Ebook 101 Cara Promosi

January 23, 2007

Salam sejahtera semua,

Ramai org inginkan perniagaan mereka berjaya, apa sahaja yang ingin kita lakukan untuk mendapatkan pulangan, kita mestilah tahu strategi. Walau segah mana pun perniagaan anda, jika anda tidak ketahui bagaimana cara untuk mempromosi perniagaan anda, silap hari bulan anda boleh bungkus.

Jika anda hilang hari ini, banyak website-website berasaskan perniagaan internet tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Untuk memiliki perniagaan internet yang berjaya, anda perlulah mengetahui bagaimana cara mempromosi perniagaan anda. Mungkin anda sebagai usahawan internet sering didedahkan kepada hanya beberapa cara promosi sahaja seperti Enjin pencari, Direktori, Iklan banner, Email, Blog, Forum, Affiliate dan Pay-Per-Click. Sebenarnya banyak lagi cara promosi yang berkesan yang tidak didedahkan oleh jutawan-jutawan Internet dunia.
Dr. Irfan Khairi sebelum ini pernah menulis sebuah buku bertajuk “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” hari ini menerbitkan sebuah lagi produk iaitu ebook bertajuk “101 cara promosi” kali ini hadir dengan berkongsi teknik-teknik promosi yang di amalkan oleh kebanyakan jutawan internet dunia.

Pembaca sekelian,

Lebih banyak anda mencuba promosi dalam perniagaan, lebih hampir anda kepada kejayaan. Jangan risaukan jika anda gagal dalam mempromosi. Gunakan pelbagai medium untuk melihat potensi promosi anda. Ini adalah kerana dalam perniagaan dan kejayaan, segalanya adalah mengikut kebarangkalian (probability).

Sekiranya anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa teknik promosi yang berjaya adalah rendah.

Bayangkan sekiranya anda mengetahui 101 teknik promosi. Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai adalah amat tinggi.

Perbanyakkan cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan anda adalah tinggi. Jangan mengharapkan 2-3 teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah rendah.

94% perniagaan Internet gagal dalam tahun pertama (begitu juga dengan perniagaan bukan Internet!). Sebab utamanya adalah kurangnya promosi. JANGAN jadikan perniagaan Internet anda sebahagian dari statistik ini.

Dapatkan ebook ini hari ini, agar anda tidak ketinggalan untuk mempelajari teknik mempromosi dengan berkesan.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

8 Responses to “Ebook 101 Cara Promosi”

  1. hapisol on January 23rd, 2007 11:45 am

    tq for info.
    saya dah memilikinya,
    peh, rupa banyak cara utk kita promosikan produk kita.
    sbg newbie, anda pasti rugi jika tidak memiliki ebook dr irfan khairi ini.

  2. Noorizam Shah on January 23rd, 2007 11:53 am

    yup.. Dr irfan Khairi memang sentiasa ada idea baru.. that’s why la ramai yang meminati cara dia berkongsi maklumat. Dia juga salah seorang ‘pemberi idea’ dalam saya menjalankan perniagaan internet saya. :)

  3. hud on January 24th, 2007 1:19 am

    mcm best je nie. try download la

  4. Mohd Sufian on January 24th, 2007 6:18 pm

    Memang betul tu. Dr Irfan memang seorang pencetus idea.

  5. Maizul on January 24th, 2007 11:29 pm

    Tentu menarik ebook tersebut… patut beli ni.

  6. Noorizam Shah on January 25th, 2007 10:35 am

    memang saya syorkan ebook ini.. sesuai untuk newbies..

  7. Saya on January 27th, 2007 9:34 pm

    boleh saya tanya sikit mengenai eaindex.dah disahkan halal ke pelaburan eaindex ni?

  8. reezluv on July 19th, 2007 5:39 pm

    memang best kalau otai yang buat buku tu..huhu..bila la dapat wat buku camtu..

Got something to say?