Idea Bisnesnya Memang Luar Biasa!

April 30, 2007

Jika anda minat berniaga, di laman webnya ada idea…
Jika anda ingin kembangkan perniagaan anda, di webnya juga ada…
Jika anda ingin sasarkan produk anda ke pasaran yang betul… dia webnya juga ada…
Dan jika anda ingin tingkatkan keuntungan jualan anda.. di webnya juga ada…


Saya respek idea yang dikembangkan dalam ebooknya. Siapa lagi kalau bukan saudara Tazilan Ibrahim yang mula dikenali dengan projek 117 Idea Bisnes Luar Biasanya. Di dalam ebooknya menerangkan atau membentangkan beberapa model atau idea perniagaan yang unik, kreatif, memberikan kelainan dalam perniagaan dengan idea-idea yang segar, inovatif dan mampu memberi persaingan sihat kepada rakan pesaing lain.

Apa yang menarik, apabila anda membaca isi kandungan ebook ini, anda langsung tidak terfikir teknik dan langkah yang betul bagaimana anda boleh mempertingkatkan hasil jualan anda. Dengan cara berfikir diluar kotak anda akan dapat melihat beberapa perkara yang terlindung yang mungkin tidak terlintas di dalam fikiran anda.

Seperti mana kita sendiri apabila kita diberikan sesuatu yang baru, kita pasti akan tertarik dan cepat ingin tahu. Sebagai contoh bagi penggemar koleksi barangan Spiderman! Dari T-Shirt hinggalah kepada pengasah pensil, semuanya Spiderman. Berapa sahaja harganya, pasti penggemar ini sanggup berhabiskan duit untuk memiliki koleksi istimewa ini.

Istimewanya dalam Ebook 117 Idea Bisnes Luar Biasa ini ialah kaedah brain stromingnya. Bagaimana anda membuat pelan dalam perniagaan anda. Membuka minda untuk lebih kreatif.

Tetapi percayakah anda, dalam ebook ini ada menceritakan seorang individu telah membuat keuntungan dengan hanya menjual resit ATM! Resit ATM pun boleh datangkan duit? Jadi bagaimana tiap-tiap hujung dan awal bulan betapa ramai yang berbaris untuk mengeluarkan duit di mesin ATM, anda pula mengumpul resit-resitnya dan tukarkannya menjadi satu sumber pendapatan anda!

Jika anda inginkan contoh atau idea-idea hebat ini, so kenalah baca Ebook yang menarik ini. Peluang anda menjana pendapatan akan bermula apabila anda mengambil ilmu yang pertama. Jumpa lagi..

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

404 Page Cannot Be Found!

April 29, 2007

Suatu hari saya tengah mencari infomasi mengenai sebuah perniagaan internet di enjin carian. Kemudian saya meng’klik’ sebuah laman web perniagaan internet. Pada mulanya, saya melihat laman web utamanya memberi infomasi yang menarik. Terdapat juga link-link seperti produk dan perkhidmatan, galeri, blog dan sebagainya.

Akan tetapi yang menyulitkan adalah link-linknya tidak boleh dibuka. Inilah antara kesilapan yang berlaku bagi mereka yang memiliki laman web perniagaan. Ia sedikit memalukan apabila pelawat tengah syok membaca isi kandungan laman web anda, tiba masanya link (muka surat) lain tidak dapat dibuka atau dijumpai. Jadi apa yang anda perlu lakukan?

Ubah semula laman web anda dan pastikan semua link-link ini berfungsi. Cuba masuk ke setiap halaman dan klik pada setiap link. Pastikan tidak link yang membawa anda ke muka surat yang mengandungi 404 Page Cannot Be Found.

Dan kalau boleh sentiasalah membuat kemaskini laman web anda, agar sentiasa mengikuti arus perkembangan semasa. Jika laman anda mengenai perkhidmatan memasarkan produk-produk digital, pastikan anda sentiasa memberi infomasi terkini seperti review produk terbaru kerana kebanyakkan pelawat amat memerlukan maklumat seperti ini. Sambil sampaikan maklumat anda juga berpeluang menjana pendapatan apabila pelawat mengambil keputusan membeli produk anda! :)

Jumpa lagi.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Kertas Undi Ijok Menjadi Persoalan Pelik?

April 28, 2007

Bertemu kembali. Mungkin agak terlewat saya post topik kali ini. Ketika pembuangan undi pilihanraya kecil Ijok berlangsung hingga petang ini, berbagai-bagai angka,congak dan sifir sedang bermain. Macam-macam berita didengari dan ditatap mengenai suasana berkempen di ijok sejak beberapa hari lalu. Ianya telah menarik minat saya untuk mengetahui perkembangan perjalanan proses berkempen sehinggalah hari ini mereka mengundi.

Apa yang menjadi pelik bagi saya, adakah wujud pengundi hantu dan jika benar siapakah yang harus dipersalahkan? Jika ketelusan seperti ini tidak dititik beratkan saya berasa sedih dengan sistem demokrasi di Malaysia.

