Jepun Bangkit dari Sengsara!
February 5, 2007
Pembaca sekelian,
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana orang Jepun mampu bangkit kembali daripada kehancuran Perang Dunia Kedua untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi yang unggul hari ini? Saya masih teringat ketika zaman remaja saya masih ragu-ragu terhadap barangan Jepun. Hari ini seakan-akan agak sukar bagi kita untuk hidup tanpa sebarang barangan Jepun di dalam rumah kita. Perkara ini bukan hanya berlaku di negara kita sahaja malah seluruh dunia.
Orang Jepun tidak mencipta kereta. Tidak juga mereka mencipta kamera, peti sejuk, televisyen, penyaman udara, mesin basuh, pencuci hampagas, filem foto, atau set muzik fideliti tinggi (hi fi music systems). Malah mereka tidak mencipta banyak benda pun.
Apa yang mereka lakukan hanyalah ‘meniru’, menghalusi dan memperbaiki barangan yang sedia ada. Mereka menggunakan “pemikiran berdaya cipta” ke atas barangan yang sedia ada dan lihatlah betapa berjayanya mereka teah menjadi kini.
Barangkali apabila anda membaca apa yang akan saya beritahu anda sekarang, anda mungkin mendapati bahawa “keajiban ekonomi” Jepun mungkin bukanlah suatu “keajiban” sebenarnya. Masanobu Tsuji, perancang Perang Dunia Kedua, telah merancang serangan 100hari terhadap Asia Timur dan Australia untuk mendapatakan sumber minyak dan galian lain rantau ini.
Apabila beliau menjangka bahawa Jepun tidak mungkin menang kerana sumber ketenteraan miliknya tidak bersepadanan dengan keperluannya, beliau kembali ke Jepun dan sebenarnya telah merancang kekalahan Jepun secara ketenteraan. Kemudian beliau telah merancang pula peperangan 100 tahun Jepun dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Kita mungkin tidak menyedarinya tetapi kita kini sebenarnya sebahagian daripada suatu perancangan yang lahir daripada kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
Kesimpulan: Jika anda punya produk dalam perniagaan, sentiasalah perbaiki kualiti dan mutu produk anda. Tidak salah ‘meniru’ jika ia boleh menghasilkan sesuatu yang membanggakan. Kita mesti tunjukkan produk Malaysia juga setanding produk luar negara. Tidak perlu guna bahasa itali, jepun atau sebagainya. Jika anda yakin, dengan menggunakan jenama berbahasa Melayu pun ia boleh memperlihatkan kekayaan idea anda.
“Apabila seseorang pemanah tidak mengenai sasarannya, ia menoleh dan mencari kesilapan pada dirinya sendiri. Kegagalan untuk mengenai pusat sasaran bukanlah salah sasaran. Untuk memperbaiki bidikan anda- perbaikilah diri anda sendiri.” - Gilbert Arland.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
7 Responses to “Jepun Bangkit dari Sengsara!”
Got something to say?





















































tq for info.
lagi satu, saya suka sikap isteri mereka yg akan marah suaminya jika balik awal kerja. saya cuba amalkan, tapi isteri saya bukan mcm org jepun. tapi, beliau sokong saya buat ebiz, coz pc/soho saya dekat dgn blk beliau. beliau dpt tengok saya selalu.
satu lagi, sikap mereka yg pentingkan aspek kebersihan. amat mengagumkan saya. jika rakyat malaysia, buat spt mereka, bersihlah negara kita kelak.
hehehe.. isteri anda mesti seorang penyokong yang kuat..
sokongan itu penting bagi merealisasi impian saudara hapisol. Teruskan usaha hapisol dengan meletak matlamat seperti mana pemikiran orang jepun.
tipu la, awak ckp jepun meniru
itu adalah sejarah… jepun meniru benda yang positif dan kini jepun menjadi negara yang hebat.
tertarik dengan prinsip org Jepun ni..tegas sangat..bile bekerja bersungguh-sungguh benar..:)
“Apabila seseorang pemanah tidak mengenai sasarannya, ia menoleh dan mencari kesilapan pada dirinya sendiri. Kegagalan untuk mengenai pusat sasaran bukanlah salah sasaran. Untuk memperbaiki bidikan anda- perbaikilah diri anda sendiri.” -
(teringat aku masa memanah 6 tahun lalu..rindu)
sy mmg sokong org jepun.walaupun mereka mendaulatkan bahasa ibunda mereka tetapi mereka tetap gah di persada dunia.tidak seperti malaysia.walaupun mementingkan bahasa inggeris tetapi negara tetap juga krg maju jika dibandingkan dgn jepun.jepun mmg hebat…..
[…] Saya melihat kesungguhan mereka yang berubah dan ingin mencari peluang dengan cara yang betul. Mereka berusaha walaupun dihalang dengan kata-kata cacian. Nah, lihat bagaimana negara Jepun bangkit dari kesengsaraan perang? […]