Dr. Fazley Yaakob - Pencetus Motivasi

January 26, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti topik terdahulu saya pernah berkongsi maklumat bersama anda tokoh-tokoh melayu boleh Malaysia. Hari ini sebagai menunaikan hasrat anda, ingin saya berkongsi dengan anda seorang lagi tokoh yang saya rasa baik untuk kita contohi sebagai pencetus semangat.

Dr. Fazley Yaakob atau nama penuhnya Dr. Ahmad Fadzli Yaakob dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan (Senegeri dengan saya.. hehehe) pada 18 April 1978 telah mencipta banyak kejayaan dalam pelbagai bidang. 

Beliau kini menyandang jawatan sebagai Vice President/Pengarah Eksekutif di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur ketika umurnya masih lagi belum mencecah 30 tahun. Ketokohan beliau telah melayakkan beliau menerima anugerah di istana seperti A.D.K dan A.M.K

Beliau pernah di nobatkan sebagai salah seorang Belia Cemerlang Negara dan dipilih sebagai calon akhir bagi kategori kerjaya untuk anugerah Duta Belia Negara 2004

Soal kerjayanya dalam industri seni tidak perlu lagi dipertikaikan kerana hampir semua rakyat Malaysia mengenali beliau.

Kepada anda, jika anda tidak minat pada muziknya, tetapi minatlah pada akedemik dan ketokohannya..

Jadi hari ini saya catatkan dalam blog dengan ini bahawa Dr. Fazley Yaakob adalah Melayu Boleh seterusnya. Jumpa lagi…

p.s: maklumat lebih lanjut mengenai Dr Fazley Yaakob boleh la klik di sini

Popularity: 16% [?]

Sphere: Related Content

Comments

8 Responses to “Dr. Fazley Yaakob - Pencetus Motivasi”

  1. hapisol on January 26th, 2007 11:57 am

    saya pun jadikan beliau sbg sumber motivasi. bakat nyayian beliau pun hebat, mendapat phd di usia yg muda dan tokoh koprat muda.

    dulu saya minat ayah beliau, kerana menjadi “ajk old boy’s sekolah saya”, setiap kali berjumpa dlm meeting/reunion beliau banyak kongsikan ilmu kejayaan hidupnya.
    kini, anaknya pula.

  2. Noorizam Shah on January 26th, 2007 12:17 pm

    hapisol.. saya amat respek dengan Dr Fazley nih pasal ketokohan dia dalam akademik … dalam usaha muda berusaha belajar sehingga peringkat PHD.

    kagum saya..

  3. soulof99 on January 28th, 2007 3:00 am

    Sy pon nak mengaku sensegeri lah.. hehe… tapi mmg sy tak brp minat dgn kerjaya seni beliau, tapi kejayaan2 beliau yg lain mmg memberi sedikit inspirasi kpd saya. Kira saya mmg salut beliau lah…

  4. Noorizam Shah on August 1st, 2007 3:08 pm

    lama-lama minat la kot.. hehe

  5. abdfatah on August 22nd, 2007 8:53 pm

    pelbagai bidang yang boleh diceburi skiranya dapat memanfaatkan spnuhnya peluang yang ada. sekiranya dah nampak peluang, apa jua yang ingin dilaksanakan akan dapat digerakkan dengan lebih mudah brbanding hanya bergantung pada satu2 kerjaya semata-mata…

  6. angenz on June 4th, 2008 9:45 am

    sape tahu camne nk invite dr fazly untuk motivasi?

  7. Noorizam Shah on June 4th, 2008 10:23 am

    Anda boleh rujuk disini : http://www.fazley.com/contact.html

  8. darleen on June 12th, 2008 4:58 pm

    bagaimana sy nak berhubung secara personal dgn dr fazley..melalui emel ..sbb sy amat memerlukan motivasi serta pendapat beliau utk langkah saya seterusnya utk meneruskan pengajian sy…harap dpt feedback

Got something to say?