Advertlets.com Mencabar Penganjur Periklanan Internet…

May 31, 2007

 

Kebetulan hari ini saya mempunyai masa terluang melawat blog-blog sahabat lain, dan saya tertarik dengan sebuah banner periklanan berkesan. Sedikit kelainan yang saya lihat disini adalah, kaedah periklanan yang ditawarkan memberi situasi yang positif kepada kedua-dua belah pihak. Sama ada pihak pembeli atau penjual, masing-masing akan mendapat keuntungan.

Tetapi apa yang berlaku di internet adalah sebaliknya, jika pengiklanan di media massa banyak melibatkan dua pihak, di internet pula agak sedikit kritikal di mana ianya bukan sahaja melibatkan 2 pihak antara pengiklan dan penganjur iklan tetapi ia melibatkan satu pihak lagi iaitu penerbit iklan. Inilah yang berlaku di internet apabila wujud lebih 2 pihak seperti mana program yang berjalan hari ini contoh seperti google adsense, adbrite, chitica dan sebagainya.

Bagi pendapat saya, secara peribadi, advertlets.com mampu menjadi penganjur iklan yang baik malah menjadi yang terbaik pada masa akan datang apabila ia mewujudkan pelbagai kaedah dan teknik menarik pelawat ke laman web utama mereka.

Selain memberi pintu rezeki (peluang buat duit) kepada penulis-penulis blog selaku penerbit iklan, pihak advertlets juga berjaya meletakkan satu medium pengiklanan yang terbaik kepada pihak-pihak pengiklan  untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang terbaik daripada kos pengiklanan yang mereka keluarkan. Kos-kos yang berpatutan ini mampu menarik minat ramai pengiklan di luar sana untuk menyiarkan iklan-iklan terkini di advertlets.com.

Jika dilihat di internet hari ini, kebanyakkan program pengiklanan hanya mementingkan manfaat yang diterima oleh diri mereka sendiri sebagai penganjur, kemudian, pihak “penerbit iklan” (blogger) dan akhir sekali barulah pihak “pengiklan”. Ia membuatkan pihak pengiklan sedikit “serik” kerana peluang mereka mengiklankan produk tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Sebab itulah kenapa advertlets.com diwujudkan supaya pihak pengiklan mendapat situasi menang-menang.

Kepada anda yang ingin beriklan di adverlets.com semua maklumat anda boleh perolehi di sini http://www.advertlets.com/advertisers  

P/s:- Kepada rakan-rakan penulis blog yang  lain yang belum mendaftar sebagai pihak “penerbit iklan” (bloggers) di advertlets.com anda bleh daftar di laman web berkenaan dan jadikan adverlets.com sebagai satu tempat anda menjana pendapatan.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

MLM Memang Skim Piramid?

May 31, 2007

Memang perbincangan skim piramid dan MLM bagai tidak dapat dipisahkan… perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.

Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan di masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang membincangkan perniagaan sebegini.

Jadi, betulkan MLM itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti oleh beberapa menteri… dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya.

Cuba perhatikan…

Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat… dan jumlah… anda tahu selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.

Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?

Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.

Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah daripada gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi MLM mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar.

Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini?

Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.

Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan ke belakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.

Masalah piramid dan MLM sepatutnya difahami dengan betul… dan bukannya mengambil kesimpulan yang MLM adalah sebuah piramid yang menyalahi undang-undang.

Jadi, betulkan MLM itu sebuah piramid?

Ya, MLM ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.

http://www.clickaudit.com/goto/?58746

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.clickaudit.com/goto/?58746

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Mengapa Malu Untuk Bertanya?

May 28, 2007

Bagaimana anda menguasai sesuatu ilmu? Adakah dengan hanya membaca atau membuat carian sendiri? Adakah anda seorang yang tidak suka bertanya dan memilih untuk mencari jawapan atau menyelesaikan masalah secara sendiri?

Kepada mereka yang suka bertindak secara begini, sebenarnya cara anda lakukan kini akan membuatkan masalah anda tidak selesai. Jangan risau dengan status anda, walaupun anda sudah tergolong dalam status pakar sekalipun, tidak salah jika anda menggunakan jalan menyelesaikan masalah dengan bertanya!

