PrimoPDF perisian bantuan fail PDF anda

March 8, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saudara,

Kebanyakan dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen ini juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel. Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula.

Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin sudah berubah. Satu penyelesaian diperlukan supaya dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.

Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format. Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dahulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperolehi secara percuma.

Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.com

Apabila ianya dipasang di dalam komputer, cara penggunaannya tidak seperti perisian yang lain. Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan print. Itu bermakna apabila anda hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan print terlebih dahulu.

Jadi kepada anda yang mempunyai kertas projek akhir di universiti boleh lah menggunakan perisian ini, begitu juga dengan anda yang bercita-cita untuk menghasilkan ebook peribadi. Boleh la anda jual bakat menulis anda selepas ini. :)

 Jumpa lagi….

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “PrimoPDF perisian bantuan fail PDF anda”

  1. Imo Imora on March 11th, 2007 4:34 am

    As’kum Izam.. boleh kita ber-x change link? Saya dah letak link Izam kat blog saya http://www.imoimora.com :) .

  2. reezluv on August 17th, 2007 6:23 pm

    memang bagus PrimoPdf ni..saya gak guna alternatif lain cam pdf creator..leh download kat http://www.100-downloads.com

Got something to say?