Cara Mudah Untuk Dapat Banyak Duit!!!!
February 28, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Maaf kepada semua kerana lama tidak menulis. Untuk pengetahuan semua, saya bukan menghilang kemana, cuma sibuk dengan majlis tahlil arwah saudara. Hari ini masuk hari ke-3 (Saya telah kehilangan saudara lelaki pada hari ahad lalu akibat kemalangan jalanraya).
Masa saya bercuti, sempat juga saya membuka kotak email saya. Apa yang menarik ramai sangat yang mempunyai masalah kewangan malah ramai pula yang bertanya macam mana nak cepat kumpul duit atau macam mana nak dapat banyak duit!!!.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat bagaimana anda boleh mengganda atau membuatkan poket akan kelihatan penuh (ala sumbat je la daun ke, kertas ke dalam poket anda.. kan nampak penuh) gurau je :).
Sebelum saya pergi ke maklumat mengenai topik ini, saya ingin bertanya dengan anda. Pernahkah anda waktu kecil dan bersekolah rendah, cikgu atau mak ayah ajar anda untuk menabung? Adakah anda terus amalkan sehingga hari ini?
Simpan la duit tu sedikit.. tak kira la RM1 sehari ke (kalau RM1 sehari bila saya nak kaya?) tak pun simpan la RM10 sehari. Sebulan dah berapa?
Anggap sahaja anda ini kuat berbelanja atau kuat menggunakan wang.. jadi bagaimana anda hendak mengatasi ketagihan penggunaan wang nih?
Cara terbaik adalah ‘berpuasa’ atau ‘berhenti’ dari melakukan beberapa perkara.
#1: Jika anda seorang perokok (tak kira lelaki atau perempuan).
Saya syorkan berhenti je la merokok. Alamak! Susah oooo nak berenti terus.. mati akal kalau tak dapat rokok! ..
Kata tadi nak banyak duit? nak berhenti merokok ke tidak nih? hehehe… kalau anda berjaya berhenti merokok saya percaya sebulan anda dapat kurangkan RM50 dan boleh dah menabung. Bagi mereka bukan perokok bagaimana? Anggap juga lah anda memang merokok dan guna duit harga sekotak rokok dan simpan setiap hari. Amalkan dan tengok la hasilnya dalam masa 3 bulan. Berapa anda dapat kumpul?
#2: Pergi kerja suruh la mak atau bini masak dan bawa bekal ke tempat kerja!
Biasa kalau makan kat kantin atau kat luar boleh habis dekat 10 sehari. Jadi saya syorkan bawa la bekal sket.. kalau tak boleh bekalan untuk sehari, cukuplah sekadar bekal pada sebelah pagi. Dekat sini je anda dah jimat RM30 seminggu. RM30 tu kalau di darab dengan setahun anda dapat simpan berapa? Alamak!! banyak tu RM1,560!
#3: Tak yah la pergi gunting rambut.. kalau nak gunting baik botak je!
Kata minat mawi.. ha botak laaa… kalau pergi saloon kalau tiap bulan tukar fesyen sampai kena caj RM16, baik simpan je duit tu… Dah jimat RM192.00..
#4: Kaki golf, kaki boling, kaki wayang… Tukar la hobi tu sket…
Dah la mahal, daripada main golf, main la sukan yang tak perlu tak ada kelab-kelab nih.. bayangkanlah yuran keahlian golf setahun dah berapa? ada yang sampai RM20,000 setahun. Buat kaki wayang.. tengok je la VCD kat rumah. tukar-tukar VCD dengan kawan-kawan. ![]()
#5: Bayar hutang tepat pada masanya…
Sesiapa yang banyak hutang tu.. cepat-cepat lah bayar hutang.. jangan tangguh-tangguh. Kalau dengan bank ini lah masalahnya. Tapi kalau hutang dengan kawan-kawan tu kita kenalah beringat juga… jangan la sampai kawan-kawan ketuk pintu rumah minta bayar pulak.. alamak macam mana tu??
Jumpa lagi….
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentKejayaan itu bergantung kepada usia Anda? Saya sudah Tua…
February 24, 2007
Saya sudah tua, dah tak larat nak buat kerja.. apatah lagi nak kumpul kekayaan. Jikalah masa itu boleh diputar, saya ingin sekali kembali pada usia yang muda dahulu…
Sahabat sekelian,
Ramai rakan kita diluar sana sentiasa terburu-buru apabila ingin mengecapi kejayaan. Kita tidak boleh menyalahkan individu seperti ini. Pihak-pihak berkuasa di banyak negara di dunia juga berbuat demikian seperti contoh bersaing sesama sendiri untuk melihat bahawa negara mereka adalah negara maju.
