Umpan yang lazat adalah hadiah dan ganjaran!
Knok knok knok! … pintu rumah anda diketuk…
“Tahniah! Anda baru sahaja memenangi set bilik tidur lengkap dengan tv plasma 42″
Jika anda pernah mengetahuinya baguslah kerana anda akan pasti mengalaminya nanti! Kata-kata ini akan disampaikan kepada anda melalui surat, e-mel, panggilan telefon ataupun anda sedang sedap-sedap duduk menunggu hidangan makanan tengahari di restoran, anda dihampiri oleh seorang jurujual yang tidak pernah anda jumpai (yang pasti meminta supaya anda “mengeluarkan wang”). Kata-kata ini boleh memberi masalah kepada anda. Yelah tengah sedap-sedap nak menjamu selera, mood anda diganggu oleh jurujual ini. Kalau tak bernasib baik, golongan yang mengambil kesempatan akan menggunakan peluang ini untuk menukarkan pendapatan anda kepada pendapatan mereka. Tidak seperti perompak menggunakan pistolnya dengan melepaskan tembakan amaran ke udara.
Ada satu kes di mana ada juga syarikat yang ingin melariskan produk atau perkhidmatannya akan menggunakan kata-kata ini untuk menjerat prospek baru. Mereka tahu, orang ramai di luar sana akan tertarik dengan janji-janji hadiah dan barang percuma. Hadiah kereta, motosikal, laptop, pakej percutian adalah antara tarikan yang cuma diumpan. Mereka menjanjikan hadiah untuk anda, dengan syarat yang mesti anda lakukan adalah menghadiri atau mendengar penerangan dari mereka ataupun membeli sesuatu produk daripada mereka.
Pada secara kasarnya, saya boleh memberi jaminan bahawa anda tidak memerlukan apa-apapun yang mereka sampaikan tetapi ia akan berlaku sebaliknya jika ketika itu anda amat memerlukannya. Ini berlaku pada hari ini di sebuah tempat percutian di mana ada satu program telah menjalankan satu aturcara yang memberikan anda ganjaran atau cabutan bertuah yang bernilai besar. Jadi, jika hadiah yang dijanjikan datang dengan syarat anda menghadiri penyampaian, jangan terkejut jika penyampaian itu akan dijalankan di sebuah hotel berprestij (untuk memberi gambaran syarikat mereka adalah ummmph), termasuklah penginapan, makan dan minum percuma. Apabila anda diberi peluang menghadiri penyampaian seperti ini, maka produk-produk atau perkhidmatan yang akan disampaikan juga bernilai beribu-ribu ringgit.
Salah satu alternatif kepada senario seperti ini adalah syarikat memaksa anda membeli produk mereka sebelum anda layak menerima hadiah yang dijanjikan. Dan produk ini juga berkemungkinan akan berharga beribu-ribu ringgit. Alahaii…. kopak poket macam nih…
Jadi apa patut anda lakukan?
Langkah pertama adalah mencari maklumat lanjut. Tetapi jika ia membabitkan syarat-syarat tertentu, jangan anda teruskan. Menolak tawara tersebut dengan cara berhemah dan baik. Jadi jangan cepat terpengaruh dengan umpan yang lazat!!!
Sphere: Related Content


















































