Usia Pelaburan Anda… Berapa lama tempohnya??
February 16, 2007
Pembaca sekelian,
Hari ini kita ditawarkan atau didedahkan pelbagai program pelaburan sama ada di internet atau bukan internet, sama ada ianya sah atau tidak semuanya tumbuh umpama cendawan selepas hujan.
Kadang-kadang kita samar-samar dan tidak tahu sama ada anda adalah seorang pelabur jangka pendek? jangka sederhana? atau jangka panjang? Ada yang hanya mengejar profit semata-mata tanpa melihat jangka masa atau tempoh pelaburan tersebut. Adakah anda tahu dimanakah kedudukan anda hari ini di antara 3Â tempoh yang disebutkan?
Baiklah, biasanya tempoh-tempoh ini merujuk kepada jangka masa (penyertaan) pelaburan sebelum ianya dicairkan (dijual kepada tunai). Tempoh ini tidak tentu, ada yang satu minit sahaja atau memerlukan masa sehingga 50 tahun atau pun ia bergantung kepada berapa lama pelabur itu terus (berada dalam pelaburan - syer) bertahan.Â
Akan tetapi, adakah tempoh-tempoh ini boleh diikuti? Apakah tempoh masa yang boleh diterimapakai?
Pembaca sekelian,
Sebenarnya, tiada jangka masa yang “sesuai” atau “tidak” bagi pelaburan ini. Kesemuanya bergantung kepada matlamat dan objektif anda serta tahap anda memahami mengenai risiko, iaitu berapa banyak atau besar risiko yang boleh anda terima.
Memandangkan setiap pelabur boleh memberi pelbagai definasi tempoh sebenar pelaburannya dalam pelbagai kaedah dan cara, mari kita lihat definasi umum mengenai 3 jenis tempoh pelaburan ini.Â
Bagi tempoh pelaburan jangka masa pendek ia boleh mengambil masa 3 bulan hingga 3 tahun. Bagi pelaburan sederhana pula ianya boleh mengambil masa 3 hingga 5 tahun manakala jangka masa panjang ianya lebih dari 5 tahun.Â
Anda perlu mengetahui usia pelaburan anda supaya anda boleh merancang atau membantu dalam meletakkan matlamat peribadi dengan lebih jelas. Dengan mengenal pasti tempoh masa ini, anda boleh memilih produk pelaburan yang sesuai, memantau prestasi pelaburan (jika online lebih baik) dan paling penting dalam hal ini ialah bagaimana anda mengurus risiko pelaburan.
Anda perlu bijak mempelajari dan mengenalpastinya. Pelaburan hartanah contohnya, anda boleh lebih agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang. Kesemua ini berbeza dengan individu dengan disokong beberapa faktor.
Misalannya, seseorang yang berusia 21 tahun, beliau boleh menyertai pelaburan jangka masa panjang memandang beliau mempunyai banyak masa untuk membuat analisa atau pengubahsuaian mengenai pelaburan berisiko. Manakala bagi golongan berumur atau mencapai masa untuk bersara, anda boleh memilik produk yang kurang berisiko atau pun tempoh masa pendek kerana anda tidak mempunyai banyak masa untuk membuat penilaian dan pengubahsuaian. Syor ini bertujuan untuk mengelakkan pelaburannya tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.
Apa-apapun, umur bukanlah faktor penentu tempoh masa pelaburan anda. Anda masih lagi boleh menyertai program pelaburan jangka masa pendek atau panjang. Pemahaman mengenai risiko itu adalah penting disamping objektif pelaburan (ingin bayar hutang, contohnya), jangkaan pulangan (pulangan 570hari) ataupun anda memilih satu tarikh untuk mencairkan pelaburan anda (apabila anda memerlukan wang, anda boleh keluarkannya)
Sebagai misalan, anda berumur 35 tahun dan merancang untuk membeli rumah ke dua dalam masa setahun. Disebabkan jangka masa yang pendek, anda perlu berhati-hati dan melabur secara lebih berwaspada kerana anda hanya ada sedikit masa untuk membuat penilaian mengenai pelaburan anda sekiranya berlaku kerugian.
Fahami usia pelaburan anda dan pelajari bagaimana menangani risko pelaburan dengan bijak.
Â
Jumpa lagi,
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentComments
One Response to “Usia Pelaburan Anda… Berapa lama tempohnya??”
Got something to say?





















































berapa modal min