Nak Berniaga di Internet perlukah ada laman web sendiri?

March 26, 2007

Anda perasan tak terdapatnya perkhidmatan seperti E-bay.com dan lelong.com.my yang menjadi perantara antara penjual produk dan pembeli? Tahukah anda bahawa anda boleh menjual produk anda di sana? Jadi jawapan dari tajuk kali ini, ya! anda tidak perlu ada laman web sendiri untuk anda menjual produk anda. Lagi-lagi produk anda ini bertukar ikut musim. Sekejap jual baju, sekejap jual telefon, sekejap jual ikan (boleh ker?).

Sebenarnya, tanpa memiliki laman web peribadi, anda juga boleh mengaut keuntungan di internet. Terdapat berbagai-bagai perkhidmatan pengantara di internet yang membolehkan anda melakukan perniagaan tanpa perlu memiliki laman web. Anda perlu bijak memilih. Dengan menyertai perkhidmatan pengantara ini, anda akan diberi ruang untuk mempromosikan produk. Anda hanya perlu mengeluarkan kos yang terlibat biasanya adalah yuran pendaftaran atau bulanan serta pihak pengantara mengambil peratus kecil dari segala jualan yang berlaku.

Satu kebaikan yang bakal anda perolehi apabila anda menggunakan perkhidmatan sebegini, segala promosi akan dilakukan oleh pengantara. Anda tidak perlu risau untuk membuat promosi kerana mereka akan melakukan segala-galanya. Malah anda tida perlu risau tentang betapa rumitnya menyediakan laman web dan sistem pembayaran kerana semuanya telah pun tersedia di laman pengantara.

p.s: Jika anda tidak tahu langsung untuk membina laman web, jangan peningkan kepala anda. Jika anda ada modal upah sahaja kepada mereka untuk melakukannya. Saya sendiri mengambil perkhidmatan membina dan merekabentuk laman web. Untuk tempahan, sila hubungi saya ke emel noorizam[at]zetro.com.my (gantikan [at] ke @)

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Nak Berniaga di Internet perlukah ada laman web sendiri?”

  1. Chee Kui on March 27th, 2007 12:16 am

    Ya. yg penting strategi mesti ada ;)

  2. Noorizam Shah on March 27th, 2007 8:24 am

    boleh juga buat duit dengan blog seperti ini. hari ini banyak hosting-hosting percuma yang menyediakan ruangan blog. Anda boleh mempromosikan produk anda di dalam blog-blog percuma ini. :)

    contoh blog wordpress. :)

  3. Chee Kui on March 27th, 2007 11:58 pm

    ya.. tapi blog free dari wordpress ni susah sikit nak customize. Lebih baik gunakan blog percuma dari blogspot saja kalau nak dapat income dari affiliate mktg & adsense publisher ;)

    Just my 2 cents.

  4. Azahari on March 28th, 2007 2:05 pm

    Boleh juga promote melalui forum, email pun boleh. Ramai yang fikir kalau nak buat duit perlu ada website padahal ada banyak lagi cara untuk dapat duit melalui internet. Antara cara yang mudah, beli iklan dan promote affliate kita tu :)

  5. matzis on April 6th, 2007 4:53 pm

    Assalamualaikum, kalau nak tips dan teknik perniagaan ebay janganlah segan-segan melawati website panduan asas ebay http://matzis.com

  6. reezluv on August 27th, 2007 11:39 am

    ya, betul..takyah website pun takpe..ade blogspot pun leh gak, visitor dari blogspot kalau ramai cam yang berbayar, tak ke dah jimat..cara nak attract orang lawat dan beli tu yang penting..:)

Got something to say?