Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun! Dont Miss It!

January 19, 2007

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:
awaltahun.png
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Akhir Tahun:

akhir_tahun.jpg
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Apa yang anda faham dengan Risiko Pelaburan?

January 19, 2007

Malam tadi saya baru sahaja berjumpa dengan seorang senior yang berkecimpung dalam bidang pelaburan di Malaysia dan Luar Negara. Yang bagusnya adalah beliau amat senang untuk berkongsi pengalaman beliau dalam bidang pelaburan mengenai saat mengalami untung dan rugi.

Jadi amatlah sesuai jika saya berkongsi ilmu ini dengan anda kerana secara asasnya masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana anda boleh mengurangkan risiko atau dalam bahasa mudah memahami risiko pelaburan.

Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?

Salah satu bentuk risiko dinamakan ‘risiko asas’ yang meliputi semua jenis pelaburan. Anda perlu ketahui bahawa risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan  di Malaysia mahupun luar negara dan ia dipengaruhi oleh tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukan syarikat dalam arus persaingan pasaran.

Bagaimana cara terbaik? Ya! Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio anda ialah dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain syarikat, dalam industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelas aset yang sama.

Contoh, jika anda membuat pelaburan jangka masa panjang seperti 450 hari untuk mendapatkan pulangan pelaburan, anda juga perlu mempelbagaikan dengan melihat kelas aset yang sama.

Seterusnya, jika kita ingin membuat pelaburan, kita mestilah memahami risiko teknikal atau turut dikenali sebagai risiko pasaran. Risiko ini pula berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda mempunyai pelaburan. Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi seperti kitaran perniagaan, inflasi dan pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu tempoh tertentu ekonomi, pasaran pelaburan persisir pantai mungkin mempunyai prestasi lebih baik berbanding pasaran saham. Untuk menguruskan risiko pasaran, bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu mempelbagaikan pelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi keadaan ekonomi negara  atau luar negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.

Ada satu lagi risiko yang perlu anda hadapi iaitu risiko kadar faedah. Biasanya ramai mengandaikan bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaran bon. Ini tidak benar kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada pasaran saham. Memang benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lain faktor langsung. Yang perlu diingat kesan gerakan kadar faedah mempunyai kesan terbalik bukan macam bon. Anda sebagai pelabur harus bijak dengan memilih kadar faedah tetapi dalam keadaan masa yang sama meminimakan jangka masa pelaburan.

Pembaca sekelian,

Risiko inflasi juga sebenarnya memberikan anda gambaran sebenar bagaimana anda boleh memperolehi keuntungan. Apa itu risiko inflasi? Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang bergerak pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini bermaksud kuasa beli mestilah dapat menguasai kadar inflasi dalam jangka masa tertentu. Faktor-faktor yang mewujudkan inflasi juga harus diambil kira agar anda tidak tersilap langkah membuat pelaburan.

Satu lagi perkara penting yang selalu bermain dalam kotak fikiran pelabur, berapa lamakah saya boleh menukar aset pelaburan saya kepada nilai penuh wang tunai. Anda berhak memilih sama ada dengan pelaburan minima USD1,000 dalam masa 450 hari atau USD1,000 dalam masa 100hari atau RM1000 dalam masa 350hari?  Simpanan di bank adalah antara risiko kecairan paling rendah manakala pelaburan persisir pantai pula mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham dan unit amanah juga mempunyai kecairan yang baik kerana, selepas menjualnya, anda hanya perlu menunggu beberapa hari (bekerja) sahaja untuk mendapat wang anda. Semua ini terpulang kepada anda.

Maklumat lanjut mengenai panduan pengurusan, sila email ke noorizam[at]zetro.com.my (gantikan [at] kepada @)

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Perancangan Kewangan Anda bermula disini…

January 17, 2007

Selamat pagi semua,

Sejak beberapa kebelakangan ini, ramai pula yang menghantar email kepada saya meminta nasihat kewangan. Untuk pengetahuan anda, saya ini bukan la pakar profesional untuk memberikan nasihat kewangan. :)

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini saya mampu mengawal kewangan saya dengan baik setelah saya mempraktikkan dari beberapa buku panduan disamping pengalaman. Terima kasih kepada semua yang menghantar email kepada saya, diharap anda semua berpuashati dengan isi maklumat yang saya balas kepada anda dan yakin lah jika anda rajin menuntut ilmu dan memahami kepentingan ilmu, insyaAllah rezeki anda ada dimana-mana.

