Tulis lagi matlamat anda hari ini!
March 30, 2007
Banyak kalau kita jenguk website-website orang berjaya nih, kita pasti akan terdetik untuk jadi seperti mereka. Dan ketika itulah kita berangan-angan untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti.
Jika anda lihat gambar saya (diatas) disebelahnya ada sebuah kereta mewah bukan? Itulah impian dan matlamat saya. Melihat pada kenderaan itu, pasti anda pun tahu tidak semua orang mampu memilikinya. Hanya mereka yang mempunyai kewangan yang hebat sahaja yang boleh ‘maintain’ mengguna kenderaan seperti itu.
Kereta itu memberi lambang dan maksud kebebasan kewangan kepada diri saya. Saya meletakkan matlamat saya sebelum umur 35 tahun adalah tahun sesuai untuk saya mengecapi kebebasan kewangan. Melihat prestasi perniagaan internet saya semakin berkembang maju (pelanggan dah mula ramai), saya seharusnya berusaha keras agar nama perniagaan saya (pelamin.net) terus menjadi contoh kepada rakan yang lain bahawa mendirikan perniagaan internet, kita tidak perlu semata-mata untuk mengejar glamor, sebaliknya adalah pendapatan yang hebat!
Jika anda membaca post saya tahun lalu, saya pernah menekankan kepada anda supaya menulis matlamat peribadi anda. Apabila buka sahaja dompet atau beg duit, maka terpampanglah matlamat anda apabila membacanya. Terus masuk ke dalam minda dan anda ingatnya hari-hari. Jangan pula dengan hanya menulis matlamat sekali sahaja dan tidak lagi perlu menulisnya. Jangan!
Pastikan anda terus menulis matlamat anda apabila kelapangan dan amalkan menulis matlamat anda dimana sahaja anda berada. Tulis kemudian baca dan simpan. Secara tak langsung ia akan masuk ke dalam minda separa sedar anda. Dengan menulis matlamat anda berulangkali, ia juga akan membuatkan semangat anda menjadi berganda untuk berusaha mencapai apa yang anda inginkan.
Pernah saya meletakkan matlamat saya dalam tempoh 4 bulan untuk mendapatkan sesuatu, apabila saya menulis matlamat, menakjubkan saya mampu capai matlamat saya tidak sampai 2 bulan! Hebat bukan?
Jadi mula menulis semula matlamat anda! Jumpa lagi ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