Tergamam saya apabila membuat semakan dalam rekod SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) didapati seorang kanak-kanak berusia 8 tahun berjaya memilih satu kertas undi di ijok (betul ke kanak-kanak?). Dan apa yang menjadi peliknya adalah, adakah budak berumur 8 tahun ini sudah layak mengundi? (syarat mengundi adalah 21 tahun ke atas) Atau sememangnya wujud amat ramai golongan berusia 108 tahun di Ijok? Kerana mungkin JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) meletakkan mereka yang lahir pada 1899 dalam kad pengenalannya bermula dengan angka 99? Jika perkara ini tidak telus mungkin akan berlaku pemalsuan identiti sehinggakan terlepasnya satu undi ke dalam kotak.

Ingat! walaupun satu undi, ia adalah penentu kemenangan sesebuah parti politik? Cuba anda semak mengenai status pemegang kad pengenalan ini.

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp (sila masukkan nombor kad pengenalan ini dalam daftar semak - 990518610029)

Walaupun apa keputusannya pada malam ini, diharap tiada pihak menunding jari menuduh antara satu sama lain kerana pengundi telah menunaikan tanggungjawab dan menjadi hak mutlak mereka untuk memilih siapa pemimpin bagi kawasan mereka.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Umpan yang lazat adalah hadiah dan ganjaran!

April 26, 2007

Knok knok knok! … pintu rumah anda diketuk…

“Tahniah! Anda baru sahaja memenangi set bilik tidur lengkap dengan tv plasma 42″

Jika anda pernah mengetahuinya baguslah kerana anda akan pasti mengalaminya nanti! Kata-kata ini akan disampaikan kepada anda melalui surat, e-mel, panggilan telefon ataupun anda sedang sedap-sedap duduk menunggu hidangan makanan tengahari di restoran, anda dihampiri oleh seorang jurujual yang tidak pernah anda jumpai (yang pasti meminta supaya anda “mengeluarkan wang”). Kata-kata ini boleh memberi masalah kepada anda. Yelah tengah sedap-sedap nak menjamu selera, mood anda diganggu oleh jurujual ini. Kalau tak bernasib baik, golongan yang mengambil kesempatan akan menggunakan peluang ini untuk menukarkan pendapatan anda kepada pendapatan mereka. Tidak seperti perompak menggunakan pistolnya dengan melepaskan tembakan amaran ke udara.

Ada satu kes di mana ada juga syarikat yang ingin melariskan produk atau perkhidmatannya akan menggunakan kata-kata ini untuk menjerat prospek baru. Mereka tahu, orang ramai di luar sana akan tertarik dengan janji-janji hadiah dan barang percuma. Hadiah kereta, motosikal, laptop, pakej percutian adalah antara tarikan yang cuma diumpan. Mereka menjanjikan hadiah untuk anda, dengan syarat yang mesti anda lakukan adalah menghadiri atau mendengar penerangan dari mereka ataupun membeli sesuatu produk daripada mereka.

Pada secara kasarnya, saya boleh memberi jaminan bahawa anda tidak memerlukan apa-apapun yang mereka sampaikan tetapi ia akan berlaku sebaliknya jika ketika itu anda amat memerlukannya. Ini berlaku pada hari ini di sebuah tempat percutian di mana ada satu program telah menjalankan satu aturcara yang memberikan anda ganjaran atau cabutan bertuah yang bernilai besar. Jadi, jika hadiah yang dijanjikan datang dengan syarat anda menghadiri penyampaian, jangan terkejut jika penyampaian itu akan dijalankan di sebuah hotel berprestij (untuk memberi gambaran syarikat mereka adalah ummmph), termasuklah penginapan, makan dan minum percuma. Apabila anda diberi peluang menghadiri penyampaian seperti ini, maka produk-produk atau perkhidmatan yang akan disampaikan juga bernilai beribu-ribu ringgit.

Salah satu alternatif kepada senario seperti ini adalah syarikat memaksa anda membeli produk mereka sebelum anda layak menerima hadiah yang dijanjikan. Dan produk ini juga berkemungkinan akan berharga beribu-ribu ringgit. Alahaii…. kopak poket macam nih…

Jadi apa patut anda lakukan?

Langkah pertama adalah mencari maklumat lanjut. Tetapi jika ia membabitkan syarat-syarat tertentu, jangan anda teruskan. Menolak tawara tersebut dengan cara berhemah dan baik. Jadi jangan cepat terpengaruh dengan umpan yang lazat!!!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Penipu Paypal Semakin Bijak

April 25, 2007

Cabaran hari ini…

Nampaknya penipu PayPal sudah semakin bijak, bukan sahaja mereka meniru interface di dalam e-mail, tetapi kali ini betul-betul menarik perhatian untuk anda klik pada link yang diberikan di dalam e-mail. Saya sendiri pernah mendapat email seperti ini, dimanakah mereka mengetahui saya mempunyai akaun paypal saya pun tidak pasti. Tapi saya tidak pernah pun mengklik link yang diberikan.