Kita diajak supaya ‘bekerja bersama’ dengan menerapkan semangat cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kita boleh bersaing dengan sesiapa sahaja dan ianya adalah satu perkara yang baik. Dalam sesuatu permainan juga sememangnya diletakkan adanya pemenang dan pasti ada yang pengalah kalah. Bagi setiap yang memang (beberapa orang), pasti ada pula beberapa orang yang kalah.
Jika ia berlaku kepada anda, bagaimana anda menghadapi dan menerima situasi ini. Anggap sahaja anda telah kalah! Jadi apa anda rasa? Jikalau ada saudara-saudara anda yang maju lebih jauh daripada anda, jikalau perniagaan internet anda lemah dan sentiasa tergugat, jikalau pendapatan anda hari ini tidak dapat menandingan pendapatan hebat rakan-rakan anda. Apa yang anda rasa?
Jikalau mereka dah punya rumah dalam usia muda dan anda yang pertengahan usia masih lagi tercari-cari aset kekal, semakin hari usia anda semakin meningkat. Adakah sudah terlalu lewat bagi anda untuk mengecapi kejayaan?
Baiklah,
Semua ini sebenarnya menjurus kepada soalan asas iaitu dengan siapakah anda bersaing? Saya tahu ramai yang terperangkap dengan persoalan seperti ini dan kehidupan mereka masih dalam keadaan tercari-cari. Jangan lah bersaing dengan orang lain. Saya ulang, janganlah bersaing dengan orang lain.
Anda seharusnya bekerjasama dengan mereka dan sebetulnya anda harus bersaing dengan diri anda sendiri. “Mereka” itu hanyalah sebagai ukuran dan tidak lebih daripada itu.
Sudah tiba masanya untuk anda berfikir;
“Jika anda bersaing dengan diri anda sendiri dan anda kalah, siapa pula yang menang?” Fikirkan ya!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentMohamed Al Fayed - Keturunan Arab Jutawan di Britain
February 20, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu lagi kategori baru dalam blog saya ini iaitu kategori “Usahawan Berjaya”. Setiap dari kita sentiasa ingin mencapai peningkatan ekonomi dan kejayaan di dalam apa jua yang kita ceburi di dalam hidup. Terutamanya dalam bidang perniagaan.
Kali ini kita mulakan dengan Mohamed Al Fayed. Beliau telah dilahirkan di Alexandria Mesir. Beliau adalah seorang pemilik Harrods dan merupakan jutawan di Britain. Harrods adalah sebuah gedung membeli-belah yang paling terkemuka di dunia.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Al Fayed mencipta nama di Britain, ramai orang pelik dan hairan bagaimana beliau seorang pendatang, anak kepada seorang guru yang miskin boleh mengkagumkan mereka.
Beliau mula menjual berbagai-bagai jenis barangan dari minuman coca-cola ke mesin menjahit di tepi-tepi jalan di Alexandria semenjak kecil lagi. Beliau mempunyai bakat berbual semulajadi dan boleh bertutur dalam pelbagai cara untuk menarik minat orang ramai dari berbilang masyarakat, untuk membeli barangannya.
Pengalaman unik ini, yang dilalui beliau sejak usia muda lagi telah menjadikan beliau seorang yang mempunyai pelbagai personaliti; pemarah, suka berjenaka, menyakitkan hati, bersedih dan kesemua sembilan emosi asas manusia. Personaliti ini, digabungkan dengan kebolehan aneh beliau menyesuaikan diri dengan berbagai jenis keadaan telah menyumbang kepada kejayaan perdagangan komersial secara besar-besaran.
Pembaca sekelian,
Beberapa orang telah menolong beliau memajukan perdagangannya. Salah seorangnya ialah Adnan Khashoggi, seorang perniaga hartawan dari Arab Saudi yang pertama sekali menabur benih untuk Al Fayed menjadi seorang usahawan unggul. Al Fayed telah berjaya memenangi kenyakinan Adnan setelah menolong beliau di dalam pengurusan import-eksportnya.
