Konflik di Tempat kerja.. apa yang anda lakukan?

January 16, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi panduan dengan anda khususnya mereka yang bekerja dengan majikan bagaimana anda boleh tangani konflik ditempat kerja. Biasalah, bila kita sudah dibebankan dengan kerja  yang menimbun, tidak mustahil kita akan berselisih faham dengan rakan sekerja.

Saya teringat kisah dimana saya bekerja dengan sebuah syarikat pemasaran di Melaka dimana ada satu ketika, pergeseran berlaku sehingga saya mengambil keputusan berhenti kerja. Jika kita pandai atasi konflik, perkara yang besar boleh diselesaikan, akan tetapi jika sebaliknya ia akan membuatkan anda mengambil keputusan meletakkan jawatan. (Inilah yang dialami oleh saya, sehingga majikan menawarkan kerja semula kepada saya, saya tetap dengan keputusan tidak akan kembali lagi.. )

Akan tetapi sebenarnya, konflik boleh diselesaikan (sebelum ke tahap meletak jawatan). Pertama sekali, jika anda sedang berkonflik dengan rakan sekerja, pastikan anda mengelak dari bersua dengannya. Saya tahu ramai yang amalkan cara ini. Yelah.. daripada isu menjadi lebih besar, baik anda jauhkan diri dari mereka. Kaedah mengelak ini sebenarnya mendekatkan anda dengan sifat bertolak ansur. Contohnya, jika ada pihak yang menyindir, pihak yang disindir tidak mempedulikan dan terus meninggalkannya.

Jika anda seorang yang tidak berkeyakinan tinggi, kaedah bertolak ansur adalah kaedah yang terbaik. Cara ini bukanlah cara yang boleh mendatangkan kejayaan dalam menghadapi konflik, kecuali anda tahu konflik tersebut boleh diselesaikan tidak lama lagi.

Secara keseluruhannya, anda sebenarnya perlu ingat bahawa perkara-perkara yang kita tidak suka dalam diri orang lain, sepatutnya tidak ada dalam diri kita. Kini saya sedar, jika saya dahulu seorang yang panas baran, saya harus mengawal emosi. Sekarang alhamdulillah, dengan usaha mengubah sikap, saya dapat bersikap lebih terbuka dan menerima kritikan. Jika anda mempunyai masalah seperti ini, belajarlah untuk mengurus diri anda. Belajar strategi-strategi untuk bertenang jika anda seorang yang cepat marah, atau tingkatkan keyakinan diri jika anda seorang yang pemalu.

Cuba elakkan daripada bersikap emosional, kerana emosi sering kali memburukkan keadaan.

Sebelum anda menghabiskan membaca ilmu ini, mari saya kongsikan beberapa mutiara kata dari hamka untuk anda jadikan renungan. :)

 “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”

“Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya”

 

Semoga anda dapat bermacam maklumat di blog saya ini.. Selamat menyambut Awal Muharram pada 20hb Jan 2006!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

10 Responses to “Konflik di Tempat kerja.. apa yang anda lakukan?”

  1. Johari on January 16th, 2007 6:16 pm

    Emm..emosi ini adalah satu perkara yang kita kena pandai kawal. Bagi saya, apabila kita berjaya mengawal emosi, secara tidak langsung, kita akan mempunyai satu sifat peribadi yang unggul.

    Jadi, bila mempunyai peribadi unggul, maka mudahlah kita mencapai apa jua kejayaan yang kita inginkan.

    Pernah tak sesiapa terfikir, bila kita marah, kenapa org di sekeliling kita tahu kita tgh marah sedangkan kita tak bgtau pun kat sesiapa yang kita tgh marah? Ada unsur sains kat situ..

