Tulis lagi matlamat anda hari ini!
March 30, 2007
Banyak kalau kita jenguk website-website orang berjaya nih, kita pasti akan terdetik untuk jadi seperti mereka. Dan ketika itulah kita berangan-angan untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti.
Jika anda lihat gambar saya (diatas) disebelahnya ada sebuah kereta mewah bukan? Itulah impian dan matlamat saya. Melihat pada kenderaan itu, pasti anda pun tahu tidak semua orang mampu memilikinya. Hanya mereka yang mempunyai kewangan yang hebat sahaja yang boleh ‘maintain’ mengguna kenderaan seperti itu.
Kereta itu memberi lambang dan maksud kebebasan kewangan kepada diri saya. Saya meletakkan matlamat saya sebelum umur 35 tahun adalah tahun sesuai untuk saya mengecapi kebebasan kewangan. Melihat prestasi perniagaan internet saya semakin berkembang maju (pelanggan dah mula ramai), saya seharusnya berusaha keras agar nama perniagaan saya (pelamin.net) terus menjadi contoh kepada rakan yang lain bahawa mendirikan perniagaan internet, kita tidak perlu semata-mata untuk mengejar glamor, sebaliknya adalah pendapatan yang hebat!
Jika anda membaca post saya tahun lalu, saya pernah menekankan kepada anda supaya menulis matlamat peribadi anda. Apabila buka sahaja dompet atau beg duit, maka terpampanglah matlamat anda apabila membacanya. Terus masuk ke dalam minda dan anda ingatnya hari-hari. Jangan pula dengan hanya menulis matlamat sekali sahaja dan tidak lagi perlu menulisnya. Jangan!
Pastikan anda terus menulis matlamat anda apabila kelapangan dan amalkan menulis matlamat anda dimana sahaja anda berada. Tulis kemudian baca dan simpan. Secara tak langsung ia akan masuk ke dalam minda separa sedar anda. Dengan menulis matlamat anda berulangkali, ia juga akan membuatkan semangat anda menjadi berganda untuk berusaha mencapai apa yang anda inginkan.
Pernah saya meletakkan matlamat saya dalam tempoh 4 bulan untuk mendapatkan sesuatu, apabila saya menulis matlamat, menakjubkan saya mampu capai matlamat saya tidak sampai 2 bulan! Hebat bukan?
Jadi mula menulis semula matlamat anda! Jumpa lagi ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentNak Berniaga di Internet perlukah ada laman web sendiri?
March 26, 2007
Anda perasan tak terdapatnya perkhidmatan seperti E-bay.com dan lelong.com.my yang menjadi perantara antara penjual produk dan pembeli? Tahukah anda bahawa anda boleh menjual produk anda di sana? Jadi jawapan dari tajuk kali ini, ya! anda tidak perlu ada laman web sendiri untuk anda menjual produk anda. Lagi-lagi produk anda ini bertukar ikut musim. Sekejap jual baju, sekejap jual telefon, sekejap jual ikan (boleh ker?).
Sebenarnya, tanpa memiliki laman web peribadi, anda juga boleh mengaut keuntungan di internet. Terdapat berbagai-bagai perkhidmatan pengantara di internet yang membolehkan anda melakukan perniagaan tanpa perlu memiliki laman web. Anda perlu bijak memilih. Dengan menyertai perkhidmatan pengantara ini, anda akan diberi ruang untuk mempromosikan produk. Anda hanya perlu mengeluarkan kos yang terlibat biasanya adalah yuran pendaftaran atau bulanan serta pihak pengantara mengambil peratus kecil dari segala jualan yang berlaku.
Satu kebaikan yang bakal anda perolehi apabila anda menggunakan perkhidmatan sebegini, segala promosi akan dilakukan oleh pengantara. Anda tidak perlu risau untuk membuat promosi kerana mereka akan melakukan segala-galanya. Malah anda tida perlu risau tentang betapa rumitnya menyediakan laman web dan sistem pembayaran kerana semuanya telah pun tersedia di laman pengantara.
p.s: Jika anda tidak tahu langsung untuk membina laman web, jangan peningkan kepala anda. Jika anda ada modal upah sahaja kepada mereka untuk melakukannya. Saya sendiri mengambil perkhidmatan membina dan merekabentuk laman web. Untuk tempahan, sila hubungi saya ke emel noorizam[at]zetro.com.my (gantikan [at] ke @)
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentAda orang kata hutang adalah perkara yang negatif?
March 25, 2007

Ramai diluar sana kalau kita lihat ada lagi yang masih membuat pinjaman perumahan, hartanah, kenderaan, peribadi, pelajaran dan sebagainya. Adakah ia suatu perkara yang negatif?
Jika kita lihat dari kenyataan di atas ianya betul sebahagiannya. Tetapi, jika anda berhutang untuk membeli barangan yang tidak boleh mengangkat sesuatu nilai, ia adalah perkara yang tidak bijak. Jika anda suka pergi ke pusat-pusat perabot mega yang menawarkan pembayaran ansuran atau pun anda membuat pinjaman semata-mata untuk membeli perabot, anda seharus mengelakkannya.