Kemudian setelah kembalinya ke Mesir, Al Fayed memulakan aktiviti perkapalan dengan kekayaan yang telah beliau perolehi sewaktu di Arab Saudi. Pada masa inilah beliau diperkenalkan kepada Sultan Brunei, suatu titik penting di dalam kerjaya Al Fayed. Beliau telah dilantik secara rasmi sebagai penasihat kepada Sultan Brunei. Pendekatan inilah yang telah meniup semangat beliau untuk menjadi kaya suatu hari nanti seperti Sultan Brunei.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentUsia Pelaburan Anda… Berapa lama tempohnya??
February 16, 2007
Pembaca sekelian,
Hari ini kita ditawarkan atau didedahkan pelbagai program pelaburan sama ada di internet atau bukan internet, sama ada ianya sah atau tidak semuanya tumbuh umpama cendawan selepas hujan.
Kadang-kadang kita samar-samar dan tidak tahu sama ada anda adalah seorang pelabur jangka pendek? jangka sederhana? atau jangka panjang? Ada yang hanya mengejar profit semata-mata tanpa melihat jangka masa atau tempoh pelaburan tersebut. Adakah anda tahu dimanakah kedudukan anda hari ini di antara 3Â tempoh yang disebutkan?
Baiklah, biasanya tempoh-tempoh ini merujuk kepada jangka masa (penyertaan) pelaburan sebelum ianya dicairkan (dijual kepada tunai). Tempoh ini tidak tentu, ada yang satu minit sahaja atau memerlukan masa sehingga 50 tahun atau pun ia bergantung kepada berapa lama pelabur itu terus (berada dalam pelaburan - syer) bertahan.Â
Akan tetapi, adakah tempoh-tempoh ini boleh diikuti? Apakah tempoh masa yang boleh diterimapakai?
Pembaca sekelian,
Sebenarnya, tiada jangka masa yang “sesuai” atau “tidak” bagi pelaburan ini. Kesemuanya bergantung kepada matlamat dan objektif anda serta tahap anda memahami mengenai risiko, iaitu berapa banyak atau besar risiko yang boleh anda terima.
Memandangkan setiap pelabur boleh memberi pelbagai definasi tempoh sebenar pelaburannya dalam pelbagai kaedah dan cara, mari kita lihat definasi umum mengenai 3 jenis tempoh pelaburan ini.Â
Bagi tempoh pelaburan jangka masa pendek ia boleh mengambil masa 3 bulan hingga 3 tahun. Bagi pelaburan sederhana pula ianya boleh mengambil masa 3 hingga 5 tahun manakala jangka masa panjang ianya lebih dari 5 tahun.Â
Anda perlu mengetahui usia pelaburan anda supaya anda boleh merancang atau membantu dalam meletakkan matlamat peribadi dengan lebih jelas. Dengan mengenal pasti tempoh masa ini, anda boleh memilih produk pelaburan yang sesuai, memantau prestasi pelaburan (jika online lebih baik) dan paling penting dalam hal ini ialah bagaimana anda mengurus risiko pelaburan.
Anda perlu bijak mempelajari dan mengenalpastinya. Pelaburan hartanah contohnya, anda boleh lebih agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang. Kesemua ini berbeza dengan individu dengan disokong beberapa faktor.
Misalannya, seseorang yang berusia 21 tahun, beliau boleh menyertai pelaburan jangka masa panjang memandang beliau mempunyai banyak masa untuk membuat analisa atau pengubahsuaian mengenai pelaburan berisiko. Manakala bagi golongan berumur atau mencapai masa untuk bersara, anda boleh memilik produk yang kurang berisiko atau pun tempoh masa pendek kerana anda tidak mempunyai banyak masa untuk membuat penilaian dan pengubahsuaian. Syor ini bertujuan untuk mengelakkan pelaburannya tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.
Apa-apapun, umur bukanlah faktor penentu tempoh masa pelaburan anda. Anda masih lagi boleh menyertai program pelaburan jangka masa pendek atau panjang. Pemahaman mengenai risiko itu adalah penting disamping objektif pelaburan (ingin bayar hutang, contohnya), jangkaan pulangan (pulangan 570hari) ataupun anda memilih satu tarikh untuk mencairkan pelaburan anda (apabila anda memerlukan wang, anda boleh keluarkannya)
Sebagai misalan, anda berumur 35 tahun dan merancang untuk membeli rumah ke dua dalam masa setahun. Disebabkan jangka masa yang pendek, anda perlu berhati-hati dan melabur secara lebih berwaspada kerana anda hanya ada sedikit masa untuk membuat penilaian mengenai pelaburan anda sekiranya berlaku kerugian.
