Mohamed Al Fayed - Keturunan Arab Jutawan di Britain

February 20, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu lagi kategori baru dalam blog saya ini iaitu kategori “Usahawan Berjaya”. Setiap dari kita sentiasa ingin mencapai peningkatan ekonomi dan kejayaan di dalam apa jua yang kita ceburi di dalam hidup. Terutamanya dalam bidang perniagaan.

Kali ini kita mulakan dengan Mohamed Al Fayed. Beliau telah dilahirkan di Alexandria Mesir. Beliau adalah seorang pemilik Harrods dan merupakan jutawan di Britain. Harrods adalah sebuah gedung membeli-belah yang paling terkemuka di dunia.

Untuk pengetahuan anda, sebelum Al Fayed mencipta nama di Britain, ramai orang pelik dan hairan bagaimana beliau seorang pendatang, anak kepada seorang guru yang miskin boleh mengkagumkan mereka.

Beliau mula menjual berbagai-bagai jenis barangan dari minuman coca-cola ke mesin menjahit di tepi-tepi jalan di Alexandria semenjak kecil lagi. Beliau mempunyai bakat berbual semulajadi dan boleh bertutur dalam pelbagai cara untuk menarik minat orang ramai dari berbilang masyarakat, untuk membeli barangannya.

Pengalaman unik ini, yang dilalui beliau sejak usia muda lagi telah menjadikan beliau seorang yang mempunyai pelbagai personaliti; pemarah, suka berjenaka, menyakitkan hati, bersedih dan kesemua sembilan emosi asas manusia. Personaliti ini, digabungkan dengan kebolehan aneh beliau menyesuaikan diri dengan berbagai jenis keadaan telah menyumbang kepada kejayaan perdagangan komersial secara besar-besaran.

Pembaca sekelian,

Beberapa orang telah menolong beliau memajukan perdagangannya. Salah seorangnya ialah Adnan Khashoggi, seorang perniaga hartawan dari Arab Saudi yang pertama sekali menabur benih untuk Al Fayed menjadi seorang usahawan unggul. Al Fayed telah berjaya memenangi kenyakinan Adnan setelah menolong beliau di dalam pengurusan import-eksportnya.

Kemudian setelah kembalinya ke Mesir, Al Fayed memulakan aktiviti perkapalan dengan kekayaan yang telah beliau perolehi sewaktu di Arab Saudi. Pada masa inilah beliau diperkenalkan kepada Sultan Brunei, suatu titik penting di dalam kerjaya Al Fayed. Beliau telah dilantik secara rasmi sebagai penasihat kepada Sultan Brunei. Pendekatan inilah yang telah meniup semangat beliau untuk menjadi kaya suatu hari nanti seperti Sultan Brunei.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?