Cari Inisiatif Ceburi Perniagaan Yang Belum Diterokai

May 21, 2007

Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha untuk mencapainya. Begitu juga dalam membina empayar dalam dunia perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Ianya kalau tidak ditangani dengan betul akan jadi besarlah dugaan dan rintangan yang perlu ditempuh. Kita ini sebagai manusia sentiasa ada azam dan semangat. Tetapi jika tidak pandai diuruskan anda akan melihat kegagalan sahaja.

Itu sebabnya jika anda ingin menceburi dalam bidang perniagaan, bermulalah secara kecil-kecilan sambil menimba pengalaman. Suntikkan diri anda dengan menjadikan sesuatu kegagalan sebelum ini sebagai jalan untuk memperbaiki diri demi melihat kehidupan yang sukses. Sebagai permulaan untuk memulakan perniagaan internet sebagai contoh, anda boleh menceburi peluang-peluang menjana pendapatan sampingan seperti Affiliate program (program agen) atau menjual produk di ruangan e-bay.

Akan tetapi jangan cepat atau mudah meniru apa juga perniagaan yang telah diceburi oleh orang lain. Cuba pelajari mencari inisiatif sendiri atau mencuba sesuatu yang baru dimana ianya jarang dipelopori oleh usahawan internet lain.

Jika anda lihat diluar sana, situasi hari ini terutama usahawan Bumiputera walaupun telah memasuki zaman serba canggih, hanya segelintir yang berani mencuba perniagaan baru (seperti Alang, Saifulsham, Shuth) manakala majoritinya lebih ramai mengikut apa yang orang lain ceburi.

Ada sesetengah daripadanya yang masih ragu-ragu dan tidak mempunyai keyakinan dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru malah ada antaranya yang sering mengungkap persoalan apakah perniagaan yang boleh diceburi yang kurang risikonya.

Sepatutnya soalan begini tidak wujud dalam diri anda dan seharusnya anda perlu berkata pada diri sendiri jika ada orang lain boleh kenapa kita tidak boleh? Di negara kita, terdapat pelbagai bentuk perniagaan yang boleh diceburi, seandainya peniaga Melayu sebelum ini lebih menumpukan pada pasaran secara offline. Justeru anda perlu ambil pendekatan dengan menjalankan perniagaan secara online.

Kita ambil contoh orang Cina yang bijak mencari peluang perniagaan dan memasarkan produk yang belum ada di pasaran Malaysia selain bertindak sebagai pemborong dan pembekal utama. Cuba anda gambarkan dan letakkan diri anda di situasi ini dan anggapkan anda bakal menguasai perniagaan di internet. Atau apa kata hari ini anda luangkan masa lebih kurang 1 jam dengan bersiar-siar seperti di pasar malam, gerai-gerai aksesori, kedai menjual gajet-gajet dan ke mana sahaja sambil anda membuat kajian dan pemerhatian mengenai peluang-peluang perniagaan seperti ini.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Cari Inisiatif Ceburi Perniagaan Yang Belum Diterokai”

  1. reezluv on August 21st, 2007 10:02 pm

    erm..masih ingin mencari satu lagi peluang..nak try jual digital produk plak pas ni..:)

Got something to say?