Cara Mudah Untuk Dapat Banyak Duit!!!!
February 28, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Maaf kepada semua kerana lama tidak menulis. Untuk pengetahuan semua, saya bukan menghilang kemana, cuma sibuk dengan majlis tahlil arwah saudara. Hari ini masuk hari ke-3 (Saya telah kehilangan saudara lelaki pada hari ahad lalu akibat kemalangan jalanraya).
Masa saya bercuti, sempat juga saya membuka kotak email saya. Apa yang menarik ramai sangat yang mempunyai masalah kewangan malah ramai pula yang bertanya macam mana nak cepat kumpul duit atau macam mana nak dapat banyak duit!!!.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat bagaimana anda boleh mengganda atau membuatkan poket akan kelihatan penuh (ala sumbat je la daun ke, kertas ke dalam poket anda.. kan nampak penuh) gurau je :).
Sebelum saya pergi ke maklumat mengenai topik ini, saya ingin bertanya dengan anda. Pernahkah anda waktu kecil dan bersekolah rendah, cikgu atau mak ayah ajar anda untuk menabung? Adakah anda terus amalkan sehingga hari ini?
Simpan la duit tu sedikit.. tak kira la RM1 sehari ke (kalau RM1 sehari bila saya nak kaya?) tak pun simpan la RM10 sehari. Sebulan dah berapa?
Anggap sahaja anda ini kuat berbelanja atau kuat menggunakan wang.. jadi bagaimana anda hendak mengatasi ketagihan penggunaan wang nih?
Cara terbaik adalah ‘berpuasa’ atau ‘berhenti’ dari melakukan beberapa perkara.
#1: Jika anda seorang perokok (tak kira lelaki atau perempuan).
Saya syorkan berhenti je la merokok. Alamak! Susah oooo nak berenti terus.. mati akal kalau tak dapat rokok! ..
Kata tadi nak banyak duit? nak berhenti merokok ke tidak nih? hehehe… kalau anda berjaya berhenti merokok saya percaya sebulan anda dapat kurangkan RM50 dan boleh dah menabung. Bagi mereka bukan perokok bagaimana? Anggap juga lah anda memang merokok dan guna duit harga sekotak rokok dan simpan setiap hari. Amalkan dan tengok la hasilnya dalam masa 3 bulan. Berapa anda dapat kumpul?
#2: Pergi kerja suruh la mak atau bini masak dan bawa bekal ke tempat kerja!
Biasa kalau makan kat kantin atau kat luar boleh habis dekat 10 sehari. Jadi saya syorkan bawa la bekal sket.. kalau tak boleh bekalan untuk sehari, cukuplah sekadar bekal pada sebelah pagi. Dekat sini je anda dah jimat RM30 seminggu. RM30 tu kalau di darab dengan setahun anda dapat simpan berapa? Alamak!! banyak tu RM1,560!
#3: Tak yah la pergi gunting rambut.. kalau nak gunting baik botak je!
Kata minat mawi.. ha botak laaa… kalau pergi saloon kalau tiap bulan tukar fesyen sampai kena caj RM16, baik simpan je duit tu… Dah jimat RM192.00..
#4: Kaki golf, kaki boling, kaki wayang… Tukar la hobi tu sket…
Dah la mahal, daripada main golf, main la sukan yang tak perlu tak ada kelab-kelab nih.. bayangkanlah yuran keahlian golf setahun dah berapa? ada yang sampai RM20,000 setahun. Buat kaki wayang.. tengok je la VCD kat rumah. tukar-tukar VCD dengan kawan-kawan. ![]()
#5: Bayar hutang tepat pada masanya…
Sesiapa yang banyak hutang tu.. cepat-cepat lah bayar hutang.. jangan tangguh-tangguh. Kalau dengan bank ini lah masalahnya. Tapi kalau hutang dengan kawan-kawan tu kita kenalah beringat juga… jangan la sampai kawan-kawan ketuk pintu rumah minta bayar pulak.. alamak macam mana tu??
Jumpa lagi….
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
3 Responses to “Cara Mudah Untuk Dapat Banyak Duit!!!!”
Got something to say?





















































ok gak 2…
tapi saya pun ada gak tips untuk lagi berjimat cuma malas nak taip jer…
ada lagi x? boleh kongsi…
Saya telah membaca e-mail tuan,dan saya terpikir kalaulah saya muda dahulu tentulah kami kaya sekarang? dah telambat umor saya dah 57 tahun boleh tak lagi saya berjimat macam you ceritakan itu? saya adalah perokok saya hendak berhenti merokok tu……lah tapi saya akan cuba berhenti doakanlah ok? pasal menabong saya telah amalkan lama dahulu penoh tabong, saya keluarkan, tapi wangnya etah kemana dibelanjakan sahingga hari ini saya menabong lagi saya gunakan apabila perlu,memanglah baik perancangan tuan itu. terima kaseh atas khidmat nasehat yang tuan berikan itu jumpa lagi,tksh.
Menabung? Aku buat..
Gunting rambut? AKu minta kawan aku gunting rambut aku. Free. Sebab cite2 kawan aku nak jadi tukang gunting rambut kat salon terkenal. So, aku antara salah sorang ujikaji dia. Hoho. Sebab rambut aku lurus dan hitam. Memang dia cukup suka. Aku dah try macam2 syampu..naya aku dibuatnya. Kadang2 gatal gak kepala aku..Free punye pasal la nih..
Wayang? Kt rumah aku nih. Pusat wayang dah tutup semua. Masa aku stadi dulu. Seminggu, 4-5 kali tengok wayang tu kira minimum la..Tu la. Kuar dengan ramai sangat junior..
Hutang? Ok. Kepada sesiapa yang berhutang dgn aku. Sila bayar secepat mungkin!!