Advertlets.com Mencabar Penganjur Periklanan Internet…
May 31, 2007
Â
Kebetulan hari ini saya mempunyai masa terluang melawat blog-blog sahabat lain, dan saya tertarik dengan sebuah banner periklanan berkesan. Sedikit kelainan yang saya lihat disini adalah, kaedah periklanan yang ditawarkan memberi situasi yang positif kepada kedua-dua belah pihak. Sama ada pihak pembeli atau penjual, masing-masing akan mendapat keuntungan.
Tetapi apa yang berlaku di internet adalah sebaliknya, jika pengiklanan di media massa banyak melibatkan dua pihak, di internet pula agak sedikit kritikal di mana ianya bukan sahaja melibatkan 2 pihak antara pengiklan dan penganjur iklan tetapi ia melibatkan satu pihak lagi iaitu penerbit iklan. Inilah yang berlaku di internet apabila wujud lebih 2 pihak seperti mana program yang berjalan hari ini contoh seperti google adsense, adbrite, chitica dan sebagainya.
Bagi pendapat saya, secara peribadi, advertlets.com mampu menjadi penganjur iklan yang baik malah menjadi yang terbaik pada masa akan datang apabila ia mewujudkan pelbagai kaedah dan teknik menarik pelawat ke laman web utama mereka.
Selain memberi pintu rezeki (peluang buat duit) kepada penulis-penulis blog selaku penerbit iklan, pihak advertlets juga berjaya meletakkan satu medium pengiklanan yang terbaik kepada pihak-pihak pengiklan untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang terbaik daripada kos pengiklanan yang mereka keluarkan. Kos-kos yang berpatutan ini mampu menarik minat ramai pengiklan di luar sana untuk menyiarkan iklan-iklan terkini di advertlets.com.
Jika dilihat di internet hari ini, kebanyakkan program pengiklanan hanya mementingkan manfaat yang diterima oleh diri mereka sendiri sebagai penganjur, kemudian, pihak “penerbit iklan†(blogger) dan akhir sekali barulah pihak “pengiklanâ€. Ia membuatkan pihak pengiklan sedikit “serik” kerana peluang mereka mengiklankan produk tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Sebab itulah kenapa advertlets.com diwujudkan supaya pihak pengiklan mendapat situasi menang-menang.
Kepada anda yang ingin beriklan di adverlets.com semua maklumat anda boleh perolehi di sini http://www.advertlets.com/advertisers Â
P/s:- Kepada rakan-rakan penulis blog yang lain yang belum mendaftar sebagai pihak “penerbit iklan†(bloggers) di advertlets.com anda bleh daftar di laman web berkenaan dan jadikan adverlets.com sebagai satu tempat anda menjana pendapatan.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
One Response to “Advertlets.com Mencabar Penganjur Periklanan Internet…”
Got something to say?





















































sudah daftar..tapi taktau la bile dapat earning..hehe