Tag Virtual Name Card - Balasan dari Team Gempaq
April 14, 2007
Diorg ini sibuk main tag kat blogger. Saya pun tak terlepas dan terkena setelah beberapa hari memerhatikan gelagat mereka nih. “Saya telah di tag Mohd Azham Zanal”. Nah! Ini hasil kerja saya 30 minit buat Virtual Card menggunakan perisian The Web Graphic Creator v3.

Saya buat sempoi-sempoi jer sebab terlalu sebok dengan kerja di luar. Apapun terima kasih la kepada mereka yang ingat kat blog saya ini dan sudi men”tag”.Â
Jadi seterusnya saya akan tag:
* Afdlin Shauki (Ko baca ke blog saya nih? kalau berani buat la satu virtual card macam saya kat atas tu! Jangan sebuk buat projek jer!)
* Catriona Ross (*update catriona kemalangan kenderaan di rembau negeri sembilan. Cedera parah)
* AbdFatah (kau selalu komen blog ni.. so terima cabaran buat Vcard!)
* Cikgu Azleen (sori saya tag anda…)
* Galadriel (kalau dah kena tag dengan orang lain, minta maaf la yer tertag sekali lagi..)
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentMenabung dari Sekarang…
April 13, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sewaktu kecil dahulu, kita telah diajar apabila dapat wang saku, sedikit daripada itu kita masukkan ke dalam tabung. Waktu usia saya di bangku sekolah saya pernah mengumpul sejumlah wang yang banyak (RM200 masa tu kira banyak la) dan sehingga hari ini saya masih menabung (simpan duit dalam tin di rumah).
Sudahkah anda bersedia dengan kedudukan kewangan anda pada masa akan datang? Jika anda adalah seorang penuntut (semasa membaca blog ini) adakah anda juga sudah bersedia? Bagaimana pula jika anda kini dalam tempoh menuju persaraan?
Kini masa untuk kita belajar semula…
Â
Jika anda seorang yang bijak, semestinya anda tahu mempelbagaikan kedudukan kewangan anda. Adakah menyertai pelaburan sudah boleh menyatakan anda seorang yang bijak? Mungkin anda lain daripada yang lain dan merupakan sebahagian daripada kumpulan pelabur yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup, tidak tahu hak anda sebagai seorang pelabur, anda sering terdedah daripada skim penipuan.
Jika anda merancang untuk menghantar anak anda belajar hingga ke tahap tertinggi pada masa depan, pastikan anda memilih pelaburan yang betul dan konsisten dengan matlamat kewangan anda. Jangan sampai setiap bulan mengganggu kewangan yang telah dirangka awal. Fahami risiko pelaburan anda. Jika anda kurang arif, bertanya kepada pegawai-pegawai yang dilantik dengan mengaju soalan yang betul dan dapatkan sumber yang betul dan boleh dipercayai. Buatlah keputusan dengan tepat setelah anda memperolehi jawapan dan maklumat tersebut.
 Â
Jika anda mampu, buatlah pemantauan sendiri atau melantik mereka yang mahir sebaiknya secara lebih cekap dan berkesan. Dengan adanya peluang yang ditawarkan oleh sesebuah pelaburan, gunakan sebaik mungkin dan buatlah strategi pelaburan untuk mendapatkan pulangan semaksimum mungkin.
Didik keluarga anda menjadi pelabur bijak sejak dari usia awal lagi dan pastikan mereka ketahui apakah hak mereka dan laksanakan jika perlu. Jika anda mengetahui cara menguruskannya, anda mungkin dapat mengelak atau melindungi daripada skim penipuan.
Jumpa lagi…
P.s: Pelaburan hartanah adalah antara pelaburan yang paling ideal.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentPelaburan saham melalui Internet haram - Majlis Fatwa
April 13, 2007
Petikan ini di ambil dari www.utusan.com.my
Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM
KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.
Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.
Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.
Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.
Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.
Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.
‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.
Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.
Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).
Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.
Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.
Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.
Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.
Teknologi
Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.
Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.
Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).
Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.
Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.
Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.
Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.
Komentor: Elok sesapa yang main HYIP ini berenti jer lah. Beralihlah kepada pelaburan berlandaskan shariah.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentMissing Boy (Kanak-kanak Hilang)
April 12, 2007
Â

Â
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentSifat tabah itu boleh dipupuk? (Untuk mereka yang sedang gagal)
April 11, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi.
Bercakap tentang ketabahan itu memanglah semuanya baik dan bagus. Tetapi bagaimanakah seseorang itu boleh memupuk sifat ketabahan? Bagaimanakah pula ada orang yang tabah menghadapi segala kemungkinan, manakala yang lain pula mudah benar mengaku kalah apabila mengalami masalah.
