dipaparkan pasti memukau penggunanya sebab itulah saya terpikat dengan kamera ini.
Teknologi kamera ini termasuk Super Steadyshot yang membetulkan pergerakan dan ISO tinggi sehingga 6400 untuk hasil pengambilan gambar tanpa ‘flash’ dan mengeluarkan ketajaman imej. Ia juga dilengkapi unit GPS (GPS-CS1) gambar menggunakan perisian imej Picture Motion Browse. T20 boleh dimiliki dengan pilihan empat warna iaitu merah jambu, perak, hitam dan putih. Harganya pun berpatutan juga iaitu RM1,299.00. Jadi kepada penggemar kamera terkini, boleh la memiliki produk terbaru dari Sony ini. ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentPerjalanan Rumahtangga aku kini bermula…
May 6, 2007
Assalamualakum dan salam sejahtera.
Maaf kerana tidak menulis beberapa hari ini. Untuk pengetahuan pembaca sekelian, kini saya sudah pun mendirikan rumahtangga dan bergelar suami kepada seorang insan yang saya sayangi selama ini.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya kini memiliki seorang isteri yang cantik dan baik. Penat itu memanglah penat. Terima kasih kepada mereka yang hadir dimajlis bahagia kami. Kepada yang memberi cenderamata terima kasih tidak terhingga dari isteri saya.
Minggu ini pula majlis di pihak saya akan berlangsung. Kepada anda yang belum berkesempatan hadir, jemput-jemputlah hadir di Negeri Sembilan pula.
(opsss sesiapa yang ada nombor contact saya boleh la calling2) .. ok la.. saya dah penat nih.. nak berehat.. kalau ada kelapangan saya akan post gambar perkahwinan kami. Selamat malam.
P.s: terima kasih kepada penulis buku mas kahwin yang hilang kerana membantu saya merancang bajet perkahwinan saya
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content






