Cybershot T20 memang power!
May 10, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi satu produk pilihan saya iaitu kamera digital. Sempena majlis perkahwinan saya minggu ini, saya ingin bercerita secara ringkas mengenai produk pilihan kali ini.
Pernahkah anda terfikir dengan memiliki sebuah kamera yang sempurna, anda tidak perlu mengambil khidmat jurugambar untuk mengambil gambar saat-saat bahagia anda? Mengambil gambar dengan baik bukan sekadar bergantung kepada kepakaran atau teknik individu, malah kamera itu sendiri memainkan peranan mencipta memori lebih sempurna. Lebih-lebih lagi di majlis perkahwinan atau pertunangan. Kali ini saya memilih Kamera Cybershot T20 dari sony ini kerana ia mampu menangkap imej pada kelajuan tinggi dengan kuasa memproses pantas untuk hasil bersesuaian kehendak saya.
Kamera baru ini mempunyai 8.1 megapiksel dengan tiga kali optikal zoom selain gelas pembesar dan mod makro membolehkan pengguna mengambil gambar pada jarak satu sentimeter. Kalau zoom gambar dari jarak jauh pun, hasilnya lebih jelas dari kamera yang biasa sebelum ini.
CyberShot T20 menggabung pemprosesan imej Bionz dan keluasan dinamik dilengkapi teknologi perlindungan muka serta output definisi tinggi (HD) untuk menonton imej statik berkualiti tinggi. Imej digital yang dipaparkan pasti memukau penggunanya sebab itulah saya terpikat dengan kamera ini.
Teknologi kamera ini termasuk Super Steadyshot yang membetulkan pergerakan dan ISO tinggi sehingga 6400 untuk hasil pengambilan gambar tanpa ‘flash’ dan mengeluarkan ketajaman imej. Ia juga dilengkapi unit GPS (GPS-CS1) gambar menggunakan perisian imej Picture Motion Browse. T20 boleh dimiliki dengan pilihan empat warna iaitu merah jambu, perak, hitam dan putih. Harganya pun berpatutan juga iaitu RM1,299.00. Jadi kepada penggemar kamera terkini, boleh la memiliki produk terbaru dari Sony ini. ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
One Response to “Cybershot T20 memang power!”
Got something to say?





















































tunjuklah contoh gambar
zoom dan macro
baru lagi teruja