Pembaca sekelian, 

Saya ingin bertanya kepada anda, mengapa kita perlu membuat pelan kewangan individu? Jika anda pernah membaca tulisan saya dalam ebook motivasi “Gerak hati motivasi minda” .. anda akan terjumpa perkataan mengenai matlamat. Jika anda inginkan kejayaan anda mestilah berusaha. Tidak kira sama ada hendak pergi ke laut menangkap ikan atau ingin melangsungkan perkahwinan, semuanya mestilah memerlukan perancangan dengan sebaiknya. Begitu juga jika anda ingin membuat pelaburan. 

Anda yang matang berfikir, bijak dan pandai selalu tahu bagaimana untuk membuat perancangan. Kita bukan merancang untuk gagal tetapi kenapa terlalu ramai dikalangan kita ini yang gagal untuk merancang. Jadi tidak hairanlah jika setiap bulan anda tidak cukup wang untuk menyara kehidupan anda. Walaupun bekerja 10 tahun, anda masih lagi kesempitan wang. 

Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Ada beberapa individu bertanya bagaimana saya boleh melabur? STOP!

Sebelum anda meneruskan sebarang pelan pelaburan, anda perlu menilai kedudukan kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan yang perlu dan simpanan yang ada, supaya anda boleh membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung dan dilaburkan. Mungkin buat masa ini anda berbelanja sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang tinggal pada setiap hujung bulan. 

Saya akan sambung lagi pada post yang akan datang.. rajin-rajin la menjenguk dan menghantar komen di sini ok… jumpa lagi…

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Konflik di Tempat kerja.. apa yang anda lakukan?

January 16, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi panduan dengan anda khususnya mereka yang bekerja dengan majikan bagaimana anda boleh tangani konflik ditempat kerja. Biasalah, bila kita sudah dibebankan dengan kerja  yang menimbun, tidak mustahil kita akan berselisih faham dengan rakan sekerja.

Saya teringat kisah dimana saya bekerja dengan sebuah syarikat pemasaran di Melaka dimana ada satu ketika, pergeseran berlaku sehingga saya mengambil keputusan berhenti kerja. Jika kita pandai atasi konflik, perkara yang besar boleh diselesaikan, akan tetapi jika sebaliknya ia akan membuatkan anda mengambil keputusan meletakkan jawatan. (Inilah yang dialami oleh saya, sehingga majikan menawarkan kerja semula kepada saya, saya tetap dengan keputusan tidak akan kembali lagi.. )

Akan tetapi sebenarnya, konflik boleh diselesaikan (sebelum ke tahap meletak jawatan). Pertama sekali, jika anda sedang berkonflik dengan rakan sekerja, pastikan anda mengelak dari bersua dengannya. Saya tahu ramai yang amalkan cara ini. Yelah.. daripada isu menjadi lebih besar, baik anda jauhkan diri dari mereka. Kaedah mengelak ini sebenarnya mendekatkan anda dengan sifat bertolak ansur. Contohnya, jika ada pihak yang menyindir, pihak yang disindir tidak mempedulikan dan terus meninggalkannya.

Jika anda seorang yang tidak berkeyakinan tinggi, kaedah bertolak ansur adalah kaedah yang terbaik. Cara ini bukanlah cara yang boleh mendatangkan kejayaan dalam menghadapi konflik, kecuali anda tahu konflik tersebut boleh diselesaikan tidak lama lagi.

Secara keseluruhannya, anda sebenarnya perlu ingat bahawa perkara-perkara yang kita tidak suka dalam diri orang lain, sepatutnya tidak ada dalam diri kita. Kini saya sedar, jika saya dahulu seorang yang panas baran, saya harus mengawal emosi. Sekarang alhamdulillah, dengan usaha mengubah sikap, saya dapat bersikap lebih terbuka dan menerima kritikan. Jika anda mempunyai masalah seperti ini, belajarlah untuk mengurus diri anda. Belajar strategi-strategi untuk bertenang jika anda seorang yang cepat marah, atau tingkatkan keyakinan diri jika anda seorang yang pemalu.