    :)

  2. Noorizam Shah on January 17th, 2007 8:44 am

    apa jawapannya johari? hehehe

  3. am on January 17th, 2007 10:50 am

    harini am bukak pc… n baca pasal ni… pastu am tutup tanpa komen apa2… lepas 2 jam am baru nak komen… kenapa?

    rupanya selama ni am dok sebok buat keja yang tak sibuk lansung tu…. disalah erti ramai orang… dah am dok kat meja bantuan saja kan… so perlu ker am nak masuk bilik technician tu bagai… buat apa…

    kisahnya ada yang cakap kat bos yang am tak buat keja… melepak jer…. sah2 pompuan…tu nak kena cili mulut die…

    tensen la… sebab sepanjang keja kat sini… no one pernah cakap am tak buat keja… mana2 pegi semua orang kenal… sebab am paling banyak jumpa user dalam bangunan ni… alih2 dengar org talk behind us kan… ayooo rimas la gini… bukan nak cakap kita rajin kan… tapi sebab kita buat seperti yang disuruh tanpa ada apa2 complaint sepanjang keja disini… so kalau selama ni takde org complaint mestila kita tau keja kita bagus…

    kemudian bos cakap cam kite buat salah besar sangat… sampai kalau nak berentikan awak bila2 masa pun bole… dahla orang yang cakap tu fitnah… alih2 bos plak cakap gitu… tros rasa hilang mood arini…. melampau!!!!

  4. Noorizam Shah on January 17th, 2007 11:32 am

    Saya harap am lebih banyak bersabar teguhkan hati dan kuatkan semangat.

    Apapun konflik sebenarnya ada jalan penyelesaian. Dekatkan diri dengan sejadah.. berdoa kepada Allah semoga kita dilindungi.

    Am,

    Salah satu zikirullah yang biasa saya amalkan setiap hari ialah surah Al-Khausar. Yakin pada diri sendiri.. ikhlas dalam hati .. niat kerana Allah. InsyaAllah akan ada juga org akan pandang pada kerja kita. :)

    good luck.

  5. Johari on January 17th, 2007 8:05 pm

    Ok ini jawapan saya :)

    Perasan tak kenapa lepas kita sembahyang jemaah (bg org Islam) kita akan rasa lebih segar dan bertenaga. Ini disebabkan oleh peneutralan cas +ve dan -ve kat badan kita dengan org2 bersebelahan. (sangat baik dari sudut kesihatan)

    Begitu juga halnya bila kita marah atau gembira. Tanpa kita sedari, badan kita ini sbnrnya menghantar sesuatu berbentuk “gelombang” yg membuatkan sesiapa berdekatan dengan kita merasai sama apa yang kita rasa. :)

    p.s: Selalu2 lah hepi, kerana lagi ramai yang akan mendekati dan menyukai kita.

  6. Noorizam Shah on January 17th, 2007 9:43 pm

    bagus info nih… thanks :)

  7. ctea on January 18th, 2007 11:35 am

    kawal emosi adalah kaedah yang baik….bagaimana pulak kita nak mengubah sesorang utk kawal emosi….?

  8. Johari on January 18th, 2007 1:51 pm

    ctea, agak mustahil untuk mengubah sikap seseorang..cara yang terbaik ialah mengubah diri sendiri terlebih dahulu kerana seperti ramai pakar psikologi mengatakan, setiap gerak-geri,percakapan,tindak-tanduk semuanya terhasil dengan “gelombang” . Jadi apabila diri kita sentiasa bersikap positif, org di sekeliling akan merasainya (penghantaran gelombang dr kita). Lama kelamaan seseorang akan berfikir untuk mengubah dirinya kepada lebih baik.

    p.s: doktor fadillah kamsah pernah kata, kalau nak tegur seseorang kena lakukan dgn betul dan berhikmah .Caranya, anda puji 7 kali dan tegur sekali kepada org yang anda ingin nasihat.

    Selamat mencuba :-)

  9. hapisol on January 18th, 2007 4:03 pm

    good info,

    jika semua staf praktikkan tips yg saudara kongsikan ini, pastinya kita akan bekerja dgn seronok.

    amalan seharian saya utk elakkan konflik ialah setiap pagi dan selepas solat 5 waktu berdoalah spt “bagilah aku seronok bekerja pd hari ini, maafkanlah semua org yg buat silap terhadapku dan permudahkanlah segala urusan pejabatku hari ini”.

    ok ker?

  10. Johari on January 18th, 2007 8:08 pm

    Itupun pun salah satu cara bagaimana untuk sentiasa gembira.

    Memaafkan orang adalah sifat yang sangat mulia (susah nak pupuk sifat ni sbnrnya). Mesti saudara hapisol ni sentiasa cool org nye kan ? :)

Got something to say?