Loteri Zaman Moden..Antara Harus dan Haram

January 31, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Kita sedia maklum pandangan Islam berkaitan loteri. Tetapi sekarang terdapat pelbagai jenis loteri. Dalam dunia perniagaan sekarang, loteri dimasukkan untuk menarik pelanggan. Sebagai contohnya di pameran komputer, dan pameran perdagangan; tetapi para pelanggan tidak perlu membayar apa-apa.

Di internet pula, terdapat juga loteri-loteri percuma, kita cuma perlu memberikan alamat e-mel, bukan wang. Begitu juga, terdapat loteri-loteri yang bermotifkan kebajikan.

Akan tetapi, bila kita sebut sahaja loteri, ianya pasti akan dikaitkan dengan judi. Permainan sms meneka harga produk di internet atau di televisyen dan sebagainya menjadi satu topik hangat yang pernah dibincangkan. Apabila kita mengatakan soal judi, mereka yang beragama islam pasti arif dan jelas hukumnya haram.

Apakah itu judi? Judi adalah perbuatan mengambil wang daripada seseorang, dan memberikannya kepada orang lain atas dasar nasib. Syariah tidak membenarkan kita memperolehi keuntungan dan kerugian sebegini. Syariah juga tidak mengizinkan pengagihan semula pendapatan atau wang tersebut kepada orang lain kerana tidak terdapat asas yang sah melakukannya.

Asas-asas yang sah bagi mendapatkan sesuatu harta adalah melalui jual beli barangan dan perkhidmatan (termasuk jual beli epoint) dan perkembangan harta yang dimiliki, seperti pertambahan ternakan.

Memberi hadiah atas dasar nasib, loteri atau cabutan adalah diharuskan kerana tidak berlaku sebarang pertukaran dalam urusannya. Hanya satu pihak memberi hadiah kepada pihak lain yang bernasib baik.

Adalah juga harus bagi para peniaga memberi hadiah kepada pelanggan mereka tanpa sebarang syarat membeli sesuatu barang atau syarat membeli dengan harga biasa, tanpa meningkatkan peluang pelanggan memenangi hadiah.

Pakar-pakar psikologi berhujah menyatakan seseorang boleh ketagih judi. Pandangan ini boleh menyebabkan perjudian percuma di internet dan lain-lain termasuk dalam kategori haram, tetapi saya menganggap perbuatan ini termasuk dalam kategori perkara yang amat dibenci, kecuali seseorang yakin seratus peratus dia tidak akan menjadi ketagih dan terjebak secara tidak langsung dalam ‘ruang haram’ melalui perjudian percuma itu.

Mari kita lihat contoh sebenar perjudian yang diharamkan semasa turun wahyu mengenainya terhadap orang-orang arab zaman dahulu di Mekah dan sekitarnya.

Bentuknya seakan-akan pemurah; Mereka akan menyembelih seekor unta untuk dimakan dan dibahagi-bahagikan kepada orang miskin, dan mereka akan memutarkan roda judi untuk menentukan siapakah yang perlu membayar makanan itu. Ini diharamkan. Sebab itu, kebajikan sebagai objektif perjudian tidah diharuskan. Ia adalah haram kerana matlamat itu tidak menghalalkan cara.

 Jumpa lagi…

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Loteri Zaman Moden..Antara Harus dan Haram”

  1. hapisol on February 2nd, 2007 11:42 am

    Ya Allah, semoga saya tidak terlibat dgnnya.
    walaupun hati ini nak jadi kaya.

  2. Noorizam Shah on February 5th, 2007 9:02 am

    niat kerana Allah taala

  3. reezluv on August 7th, 2007 11:33 pm

    kadang-kadang tanpa kita sedari kita pun memperjudikan macam-macam perkara..

Got something to say?