Ada orang kata hutang adalah perkara yang negatif?
March 25, 2007

Ramai diluar sana kalau kita lihat ada lagi yang masih membuat pinjaman perumahan, hartanah, kenderaan, peribadi, pelajaran dan sebagainya. Adakah ia suatu perkara yang negatif?
Jika kita lihat dari kenyataan di atas ianya betul sebahagiannya. Tetapi, jika anda berhutang untuk membeli barangan yang tidak boleh mengangkat sesuatu nilai, ia adalah perkara yang tidak bijak. Jika anda suka pergi ke pusat-pusat perabot mega yang menawarkan pembayaran ansuran atau pun anda membuat pinjaman semata-mata untuk membeli perabot, anda seharus mengelakkannya.
Tetapi sebaliknya jika anda membuat pinjaman untuk mendapatkan sesuatu yang boleh meningkatkan nilai pada masa akan datang dan memberi keuntungan kepada anda, ia adalah satu perkara yang baik. Seperti mereka yang memiliki rumah dan hartanah, mereka ini ada juga membuat pinjaman dengan membeli aset-aset ini kemudian menyewanya dan memberikan mereka pendapatan. Selagi anda boleh menampung pembayaran balik pinjaman atau hutang tersebut, anda telah mengambil satu langkah yang betul kerana anda menggunakan hutang dengan baik. Hutang yang baik ini, jika anda pandai menguruskannya, ia boleh menjadikan anda kaya!
Jumpa lagi…. ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
One Response to “Ada orang kata hutang adalah perkara yang negatif?”
Got something to say?





















































Ya, kita tak harus pandang pada aspek negatif hutang saja.
Cuba bayangkan, kalau kita yg memberikan pinjaman kepada org lain, sebagai contoh, kita membuat perniagaan di mana kita membenarkan pembeli untuk “menyewa beli” sesuatu produk, kita boleh jadi kaya hanya dengan interest nya sahaja. Of cos in the long run.
See the other side of the coin