Menabung dari Sekarang…
April 13, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sewaktu kecil dahulu, kita telah diajar apabila dapat wang saku, sedikit daripada itu kita masukkan ke dalam tabung. Waktu usia saya di bangku sekolah saya pernah mengumpul sejumlah wang yang banyak (RM200 masa tu kira banyak la) dan sehingga hari ini saya masih menabung (simpan duit dalam tin di rumah).
Sudahkah anda bersedia dengan kedudukan kewangan anda pada masa akan datang? Jika anda adalah seorang penuntut (semasa membaca blog ini) adakah anda juga sudah bersedia? Bagaimana pula jika anda kini dalam tempoh menuju persaraan?
Kini masa untuk kita belajar semula…
Â
Jika anda seorang yang bijak, semestinya anda tahu mempelbagaikan kedudukan kewangan anda. Adakah menyertai pelaburan sudah boleh menyatakan anda seorang yang bijak? Mungkin anda lain daripada yang lain dan merupakan sebahagian daripada kumpulan pelabur yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup, tidak tahu hak anda sebagai seorang pelabur, anda sering terdedah daripada skim penipuan.
Jika anda merancang untuk menghantar anak anda belajar hingga ke tahap tertinggi pada masa depan, pastikan anda memilih pelaburan yang betul dan konsisten dengan matlamat kewangan anda. Jangan sampai setiap bulan mengganggu kewangan yang telah dirangka awal. Fahami risiko pelaburan anda. Jika anda kurang arif, bertanya kepada pegawai-pegawai yang dilantik dengan mengaju soalan yang betul dan dapatkan sumber yang betul dan boleh dipercayai. Buatlah keputusan dengan tepat setelah anda memperolehi jawapan dan maklumat tersebut.
 Â
Jika anda mampu, buatlah pemantauan sendiri atau melantik mereka yang mahir sebaiknya secara lebih cekap dan berkesan. Dengan adanya peluang yang ditawarkan oleh sesebuah pelaburan, gunakan sebaik mungkin dan buatlah strategi pelaburan untuk mendapatkan pulangan semaksimum mungkin.
Didik keluarga anda menjadi pelabur bijak sejak dari usia awal lagi dan pastikan mereka ketahui apakah hak mereka dan laksanakan jika perlu. Jika anda mengetahui cara menguruskannya, anda mungkin dapat mengelak atau melindungi daripada skim penipuan.
Jumpa lagi…
P.s: Pelaburan hartanah adalah antara pelaburan yang paling ideal.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentComments
One Response to “Menabung dari Sekarang…”
Got something to say?





















































memang sepatutnya menabung dari awal lagi sebagai tabiat dan hobi sebagai jaminan masa depan. jika awalan dah tertinggal nak menabung apa lagi nak menabung masa tua nanti…
menabung masa tua nanti apa yang tinggal untuk kita lagi? hanya untuk anak pinak aje laa…
lagi pula jika dah jadi amalan nanti, tahu apa yang lebih penting lagi? apa bila anda membuat pinjaman. hahaa ini kalu mereka yang ada pinjaman macam saya nih… wuhuuuuuuuu tentunya hangin jugak ler…
mereka akan dapat membuat tabungan yang konsisten untuk membayar balik… jika tidak alamatnya kelewatan ler nak membayarnya… sampai bila? sampai bila-bila…
maaf yer kepada peminjam2 yang budiman… harap segera bayar hutang anda dengan menabung mulai dari sekarang termasuklah saya… aduhai apohal?