Cara mengurus kewangan yang salah!

January 29, 2007

Bertemu lagi hari ini..

Minggu lepas saya ada seorang rakan berjumpa dengan saya meminta pendapat mengenai masalah peribadinya. Beliau memaklumkan bahawa dia ingin mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan alasan menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

Setelah berbincang dengannya, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengekalkan jawatan. Itu pun setelah saya menasihat beliau jika berhenti maka lagi teruklah keadaannya.

Sebenarnya, apa yang terjadi kepada rakan saya ini, ianya juga pernah berlaku kepada saya sendiri malah setiap orang melaluinya. Betul tak? Ini bukanlah disebabkan faktor gaji pokok atau gaji anda cukup-cukup makan. Kawan saya yang bergaji RM3000 sebulan pun masih lah berada dalam keadaan sesak nafas setiap bulan, inikan mereka yang gaji RM800 sebulan!

Jika anda mempunyai masalah kewangan yang kritikal, seharusnya anda mengkaji sebab musabab kenapa ianya berlaku kepada diri anda.

Saya mempunyai kisah seorang rakan dimana, beliau ini adalah seorang kerani bergaji RM1000 sebulan. Beliau mempunyai sebuah kereta, suka membeli belah, menonton wayang dan bersiar-siar hingga larut malam. Anda sendiri boleh bayangkan, seorang yang berpendapatan sebulan RM1000 memiliki gaya hidup seperti ini. Adakah dia seorang yang pandai menguruskan kewangan? Jika dia biasa hidup mewah atau sentiasa mengikut trend, dia akan sedaya upaya akan mengekalkanya walaupun ketika menghadapi masalah kewangan. Jadi kenapa tidak dia terus berbelanja!

Inilah kesilapan yang berlaku. Bila tidak cukup duit atau kehabisan duit gaji, mula la dia merungut gaji tak cukup la, itu la ini la… Tapi bila kita menasihat dengan selamba dia menjawab menggunakan moto tahunan nya iaitu “hidup ini mudah sahaja. Kerja keras dan berbelanja besar“. Tidak ada siapa yang mengajar dia menguruskan kewangan dan dia pula langsung tidak mengambil berat untuk belajar atau meminta bantuan. Alangkah kasihan bagi mereka yang tidak suka menuntut ilmu.
Pembaca sekelian,

Jika anda juga berada dalam situasi kawan saya ini, maka nasihat saya yang terbaik, dapatkanlah nasihat dan bantuan dari rakan-rakan atau mereka yang berpengalaman. Jangan keraskan hati anda untuk tidak mendengar pandangan dan pendapat orang lain. Setiap saat yang berlalu, jika anda tidak ambil tindakan, pasti jawapannya adalah satu kerugian yang amat besar. Perjalanan hidup kita ini amat memerlukan wang.

Langkah paling besar yang boleh diambil ialah menyedari diri kita mempunyai masalah tersebut dan cari jalan atau dapatkan bantuan untuk mengatasinya.

Untuk mereka yang “mabuk berbelanja”, mari kita sambut Tahun 2007 ini dengan membuat resolusi untuk merancang perbelanjaan dan menguruskan hutang dengan lebih baik. 
 
Berminat ketahui peluang menjana pendapatan hebat dan mengurus kewangan serta hutang? email saya di noorizam[at]zetro.com.my (gantikan [at] kepada @)

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Cara mengurus kewangan yang salah!”

  1. hapisol on January 29th, 2007 2:33 pm

    tq for info.
    alhamdulillah,
    setakat hari ni, saya belum lagi mengalami pengalaman spt di atas.
    cuma kadangkala tertunggu-tunggu bila nak “financial free” mcm irfan khairi dan pakar-pakar IM malaysia.

  2. Noorizam Shah on January 29th, 2007 4:33 pm

    pandai2 lah merancang.. manusia nih lemah dek kerana hasutan dan nafsu … so pandai2 lah mengawalnya… :)

  3. reezluv on July 21st, 2007 12:12 am

    kalau tidak memikirkan masa depan atau apa yang bakal dihadapi nanti memang pembaziran mudah berlaku.So gunakan duit dengan baik semoga tidak membazir kepada yang tidak perlu.

    Saya agak terpana dengan kata-kata salah seorang kawan saya..beli apabila perlu..pikirkan sama ada keperluan atau kehendak?kalau kehendak..batalkan saja..senang bukan?:)

  4. eja on September 18th, 2008 3:43 pm

    kadang2 tu manusia ni cepat lupe diri.bile nmpk duit lupe daratan….bile hutang dh menimbun barulah tengadah…

Got something to say?