Kertas Undi Ijok Menjadi Persoalan Pelik?
April 28th, 2007, by Noorizam Shah

Kertas Undi Ijok Menjadi Persoalan Pelik?

Bertemu kembali. Mungkin agak terlewat saya post topik kali ini. Ketika pembuangan undi pilihanraya kecil Ijok berlangsung hingga petang ini, berbagai-bagai angka,congak dan sifir sedang bermain. Macam-macam berita didengari dan ditatap mengenai suasana berkempen di ijok sejak beberapa hari lalu. Ianya telah menarik minat saya untuk mengetahui perkembangan perjalanan proses berkempen sehinggalah hari ini mereka mengundi.

Apa yang menjadi pelik bagi saya, adakah wujud pengundi hantu dan jika benar siapakah yang harus dipersalahkan? Jika ketelusan seperti ini tidak dititik beratkan saya berasa sedih dengan sistem demokrasi di Malaysia.

Tergamam saya apabila membuat semakan dalam rekod SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) didapati seorang kanak-kanak berusia 8 tahun berjaya memilih satu kertas undi di ijok (betul ke kanak-kanak?). Dan apa yang menjadi peliknya adalah, adakah budak berumur 8 tahun ini sudah layak mengundi? (syarat mengundi adalah 21 tahun ke atas) Atau sememangnya wujud amat ramai golongan berusia 108 tahun di Ijok? Kerana mungkin JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) meletakkan mereka yang lahir pada 1899 dalam kad pengenalannya bermula dengan angka 99? Jika perkara ini tidak telus mungkin akan berlaku pemalsuan identiti sehinggakan terlepasnya satu undi ke dalam kotak.

Ingat! walaupun satu undi, ia adalah penentu kemenangan sesebuah parti politik? Cuba anda semak mengenai status pemegang kad pengenalan ini.

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp (sila masukkan nombor kad pengenalan ini dalam daftar semak – 990518610029)

Walaupun apa keputusannya pada malam ini, diharap tiada pihak menunding jari menuduh antara satu sama lain kerana pengundi telah menunaikan tanggungjawab dan menjadi hak mutlak mereka untuk memilih siapa pemimpin bagi kawasan mereka.

Sphere: Related Content


Add your comment