Laporan Akhbar Dipersoal lagi…

May 20, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketawa saya membaca laporan utusan 17 mei yang lalu apabila menyiarkan laporan bertajuk “37 laman web skim cepat kaya dipantau”

Kenapa saya ketawa? terdapat beberapa fakta tidak berasas turut disiarkan di dalam akhbar popular ini. Mungkin wartawan akhbar ini tidak diberi pendedah mengenai bidang IT sehinggakan menyamakan beberapa ruang forum “menentang skim cepat kaya” dengan laman web skim cepat kaya.

Alahai, dimanakah kredibiliti kewartawanan Malaysia sehingga laporan yang diberikan salah dan lebih kepada unsur fitnah? Saya berasa terpanggil untuk menulis di blog saya ini apabila akhbar ini mengaitkan forum wangcyber.com dan beberapa ruangan lain terlibat atau bersekutu dengan laman web skim cepat kaya.

Akan tetapi mungkin wartawan yang menulis ini tidak mengambil kira kesahihan maklumat ini apabila mereka menggambarkan apabila sesuatu badan, syarikat “yang berkredibiliti”, mengeluarkan laporan, ianya terus dianggap sah.

Saya memetik laporan akhbar popular ini seperti berikut:  

“Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www.wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan.com.”

Bagaimanakah ruangan forum atau ruang sembang boleh dikaitkan dengan laman web skim cepat kaya? Adakah aduan-aduan yang diterima oleh pihak MyCERT telah ditapis seratus peratus?

Pernah saya menonton sebuah rancangan siasat di Televisyen baru-baru ini menyiarkan temuramah dengan seorang pegawai mereka dan apabila mendengar jawapan dari pegawai mereka seolah-olah pegawai ini memiliki ilmu IT yang amat cetek. Jawapan yang diberikan amat lemah.

Janganlah kerana kita ingin sangat menentang skim cepat kaya internet dan ingin mendapat populariti kita mengeluarkan laporan atau fakta yang tidak lengkap sehinggakan mengelirukan orang lain.

Jika benar dari laporan akhbar tersebut mengatakan pihak MyCERT telah membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh, siarkanlah beberapa fakta dan sebab kenapa beberapa ruangan forum ini boleh dikaitkan dengan skim cepat kaya internet.

Diharap dengan memberikan laporan dan fakta yang lebih tepat, rakyat Malaysia dapat membezakan perniagaan internet sebenar dengan program skim cepat kaya internet.

Nota: Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my.

Nota: Laporan dan aduan orang ramai tidak boleh dianggap betul dan berasas tanpa mengemukakan bukti-bukti jelas mengenainya atau tindakan saman boleh diambil kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Laporan Akhbar Dipersoal lagi…”

  1. Chee Kui on May 22nd, 2007 6:06 pm

    Hmmm, kadang-kadang, pelik jugak ye, dari mana la mereka dapat informasi yg tak berasas nih?

Got something to say?