Fahami usia pelaburan anda dan pelajari bagaimana menangani risko pelaburan dengan bijak.
Â
Jumpa lagi,
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentKuasa Rahsia $7 Dollar - Khas Untuk Pemegang Akaun Paypal!
February 6, 2007
Jangan tinggalkan blog ini sehingga anda membaca maklumat keseluruhan yang ingin saya sampaikan kepada anda…
Pembaca sekelian,
Hari ini saya mendapat mesej dari seorang internet marketer hebat (Jon Leger) mengenai ilmu rahsia $7 Dollar beliau. Dan berita baik ini hanya untuk semua pemilik akaun paypal sahaja. (Jika anda belum memiliki akaun paypal, saya syorkan anda daftar hari ini … klik sini …)
Baiklah.. untuk pengetahuan anda, beratus orang telah memiliki rahsia $7 dollar dari Jon dan mereka telah memperolehi kembali modal (malah mendapat ganjaran lebih daripada itu) dalam beberapa minit sahaja dengan menggunakan affiliate link mereka untuk menjual $7 Secrets kepada orang lain.
Dengan mempelajari $7 Secrets ini anda mampu menjana pendapatan! Saya juga dah berjaya lakukannya!
Saya syorkan anda dapatkan laporan $7 Secrets hari ini juga!
P.s: Jika anda merupakan bukan pengguna Paypal, saya syorkan anda daftar segera hari ini kerana banyak kelebihan yang anda akan perolehi dengan hanya memiliki satu akaun PAYPAL!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentJepun Bangkit dari Sengsara!
February 5, 2007
Pembaca sekelian,
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana orang Jepun mampu bangkit kembali daripada kehancuran Perang Dunia Kedua untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi yang unggul hari ini? Saya masih teringat ketika zaman remaja saya masih ragu-ragu terhadap barangan Jepun. Hari ini seakan-akan agak sukar bagi kita untuk hidup tanpa sebarang barangan Jepun di dalam rumah kita. Perkara ini bukan hanya berlaku di negara kita sahaja malah seluruh dunia.
Orang Jepun tidak mencipta kereta. Tidak juga mereka mencipta kamera, peti sejuk, televisyen, penyaman udara, mesin basuh, pencuci hampagas, filem foto, atau set muzik fideliti tinggi (hi fi music systems). Malah mereka tidak mencipta banyak benda pun.
Apa yang mereka lakukan hanyalah ‘meniru’, menghalusi dan memperbaiki barangan yang sedia ada. Mereka menggunakan “pemikiran berdaya cipta” ke atas barangan yang sedia ada dan lihatlah betapa berjayanya mereka teah menjadi kini.
Barangkali apabila anda membaca apa yang akan saya beritahu anda sekarang, anda mungkin mendapati bahawa “keajiban ekonomi” Jepun mungkin bukanlah suatu “keajiban” sebenarnya. Masanobu Tsuji, perancang Perang Dunia Kedua, telah merancang serangan 100hari terhadap Asia Timur dan Australia untuk mendapatakan sumber minyak dan galian lain rantau ini.
Apabila beliau menjangka bahawa Jepun tidak mungkin menang kerana sumber ketenteraan miliknya tidak bersepadanan dengan keperluannya, beliau kembali ke Jepun dan sebenarnya telah merancang kekalahan Jepun secara ketenteraan. Kemudian beliau telah merancang pula peperangan 100 tahun Jepun dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Kita mungkin tidak menyedarinya tetapi kita kini sebenarnya sebahagian daripada suatu perancangan yang lahir daripada kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
Kesimpulan: Jika anda punya produk dalam perniagaan, sentiasalah perbaiki kualiti dan mutu produk anda. Tidak salah ‘meniru’ jika ia boleh menghasilkan sesuatu yang membanggakan. Kita mesti tunjukkan produk Malaysia juga setanding produk luar negara. Tidak perlu guna bahasa itali, jepun atau sebagainya. Jika anda yakin, dengan menggunakan jenama berbahasa Melayu pun ia boleh memperlihatkan kekayaan idea anda.
“Apabila seseorang pemanah tidak mengenai sasarannya, ia menoleh dan mencari kesilapan pada dirinya sendiri. Kegagalan untuk mengenai pusat sasaran bukanlah salah sasaran. Untuk memperbaiki bidikan anda- perbaikilah diri anda sendiri.” - Gilbert Arland.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content