Tidak kira tahap mana kebolehan dan kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu dan pengetahuan. Cara yang berkesan, termudah, termurah dan terpantas adalah dengan bertanya! 

Saya mengambil contoh Dr. Irfan Khairi, sepanjang satu tahun ini saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan hasilnya beliau semakin “SuperB”!. Walaupun sudah ramai menganggap beliau sebagai pakar perniagaan internet, tetapi beliau masih mengambil sikap menuntut ilmu dan menambahkah lagi ilmu dalam bidang perniagaan.

Beberapa hari lalu saya menghadapi masalah bagaimana saya ingin memaparkan video youtube dalam blog saya. Banyak kali saya mencuba untuk meletakkan link kod youtube disini dan ianya gagal. Kemudian saya membuat carian di “search engine” dan cuba muaturun koding untuk youtube. Saya berusaha memasang koding ini dan hasilnya tetap sama.

Usaha saya tidak berhenti disitu sahaja dan saya bertanya pula dengan seorang penulis blogger mengenai masalah ini dan mencuba sekali lagi. Hasilnya tetap sama. Saya gagal. Ini kerana wordpress saya tidak menyokong code untuk skrip seperti video dan flash.

Langkah terakhir saya mengambil langkah untuk menaik taraf blog saya dengan meng”upgrade” ke versi terkini wordpress. Hasilnya… YA! saya berjaya! :)

Kesimpulannya, dengan bertanya ia memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari. Inilah yang saya alami.

Tetapi ada juga kita terfikir, entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalan.

Seperti mana yang saya lakukan sebelum ini, apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya tidak dapat memasang youtube di blog saya, kini saya boleh menonton video tersebut hanya di blog ini tanpa perlu pergi ke laman web youtube.com.

Pesan saya seperti mana pesanan dari mereka yang lain; Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang tidak dapat selesaikan masalah! :)

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Bill Gates yang “SuperBillion”

May 25, 2007

Jika anda mempunyai minda yang cerdas dan daya pemikiran yang kemas, anda pasti boleh mencapai ke puncak dunia suatu hari nanti. Mustahil? Tidak tidak. Lihat sajalah kehidupan Bill gates yang begitu konsisten mencapai kejayaan demi kejayaan bermodelkan kebolehan luar biasanya. Sememangnya Bill Gates seorang jutawan yang tiada tandingannya.

Semua orang kaya di dunia, “iri hati” dengan kejayaannya. Bill Gates dilahirkan pada tahun 1955, mencapai kejayaan yang mengkagumkan ini dalam masa yang amat singkat. Hari ini, beliau adalah pengerusi dan ketua arkitek perisian Microsoft Corporation; peneraju dunia dalam bidang perisian, perkhidmatan dan penyelesaian, yang telah menghasilkan pendapatan berjumlah USD$36.84 bilion bagi tahun berakhir Jun 2004 (2007 makin banyak lah pendapatannya kan?).

Semasa kecil lagi, Bill Gates ternyata mewarisi cita-cita, kepintaran dan semangat bersaing dan pernah menolong nenek moyangnya sampai ke tahap tertinggi di dalam kerjaya pilihan mereka suatu masa dahulu (rasa-rasanya ada ramai tak individu di Malaysia yang berprinsip seperti ini?).

*Saya pun meletak matlamat seperti beliau, jika senang suatu hari nanti, saya akan membantu orang yang rapat dengan saya untuk melepasi sehingga tahap tertinggi mereka.

Berbalik kepada cerita Bill Gates, beliau mula mencipta sistem kendalian komputer dan membuat tawaran membeli dan menjual sehinggakan beliau memperolehi keuntungan yang banyak. Ada satu kisah dimana pada masa lalu, browser internet sedang menjadi semakin popular. Memandangkan Microsoft tidak pasti dengan masa depan browser internet, Bill Gates mengajak Mark Anderson, pencipta browser internet Netscape untuk menjadi rakan kongsinya. Apa yang berlaku selepas itu?

