Mengapa Malu Untuk Bertanya?

May 28, 2007

Bagaimana anda menguasai sesuatu ilmu? Adakah dengan hanya membaca atau membuat carian sendiri? Adakah anda seorang yang tidak suka bertanya dan memilih untuk mencari jawapan atau menyelesaikan masalah secara sendiri?

Kepada mereka yang suka bertindak secara begini, sebenarnya cara anda lakukan kini akan membuatkan masalah anda tidak selesai. Jangan risau dengan status anda, walaupun anda sudah tergolong dalam status pakar sekalipun, tidak salah jika anda menggunakan jalan menyelesaikan masalah dengan bertanya!

Tidak kira tahap mana kebolehan dan kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu dan pengetahuan. Cara yang berkesan, termudah, termurah dan terpantas adalah dengan bertanya! 

Saya mengambil contoh Dr. Irfan Khairi, sepanjang satu tahun ini saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan hasilnya beliau semakin “SuperB”!. Walaupun sudah ramai menganggap beliau sebagai pakar perniagaan internet, tetapi beliau masih mengambil sikap menuntut ilmu dan menambahkah lagi ilmu dalam bidang perniagaan.

Beberapa hari lalu saya menghadapi masalah bagaimana saya ingin memaparkan video youtube dalam blog saya. Banyak kali saya mencuba untuk meletakkan link kod youtube disini dan ianya gagal. Kemudian saya membuat carian di “search engine” dan cuba muaturun koding untuk youtube. Saya berusaha memasang koding ini dan hasilnya tetap sama.

Usaha saya tidak berhenti disitu sahaja dan saya bertanya pula dengan seorang penulis blogger mengenai masalah ini dan mencuba sekali lagi. Hasilnya tetap sama. Saya gagal. Ini kerana wordpress saya tidak menyokong code untuk skrip seperti video dan flash.

Langkah terakhir saya mengambil langkah untuk menaik taraf blog saya dengan meng”upgrade” ke versi terkini wordpress. Hasilnya… YA! saya berjaya! :)

Kesimpulannya, dengan bertanya ia memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari. Inilah yang saya alami.

Tetapi ada juga kita terfikir, entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalan.

Seperti mana yang saya lakukan sebelum ini, apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya tidak dapat memasang youtube di blog saya, kini saya boleh menonton video tersebut hanya di blog ini tanpa perlu pergi ke laman web youtube.com.

Pesan saya seperti mana pesanan dari mereka yang lain; Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang tidak dapat selesaikan masalah! :)

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Mengapa Malu Untuk Bertanya?”

  1. reezluv on July 19th, 2007 5:37 pm

    dulu masa memula belajar..memang agak malu nak tanya coz takut pertanyaan tu menunjukkan kita tak tahu..tapi rasanya baik kita tanya daripada menyembunyikan bahawa kita ni tak tahu..kira wat wat tahu la…sebenarnya tak tahu pun..so dengan pertanyaan la banyak jawapan boleh dapat..dan tidak semestinya terhad pada satu jawapan saja..tgk keadaan la kan

  2. ktom on July 19th, 2007 6:28 pm

    Hehehe..sekarang tak malu nak tanya…

    Cam mana nak pasang Youtube tu kat blog? Ktom dpt tahu vblog mampu menarik trafik ke blog kita…

    Apa2pun….seronok dpt ilmu yang baru. Harpa sudi berkongsi.

Got something to say?