Apa yang anda faham dengan Risiko Pelaburan?

January 19, 2007

Malam tadi saya baru sahaja berjumpa dengan seorang senior yang berkecimpung dalam bidang pelaburan di Malaysia dan Luar Negara. Yang bagusnya adalah beliau amat senang untuk berkongsi pengalaman beliau dalam bidang pelaburan mengenai saat mengalami untung dan rugi.

Jadi amatlah sesuai jika saya berkongsi ilmu ini dengan anda kerana secara asasnya masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana anda boleh mengurangkan risiko atau dalam bahasa mudah memahami risiko pelaburan.

Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?

Salah satu bentuk risiko dinamakan ‘risiko asas’ yang meliputi semua jenis pelaburan. Anda perlu ketahui bahawa risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan  di Malaysia mahupun luar negara dan ia dipengaruhi oleh tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukan syarikat dalam arus persaingan pasaran.

Bagaimana cara terbaik? Ya! Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio anda ialah dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain syarikat, dalam industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelas aset yang sama.

Contoh, jika anda membuat pelaburan jangka masa panjang seperti 450 hari untuk mendapatkan pulangan pelaburan, anda juga perlu mempelbagaikan dengan melihat kelas aset yang sama.

Seterusnya, jika kita ingin membuat pelaburan, kita mestilah memahami risiko teknikal atau turut dikenali sebagai risiko pasaran. Risiko ini pula berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda mempunyai pelaburan. Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi seperti kitaran perniagaan, inflasi dan pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu tempoh tertentu ekonomi, pasaran pelaburan persisir pantai mungkin mempunyai prestasi lebih baik berbanding pasaran saham. Untuk menguruskan risiko pasaran, bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu mempelbagaikan pelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi keadaan ekonomi negara  atau luar negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.

Ada satu lagi risiko yang perlu anda hadapi iaitu risiko kadar faedah. Biasanya ramai mengandaikan bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaran bon. Ini tidak benar kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada pasaran saham. Memang benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lain faktor langsung. Yang perlu diingat kesan gerakan kadar faedah mempunyai kesan terbalik bukan macam bon. Anda sebagai pelabur harus bijak dengan memilih kadar faedah tetapi dalam keadaan masa yang sama meminimakan jangka masa pelaburan.

Pembaca sekelian,

Risiko inflasi juga sebenarnya memberikan anda gambaran sebenar bagaimana anda boleh memperolehi keuntungan. Apa itu risiko inflasi? Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang bergerak pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini bermaksud kuasa beli mestilah dapat menguasai kadar inflasi dalam jangka masa tertentu. Faktor-faktor yang mewujudkan inflasi juga harus diambil kira agar anda tidak tersilap langkah membuat pelaburan.

Satu lagi perkara penting yang selalu bermain dalam kotak fikiran pelabur, berapa lamakah saya boleh menukar aset pelaburan saya kepada nilai penuh wang tunai. Anda berhak memilih sama ada dengan pelaburan minima USD1,000 dalam masa 450 hari atau USD1,000 dalam masa 100hari atau RM1000 dalam masa 350hari?  Simpanan di bank adalah antara risiko kecairan paling rendah manakala pelaburan persisir pantai pula mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham dan unit amanah juga mempunyai kecairan yang baik kerana, selepas menjualnya, anda hanya perlu menunggu beberapa hari (bekerja) sahaja untuk mendapat wang anda. Semua ini terpulang kepada anda.

Maklumat lanjut mengenai panduan pengurusan, sila email ke noorizam[at]zetro.com.my (gantikan [at] kepada @)

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Apa yang anda faham dengan Risiko Pelaburan?”

  1. MOHD ZAIN FAISAL on November 17th, 2008 12:36 am

    bahasa melayu

Got something to say?