Tetapi sebaliknya jika anda membuat pinjaman untuk mendapatkan sesuatu yang boleh meningkatkan nilai pada masa akan datang dan memberi keuntungan kepada anda, ia adalah satu perkara yang baik. Seperti mereka yang memiliki rumah dan hartanah, mereka ini ada juga membuat pinjaman dengan membeli aset-aset ini kemudian menyewanya dan memberikan mereka pendapatan. Selagi anda boleh menampung pembayaran balik pinjaman atau hutang tersebut, anda telah mengambil satu langkah yang betul kerana anda menggunakan hutang dengan baik. Hutang yang baik ini, jika anda pandai menguruskannya, ia boleh menjadikan anda kaya!
Jumpa lagi…. ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentTempahan Pelamin.net Sold Out!
March 21, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada anda kerana terus setia melayari blog ini.
Baiklah, dikesempatan ini, kepada anda yang merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini (bulan Mei hingga Julai) dimaklumkan tempahan perkhidmatan bagi bulan tersebut telah pun penuh. Kepada yang telefon untuk menempah, maaf kerana tempahan anda terpaksa kami tolak.
Sambutan pelanggan terhadap pelamin.net amat-amat dihargai dan terima kasih sekali lagi kerana berminat membuat tempahan dengan kami. InsyaAllah jika anda ingin mendapatkan khidmat kami untuk majlis seterusnya, bolehlah terus berurusan dengan puan Liza (no telefon sila ambil kat web www.pelamin.net). Untuk pengetahuan anda diluar sana, kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pemasangan pelamin sahaja malah hiasan dalam dewan, taman, bilik tidur, tangga, khidmat jurugambar, mekap perkahwinan dan pertunangan, sewaan baju dan lain-lain.
Di pelamin.net juga, bagi guru-guru tadika, taska, sekolah rendah, kami mempunyai pakej yang amat istimewa sekali dengan harga berpatutan bagi sesi bergambar bersama pelajar dan konvo kanak-kanak. Jangan lupa telefon hari ini untuk tempahan (bagi kawasan kuala lumpur, selangor, negeri sembilan sahaja)
Kepada anda yang mempunyai perniagaan kursus perkahwinan dan kad kahwin, jika anda berminat untuk menjadi rakan niaga kami, sila hubungi kami di liza[at]pelamin.net (gantikan [at] kepada @)
Jumpa lagi..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentPendapatan Mylot kini dibayar ke akaun E-Gold!
March 14, 2007
$$$ - Perolehi Duit Apabila anda menggunakan Mylot - $$$
Ingat lagi tak dengan topik saya sebelum ini mengenai laman web mylot? Ya! mylot sehingga hari ini telah memberikan saya beratus dollar pendapatan sampingan secara percuma sejak saya menyertainya tahun lalu. Dengan adanya konsep berforum dan perbincangan seperti mylot ini, setidak-tidaknya anda tidak berkongsi maklumat yang kosong. Disamping anda memperolehi maklumat melalui rakan-rakan seluruh dunia, anda juga turut menjana pendapatan secara percuma!
Kepada yang masih lagi tidak mengetahui mengenai MyLot, saya syorkan anda daftar hari ini percuma! dan mula peroleh pendapatan melalui forum ini bermula hari ini juga!
Bagi anda yang ingin mendaftar, anda boleh la klik link untuk http://mylot.com/?ref=kliksini
Saya percaya ramai diluar sana atau anda sebagai pembaca amat prihatin dengan peluang menjana pendapatan di internet. Seperti mana anda menghabiskan masa membaca forum-forum dan menghantar artikel kepada ruang-ruang perbincangan lain dan langsung tidak menerima apa-apa ganjaran, lebih baik anda mendaftar di mylot.
Jika dahulu saya ada memberitahu anda bahawa mylot ini amat istimewa bagi mereka yang punya akaun Paypal sahaja, kini kepada yang punya akaun E-Gold anda juga berpeluang menjana pendapatan sehingga 4 angka USD sebulan. Dengan hanya berforum sahaja!
Jika anda post perbincangan baru, anda akan dibayar! Idea menarik ini amat cantik dan bijak. Anda memberi respond kepada topik perbincangan rakan-rakan anda, juga anda akan dibayar. Anda merujuk kawan-kawan anda untuk menyertai mylot juga anda akan dibayar! Anda buat duit!
Sejak saya menulis di blog ini mengenai topik Mylot, sejak itu ramai yang klik link ini http://www.mylot.com/?ref=kliksini
Ramai yang tidak melepaskan peluang keemasan ini. Yela.. sapa nak kasi peluang pendapatan sehebat ini? akan tetapi saya syorkan anda, rajin-rajin la post kat forum ni jika nak jana pendapatan.
bagi yang tak ada akaun paypal lagi bila register free kat sini. https://www.paypal.com/row/mrb/pal=L3PV7ZPQAJCVW
kepada yang belum punya akaun E-Gold; juga boleh mendaftar secara percuma di https://www.e-gold.com/newacct/newaccount.asp?cid=4207886
Â
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentPrimoPDF perisian bantuan fail PDF anda
March 8, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saudara,
Kebanyakan dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen ini juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel. Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula.
Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin sudah berubah. Satu penyelesaian diperlukan supaya dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.
Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format. Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dahulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperolehi secara percuma.
Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.com
Apabila ianya dipasang di dalam komputer, cara penggunaannya tidak seperti perisian yang lain. Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan print. Itu bermakna apabila anda hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan print terlebih dahulu.
Jadi kepada anda yang mempunyai kertas projek akhir di universiti boleh lah menggunakan perisian ini, begitu juga dengan anda yang bercita-cita untuk menghasilkan ebook peribadi. Boleh la anda jual bakat menulis anda selepas ini.
 Jumpa lagi….
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content