Cuba elakkan daripada bersikap emosional, kerana emosi sering kali memburukkan keadaan.

Sebelum anda menghabiskan membaca ilmu ini, mari saya kongsikan beberapa mutiara kata dari hamka untuk anda jadikan renungan. :)

 “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”

“Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya”

 

Semoga anda dapat bermacam maklumat di blog saya ini.. Selamat menyambut Awal Muharram pada 20hb Jan 2006!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Tidak Boleh Tidak Boleh!

January 12, 2007

“Aduihhhhh.. setiap bulan saya tak cukup duit.. mana saya nak cekau duit! arghhhh”

“Ala, org tu banyak duit boleh laa.. saya kerja dah la gaji kecik.. nak menyimpan apatah lagi”

“Orang tu boleh buat sebab diorang pandai, saya? dah la tak ada pengalaman.. saya memang tak boleh!”

Fikirkan tidak boleh!
Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa “Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal”. Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata “Yes I can!… Yes I can!”.

Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan “tidak boleh” kepada “Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!”.

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan “Fikirkan Tak Boleh”

Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda sendiri. Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka, begitulah cara anda akan fikirkan tentang
keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.
Amacam? Boleh ke Tak Boleh?   ;)

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Islam, Sains dan Teknologi

January 10, 2007

Firman Allah s.w.t dalam surah al-’Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saudara sekelian,

Dunia hari ini kalau kita tengok banyak sungguh perkembangan dari segi teknologi dan sainsnya. Cuba kita lihat di kedai dan pusat membeli belah. Barangan seperti telefon bimbit, komputer, internet, perkhidmatan 3G, kini orang kata dah jadi seperti keperluan asasi manusia.

Cuba anda bayangkan, ketika tahun 1942 semasa perang dunia ke-2 adakah anda terbayang wajah kota suci Mekah? Tahukah anda orang melayu kita dahulu boleh sampai ke mekah dalam beberapa masa? Hari ini, dengan kemudahan internet betapa mudahnya kita boleh mengetahui mengenai perjalanan haji, melontar jamrah, membuat umrah malah nak tengak bagaimana rupanya mekah amat mudah sekali. Hanya satu klik kita “telah sampai” ke Mekah.

Bagaimanapun, adakah kita terfikir atau bertanya mengapakah ilmu sains dan teknologi diberikan kepada kita? Hakikatnya ilmu ini bukanlah hasil daripada ciptaan manusia tetapi adalah anugerah kepada kita melalui ilham untuk kita mencari ilmu dan mencipta pelbagai kemudahan untuk diri kita sendiri. Fikirkan itu….

Kalau kita membaca buku-buku sejarah islam, sememangnya sudah tercatat lembaran sejarah dunia mengenai kecemerlangan pencapaian ilmu duniawi dah ukhrawi oleh umat islam pada zaman dahulu.

Penemuan pelbagai bidang ilmiah daripada sains, geografi, matematik dan beberapa bidang lain oleh para sarjana Islam ternyata ianya diiktiraf oleh seluruh dunia termasuk orientalis dan Barat.

Mungkin di sekolah-sekolah, nama kelas anda di beri nama seperi kelas Al-Farabi, Abu Rayhan Al Biruni, Ibnu Sina, Ibnu Arabi, Muhammad Abduh dan sebagainya. Sebenarnya itulah nama tokoh tokoh islam yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Cuma yang sedihnya adalah.. hari ini kita tidak lagi peka dengan ilmu. Semua nak fikir cepat. Taknak belajar. Taknak membaca. Tidak mahu mendengar kata.

Amat malang bagi kita, jika kita terus mengabaikan ilmu pengetahuan dan akhirnya kita dijadikan ’senjata’ oleh musuh-musuh kita untuk memusnahkan budaya dan sosial kita hari ini.

Lebih malang lagi, jika ada individu menggunakan ilmu untuk ‘mencederakan’ pemikiran dan untuk perluasan kuasa. Jadi ingatlah.. jika anda boleh berubah .. tuntutlah ilmu..

Jangan cepat membuat persepsi kepada apa juga yang ada disekeliling anda sebelum anda pelajari dan mengetahuinya. Jasmani kita hari ini tidak lagi 100% menggambarkan rohani kita. Fikirkan…

Melayu boleh!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »