Tawaran Cari Duit Dengan Mudah Di Internet!

May 22, 2007

Sedang anda duduk termenung sambil dengan radio.. lagu pun dipasang dan anda mula berangan…

Ada yang panggil Ringgit
Ada yang panggil Dollar
Ada yang panggil Bath
Ada yang panggil Rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit duit!….

Jika anda sedang bermimpi dan berangan sambil mendengar lagu dendangan Hattan ini, saya pula akan mendedahkan kepada anda beberapa info penting yang WAJIB anda tahu. Jika anda abaikan maklumat ini saya percaya anda akan semakin tidak tahu langkah bagaimana mencari duit di internet!
Saya sudah mual kerana sejak kebelakangan ini nampaknya semakin banyak taktik scam di”spam”kan ke kotak email saya (anda juga pasti tidak terkecuali) dan saya pasti ramai pembaca blog setia saya turut menerima mesej hampir kerap. Jika dibiarkan ia pasti berulat dalam kotak email anda. Dan jadi macam tong sampah. Bagi mereka yang terlampau sangap dengan mencari duit, taktik ini adalah amat sesuai untuk golongan yang dahagakan duit.

Seumpama anda merangkak mencari ceti, peminjam wang berlesen (tak berlesen pun banyak). Masalah desakan hidup membuatkan anda lupa mengenai risiko akan hilang telinga, hilang jari, hilang gigi, hilang harta, hilang isteri dan anak-anak.

Aduhhh… kasihan…

Mari kita tumpukan semula kepada masalah yang ingin kongsi iaitu masalah cari duit segera di internet.

Sedang syok anda menunggu email dari pelanggan anda (andaikan anda menjalankan perniagaan internet), apabila anda buka sahaja akaun email anda tiba-tiba inbox anda diisi dengan 150 mesej SPAM! Mesti anda bengangkan?

Anda menang Cabutan Bertuah!

Syarikat kami ingin menawarkan anda hadiah lumayan (dengan menggunakan nama-nama terkenal seperti Dell & Bill Gates)

Kami mewarisi harta USD200 juta. Kami nak berikan kepada anda sebab anda orang asing di luar negara kami.

Yang lebih bahaya apabila anda menerima phising email. Surat-surat berbentuk ugutan. Pernah terjadi dan telah pun ada kes dimana beberapa individu, akaun banknya telah diceroboh tanpa sedar malah telah kehilangan wang ringgit sekelip mata apabila mereka melakukan arahan dari phising email ini.

Nasihat saya jika anda menjumpai atau membaca mesej-mesej ini yang meminta anda meminda, mengubah, mengemaskini maklumat-maklumat seperti akaun bank, akaun paypal, akaun e-gold dan apa jua bentuk silalah buang dan padamkan dan jangan teruskan arahan seperti itu. Jika anda musykil, hubungilah operator bantuan untuk menyelesaikan masalah anda.

Ingat, jika anda melayan email seb*d** ini, anda akan PASTI kehilangan wang.

Baca sahaja dan buang ke dalam tong sampah.

P/s: Bro! Dah habis dah masa nak berangan untuk cepat jadi kaya! Ingat senang ke nak jadi kaya? Bergolok gadai pun belum tentu lagi kalau tak ada ilmu!

Jumpa lagi…

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Tawaran Cari Duit Dengan Mudah Di Internet!”

  1. zool on May 23rd, 2007 9:14 pm

    Biasalah.. saya pun byk dpt spam emel…
    biasa kalau ngk emel pelik je..
    terus del…
    malas nak baca dah

  2. reezluv on August 21st, 2007 10:04 pm

    skang ni dapat je emel selain dari yang saya subscribe atau saya tahu pemiliknya..auto delete je..hehe..tak bukak dah..

    dulu memang terpengaruh,hampir-hampir nak jual moto pasal konon dapat loteri..hehe..nampak sangat

Got something to say?