Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun! Dont Miss It!
January 19, 2007
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
5 Responses to “Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun! Dont Miss It!”
Got something to say?





















































terima kasih atas peringatan ini.
selamat tahun baru hijrah.
apa azam anda?
Terima kasih Noorizam. Semuga kita sama2 menghayati erti penghijrahan agar memberi sinar & dimensi baru bagi mengharungi hari mendatang dengan lebih jaya lagi.
Hapisol : azam tahun baru ini saya ingin terus mencapai matlamat saya untuk bergelar insan yang bebas kewangan dan mampu berkongsi ilmu dengan mereka yang memerlukan.
JimieRay : sama-sama. Agar kita lebih menghayati Awal Muharram ini walaupun kita terus disogok dengan pelbagai agenda dalam kalendar masihi. Semoga kita akan terus dirahmati Allah hendakNYA. InsyaAllah.
[…] seronoknya muda mudi sebelum solat Maghrib membaca doa akhir tahun dan kemudian sehabis solat membaca pula doa awal tahun? Ini tahun baru kita. Kita patut […]
setahun yang berlalu penuh dengan suka dan duka… selamat datang tahun baruuuuuu…