Perancangan Kewangan Anda bermula disini…

January 17, 2007

Selamat pagi semua,

Sejak beberapa kebelakangan ini, ramai pula yang menghantar email kepada saya meminta nasihat kewangan. Untuk pengetahuan anda, saya ini bukan la pakar profesional untuk memberikan nasihat kewangan. :)

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini saya mampu mengawal kewangan saya dengan baik setelah saya mempraktikkan dari beberapa buku panduan disamping pengalaman. Terima kasih kepada semua yang menghantar email kepada saya, diharap anda semua berpuashati dengan isi maklumat yang saya balas kepada anda dan yakin lah jika anda rajin menuntut ilmu dan memahami kepentingan ilmu, insyaAllah rezeki anda ada dimana-mana.

Pembaca sekelian, 

Saya ingin bertanya kepada anda, mengapa kita perlu membuat pelan kewangan individu? Jika anda pernah membaca tulisan saya dalam ebook motivasi “Gerak hati motivasi minda” .. anda akan terjumpa perkataan mengenai matlamat. Jika anda inginkan kejayaan anda mestilah berusaha. Tidak kira sama ada hendak pergi ke laut menangkap ikan atau ingin melangsungkan perkahwinan, semuanya mestilah memerlukan perancangan dengan sebaiknya. Begitu juga jika anda ingin membuat pelaburan. 

Anda yang matang berfikir, bijak dan pandai selalu tahu bagaimana untuk membuat perancangan. Kita bukan merancang untuk gagal tetapi kenapa terlalu ramai dikalangan kita ini yang gagal untuk merancang. Jadi tidak hairanlah jika setiap bulan anda tidak cukup wang untuk menyara kehidupan anda. Walaupun bekerja 10 tahun, anda masih lagi kesempitan wang. 

Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Ada beberapa individu bertanya bagaimana saya boleh melabur? STOP!

Sebelum anda meneruskan sebarang pelan pelaburan, anda perlu menilai kedudukan kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan yang perlu dan simpanan yang ada, supaya anda boleh membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung dan dilaburkan. Mungkin buat masa ini anda berbelanja sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang tinggal pada setiap hujung bulan. 

Saya akan sambung lagi pada post yang akan datang.. rajin-rajin la menjenguk dan menghantar komen di sini ok… jumpa lagi…

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?