Apabila kita jatuh tersungku dan tiada seorang pun daripada kawan-kawan kita yang boleh ditemui, apabila kita tiada tempat mengadu, siapakah yang boleh membantu kita?
Saya tidak mahu menulis panjang mengenai aspek kerohanian, tetapi saya ingin menyentuh tentang bahagian diri kita yang boleh membantu kita apabila kita gagal - iaitu MINDA kita.
Ya! Minda kitalah satu-satunya benda yang mampu mengheret kita keluar daripada lembah kekecewaan (cewah ayat… :)). Bukan sahabat kita, bukan ibu bapa kita dan bukan juga pasangan kita. Mereka semua hanya boleh memberi galakan tetapi hanya minda kita sahaja yang mampu membantu kita di waktu sedemikian.
Melainkan minda kita “melihat” keputusan berjaya di penghujung jalan, kita tidak akan kehilangan semangat untuk terus bertahan. Kebanyakan orang apabila gagal putus harapan, bukan sahaja dari segi kebendaan tetapi juga dari segi jiwa mereka. Di sinilah terletak bahayanya.
“Berpeganglah pada impian anda (matlamat anda), Kerana kalau matlamat lenyap, anda umpama burung cedera yang tiada bersayap”.
Anda seharusnya membebaskan diri anda daripada hasil dan keadaan anda kini dan menetapkan minda anda pada sasaran yang anda inginkan. Bayangkan orang yang anda ini menjadi (seperti Tan Sri Mokthar Al-Bukhary). Rasakan bagaimana. Rasakan perasaan serba kaya dan serba mewah.
Lakukan ini selalu biar apa pun yang berlaku di dunia nyata dan anda akan menyaksikan dunia nyata anda beransur-ansur berubah mengikut kemahuan fikiran dalam anda. Ya! anda kini dapat mengawal diri dan keadaan dalam hidup anda. Demikianlah caranya seseorang yang gagal mula berubah menjadi seorang yang berjaya!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentOrang Miskin Berkawan dengan Orang Kaya
April 7, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dari beberapa tinjauan yang dibuat, didapati pergaulan seseorang boleh memberi kesan kepada cara hidup dan sosial. Bagaimana? Ada yang mengatakan, sekiranya anda tidak mengambil minuman keras, tetapi anda berkawan dengan mereka yang mengambil minuman keras, lama kelamaan anda juga akan turut akan mengambilnya. Jika anda bukan seorang kaki judi tetapi anda sentiasa bersama dengan kaki judi ini, lambat laun anda pasti akan cuba menjadi seperti mereka.
Tinjauan seperti ini ada kebenarannya. Anda tidak boleh menafikannya. Kerana itu jika lihat contoh di Allahyarham Tun Ghafar Baba (berasal dari keluarga miskin) semasa kecil dan muda berkerja untuk orang kaya dan bercampur (mengikuti kehidupan orang kaya) akhirnya beliau menjadi orang yang disegani (kaya). Anda juga akan jadi begitu jika anda turut sama seperti bulatan kenalan anda! Kenalpasti kenalan anda. Siapa mereka? Dimanakah anda selalu berjumpa dengan mereka? Berkenalanlah dengan mereka yang berjaya ini. Luangkan masa anda bersama mereka yang bergelar “mereka yang berjaya”.
Lambat laun, anda pasti akan menjadi seperti mereka. Jika anda dikelilingi oleh orang seperti ini, ia akan menjadikan semangat anda lebih kuat! Ia akan membentuk anda menjadi seperti orang disekeliling anda…
Dengan menyertai dalam kumpulan mereka yang berjaya, anda dapat meletakkan matlamat anda di tempat yang betul. Sebagai contoh anda meletak matlamat anda untuk menjadi seorang jutawan. Jutawan disini bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Sebaliknya meletak matlamat sama juga untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman yang ditimba di dalam kumpulan berjaya ini.
Wang anda boleh dihabiskan bila-bila masa sahaja umpama membakar kertas tetapi ilmu dan pengalaman yang anda tuntut tidak akan hilang begitu sahaja. Jadi, jangan sombong apabila hendak menuntut ilmu. Tidak kira dimana sekalipun tahap kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Saya sendiri juga masih lagi menuntut ilmu. Dengan cara mudah dan yang paling cepat bertanya (jangan lupa membaca blog ini pun perlu juga.
)
Teringat saya, mengenai kisah Tan Sri Mokhtar Al Bukhary.Â
Jumpa lagi..
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related Content