Diingatkan sekali lagi, jika anda menerima e-mail dari PayPal yang meminta anda untuk mengubah maklumat diri anda, jangan klik pada link yang diberikan kerana anda akan ditipu.

Mereka ingin mengambil maklumat diri anda (e-mail address dan password) dan kemudian mengambil wang, sekaligus menutup akaun PayPal anda.

Baiklah, please read this latest scam e-mail:

—–

Subject: Item Not Received Dispute Open Case #PP-214-997-154 From: service@paypal.com

Ben Freckmann has opened a dispute for the payment made to you on nov. 15, 2006 indicating that they never received the item.

Your Transaction ID:8VL41716TP118284D
Buyer’s Transaction ID:2V184750WV419180C

There are many reasons why this might have happened. It could be that the item is still in transit or was accidentally delivered to the wrong address. Sometimes buyers open a non receipt dispute too soon because they underestimate how long it can take for shipping and delivery.

By opening this dispute, Ben Freckmann is asking for your help to resolve this issue. This is your best opportunity to resolve this problem before the buyer escalates it to a
PayPal claim or files a chargeback with their card issuer.

To close this dispute go to:
…link omitted…

—–

Ini adalah sedikit tips dari saya. Jika anda menerima e-mail sebegini, pastikan anda TIDAK klik sebarang link yang ada pada e-mail tersebut.

Buka pada browser yang baru untuk login ke akaun PayPal anda.

Lagi, apabila anda menerima e-mail dari PayPal, pastikan pada permulaan e-mail tersebut tertulis nama atau business name anda. Contohnya “Dear NS Theory“. Scammers tidak dapat detect nama anda di akaun PayPal.

p.s: Teknik penipuan seperti ini juga berlaku kepada mereka yang mempunyai akaun Maybank, Cimb Bank (semua internet banking), E-Gold dan lain-lain. Jangan sesekali klik pada link yang diberikan di dalam email anda apabila anda diminta untuk mengubah atau mengemaskini maklumat peribadi.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Siapa Warren Buffet?

April 17, 2007

Kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai seorang billionair dunia iaitu rakan Donald Trump (Rancangan yang suka sebut Your Are Fired!) iaitu Warrent Buffet. Jika anda melihat karektor Warren Buffet ini, beliau nih adalah seorang yang mempunyai penampilan yang mengelirukan. Kalau lihat pada pakaiannya, dia nih biasa-biasa sahaja tidak kiralah pada hari bekerja ataupun pergi ke mesyuarat tahunan pemegang saham. Beliau suka sangat pakai sut yang berkedut (macam tak bergosok) dan cermin mata empat segi (kalau tgk memang kelakar).

Anda juga perlu tahu, Warren ini bukanlah berasal dari keluarga yang susah pada ketika dulu (seperti mana latar belakang Tan Sri Mukhtar Al-Bukhary) sebaliknya beliau datang dari keluarga yang kaya raya. Sebab itu beliau ingin sentiasa menjadi seorang kaya. Oleh sebab itulah beliau mula mengejar cita-cita pada usia 5 tahun lagi. Melihat dari sejarahnya, beliau mula mencari duit poket dengan menjual gula-gula lebih yang diberikan oleh bapanya.

Tetapi jangan pula anda terkejut kerana pada usia beliau 11 tahun, Buffet telah membeli tiga saham, pertama kali dalam hidupnya dengan harga $36 setiap satu (harga pada masa itu). Beliau jual semula saham dengan memperoleh keuntungan sebanyak $5. Ketika itulah buffet mula sedar maksud sabar di dalam pelaburan saham kerana harga saham itu kemudiannya telah meningkat ke $200. :)

Saya mengambil sebuah petikan dari Buffet mengenai risiko pasaran saham, beliau berkata, “Risiko datang apabila kita dari tidak mengetahui apa yang kita lakukan”. Kenyataan ini ada benarnya kerana Buffet tidak pernah melabur di dalam perniagaan yang tidak diketahui. Ketika orang ramai sibuk melabur dengan banyak di dalam internet, Buffet tidak membeli manapun satu saham. Keyakinan diri, gigih bekerja, etika yang kuat serta kebolehan meramal pasaran saham telah menjadikan beliau seorang pelabur yang bijak pada hari ini.

Mesti pun namanya sering tersiar di majalah Forbes sebagai orang terkaya di dunia, gaya hidupnya tidak menggambarkannya yang sedemikian. Hingga ke hari ini (ketika blog ini ditulis), beliau masih mendiami rumahnya yang dibeli dengan harga $31,000. Walaupun memiliki Berkshire Harthaway, iaitu sebuah syarikat tesktil, pakaiannya hanyalah sut yang berkedut.

Kisah kejayaan Warren Buffet membuktikan kebolehan manusia untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih tinggi. Apabila seseorang itu mengikuti naluri hatinya dengan penuh keyakinan, usaha, disiplin dan ketabahan, kejayaan akan pasti dicapainya. Dengan ini Warren Buffet adalah termasuk dalam senarai “Usahawan Berjaya Dunia” kali ini.

Jumpa lagi :)

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »