Tidak Boleh Tidak Boleh!

January 12, 2007

“Aduihhhhh.. setiap bulan saya tak cukup duit.. mana saya nak cekau duit! arghhhh”

“Ala, org tu banyak duit boleh laa.. saya kerja dah la gaji kecik.. nak menyimpan apatah lagi”

“Orang tu boleh buat sebab diorang pandai, saya? dah la tak ada pengalaman.. saya memang tak boleh!”

Fikirkan tidak boleh!
Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa “Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal”. Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata “Yes I can!… Yes I can!”.

Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan “tidak boleh” kepada “Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!”.

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan “Fikirkan Tak Boleh”

Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda sendiri. Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka, begitulah cara anda akan fikirkan tentang
keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.
Amacam? Boleh ke Tak Boleh?   ;)

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Tidak Boleh Tidak Boleh!”

  1. hud on January 13th, 2007 12:55 pm

    sy bila dh besar jeles tgk kwn2 dpt keja best. sy msih x dpt keja but ape yg ada pd sy kwn2 sy xde. biz internet yg x ramai kwn2 sy pham. s, sy letak dlm diri sy. sy boleh buat ape je walau sy tak mahir ttg sesuatu tu

Got something to say?