Anderson telah menolak tawaran Gates. Anda tahu sahaja si Bill Gates dengan perangainya suka bermain kasar (tgk video YouTube kat post lalu) terhadap saingannya dalam sistem kendalian dan penggunaan sehingga boleh membuatkan hidup mereka menderita (kejamnya Gates hehehe).

Beliau menggunakan kepakarannya dengan mencipta Internet Explorer iaitu satu browser web yang diberi percuma. Tindakan Gates ini telah memusnahkan masa depan Netscape yang mengenakan bayaran untuk penggunaan browser internetnya. (kini Firefox pula mula menjadi ancaman kepada Internet Explorer). Kini Netscape hampir lupus dan dilupai.

*Anda janganlah ikut contoh kejam Bill Gates ini dalam perniagaan internet. Pancung rakan lain, kalau boleh bersainglah cara sihat. ;)

Bill Gates nih korang tahu aje la, beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk mengekalkan monopolinya dalam pasaran. Menurutnya, sebarang sistem kendalian tanpa browser tidak boleh bertahan lama.

“Jika kita tidak meningkatkan produk kita, perniagaan kita tidak akan bertahan” - Bill Gates

Walau apa pun, Bill Gates memang seorang yang mempunyai minda dan personaliti yang cemerlang di era ini. Kalau anda baca majalah Forbes, pasti anda dapat melihat nama Bill Gates sentiasa menjadi nama yang terkaya di dunia buat 10 tahun berturut-turut.

Nota: Untuk berjaya dalam perniagaan, bekerja keras sahaja tidak mencukupi. Seseorang itu mestilah mempunyai kepintaran yang mendalam untuk mengatasi serta menjauhi segala halangan di sepanjang perjalanan.

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Steve Jobs vs Bill Gates bergaduh?

May 24, 2007

*Nota: Video mengenai Bill Gates ini hanya sekadar hiburan sahaja

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Apabila kita mahir menguasai bahasa kaum lain…

May 23, 2007

Petang kelmarin saya mengambil masa terluang untuk melepas gian berjogging di tasik sebuah taman perumahan. Dapat jugalah saya menghabiskan dua pusingan (besar juga tasik ini). Selepas penat berjogging dengan isteri, saya singgah sebentar di salon gunting rambut dan kecantikan. Isteri saya nak gunting rambut. :) Sedang leka saya melihat tukang gunting mengemaskan rambut isteri saya, saya terdengar seorang tukang gunting berbangsa Melayu bercakap menggunakan bahasa Cina. Tersenyum saya melihat celoteh gadis tu walaupun saya langsung tidak faham apa yang gadis itu cakapkan. :)

Minggu lepas begitu juga, seorang jurujual perempuan (waktu saya meneman isteri saya mencari kasut sukan), beliau berinteraksi dengan majikannya menggunakan bahasa cina. Bayangkan seorang gadis yang bertubuh kecil memakai tudung dan berkulit coklat berbahasa bukan bahasa Melayu! Mesti anda kagum bukan?

Tetapi bagaimana pula caranya kalau anda hendak bersaing dengan pesaing dalam bidang perniagaan sendiri? Inilah cabaran bagi saya. Selain dari strategi pemasaran, kemahiran berbahasa juga penting.

Jika kita lihat pengacara dan penyanyi waheeda, beliau sendiri boleh berbahasa lebih dari 4 bahasa. Dan cara beliau bercakap mengikut intonasi bangsa tersebut (umpama kita berbahasa arab seperti orang arab bercakap).

Memang saya ketahui dengan memahirkan diri sendiri, kita boleh memajukan sesuatu perniagaan. Sekurang-kurangnya, bahasa Malaysia dan English, kita perlu mahir jika kita ingin pergi jauh. (Saya masih broken English lagi). Bagi anda yang mahir berbahasa Cina atau Arab, ia merupakan kelebihan dalam perniagaan anda.

Jika anda ada kemahiran berbahasa selain dari bahasa Malaysia dan English boleh la kongsikan bersama kami disini. Cerita sedikit pengalaman anda berkomunikasi dengan orang lain. :)

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »