Duit masuk ke akaun paypal anda tanpa anda sedar…
April 4, 2007
Bertemu lagi,
Betapa untungnya saya kerana dapat menjalankan perniagaan internet kerana pelbagai kemudahan tool dapat digunakan tanpa memerlukan kos yang besar. Malah dengan menggunakan paypal, jualan dan pendapatan saya semakin meningkat.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit info bagaimana anda memperolehi pendapatan tanpa sedar menggunakan paypal (info ini hanya untuk mereka yang menjalankan perniagaan menggunakan akaun paypal). Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya melakukan sedikit sahaja kerja dan kemudian apabila ianya sudah siap (disetup), duit pula masuk berterusan tanpa anda perlu melakukan apa-apa…
Tips yang saya maksudkan ialah “Instant Download”. Tips ini tersangatlah sesuai bagi produk-produk digital seperti e-book, software, plr dan apa-apa sahaja produk
yang boleh di-download.
Instant Download yang saya maksudkan ialah apabila pelanggan anda membuat bayaran secara terus ke akaun PayPal anda, pelanggan anda akan dibawa ke download page untuk download produk yang mereka beli. Kata mudahnya:
Pelanggan laman web anda –> Belian melalui PayPal –> Download Page
Mudahnya dengan Instant Download ini ialah anda tidak perlu menghantar e-mail memberitahu pelanggan di mana untuk download produk yang mereka beli. Ataupun upload produk tersebut di e-mail. Inilah maksud saya duit masuk tanpa disedari ![]()
Untuk create “Order Now Button” yang boleh redirect ke download page, ikuti langkah-langkah yang saya nyatakan di bawah:
1. Login ke akaun PayPal anda
2. Klik “Merchant Tools”
3. Klik “Buy Now Buttons” (pada bahagian kanan tetingkap anda)
4. Isikan maklumat dan harga yang anda setkan.
5. Klik “Add More Options”
6. Masukkan link download page pada “Successful Payment URL”
7. Klik “Create Button Now”
Pastikan download page anda berfungsi. Jika anda selalu menukar link download page, pastikan anda melakukan langkah yang sama seperti diatas. Kalau tak, customer akan berasa tidak puashati dengan perkhidmatan yang anda berikan oleh sebab link download tidak berfungsi dengan berkesan.
Diharapkan simple tips yang saya berikan ini berguna untuk anda.
Nota: Jadi kepada anda? bila lagi anda ingin menggunakan akaun paypal? Menarik bukan? ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “Duit masuk ke akaun paypal anda tanpa anda sedar…”
Got something to say?





















































Saya nak tanya..boleh tak set supaya download link diberi melalui email? Saya dah ada akaun PayPal cuma tak pernah guna je untuk terima payment..
Azahari: untuk download melalui email, yang itu boleh dibuat dengan menggunakan teknik autoresponder. cara terima payment melalui paypal .. ada script yang disediakan untuk pengguna iaitu merchant akaun… boleh semak di dalam akaun tersebut ataupun dapatkan ebook panduan bagaimana untuk membina arahan pembayaran tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menarik blog ini…topik yang dibincangkan pula mengenai akaun paypal. Di negara kita Malaysia memang sukar untuk mengeluarkan wang telah masuk didalam akaun paypal kita. Namun kini ada beberapa keadah yang telah dibuat oleh saudara Hafiz bagaimana kita rakyat Malaysia boleh mengeluarkan duit dari akaun paypal anda. Sila lawati disini http://malaysiapal.com
bro, maklumat ni berguna betul bagi aku. Thanks. Banyak gak info yg aku dapat dari blog nih..
bagus tips ni..:)so far lum lagi verify paypal aku..duk menunggu PB Debit card ni tak sampai2 lagi..huhuh
Nak mudah beli saje debit kad Next G ambank…RM 25.00. kad on the spot dapat terus.
salam….macamana pulak nak link kan produk kita ke paypal…cara diatas tu bole guna ke..
zaidi, sila ikut cara diatas.
emm sy ni masih blajar di ipta , maksud beli debit kad next G ambank tu kirenye kite da bole teruskan dgn paypal ye bang ? saya xmempunyai kad visa laa. sbb tu soalan sy mcm tu.
dayne: kad debit next G ambank boleh verify paypal